Thursday, March 22, 2012

Kenangan SPM

Wahhh adik-adik SPM dah dapt result ye. Tahun ni tak ada dikalangan ahli keluarga aku yg ambik SPM. Tahun depan adik aku dgn anak sedara belah PB.

Duk baca kisah adik-adik dengan result ni aku teringat kenangan 14 tahun yang lalu masa menunggu keputusan SPM. Aku ambik 10 subjek. Aku bukan kelas sains tapi kelas Arab dr form 1-form 5. Waah masa tu cair la cakap arab #pentipusangat. Fasih tu tak lah tapi boleh la sembang-sembang, nak buat karangan semua. Nak dijadikan cerita masa hari periksa Bahasa Arab, boleh plak soalan bocor, terpaksa kami satu kelas kena kuarantin. Ustazah yang ajar BA siap bawak makanan utk kitorang. Aku ingat lagi dia bawak sate. Nak gi surau pun kami di escort #feelingartis.

Masa tengok soalan, alamak habis semua soalan spot. Last2  bantai je buat. Semua subjek agama aku rasa jem. Aduh kenapa lah. End up aku dapat C5 utk BA, C6 utk Syariah Islamiah dan C7 utk AlQuran & Sunnah. Biasa semua subjek tu aku selalu dapat A2 atau C3. Memang frust giler hahahaha #frustpungelak.

Menariknya result SPM aku semua gred ada kecuali A1 dan F9 hahahahahahaa. Semua ada tapi masih pangkat 1 cuma cukup-cukup makan. Huhuhu akubukanpelajarcemerlang. Cuma utk subjek BI aku sorang je dapat A2 dlm kelas dan 2 org dalam sekolah tu yg dapat A2. A1 takde. Kawan2 aku yg biasa dapat A2 masa ujian jatuh merudum dapat P7. Ramai sangat yg macam tu. Matematik pun aku dapat A2 tp BM C4. Camne tu? hahaha.

Ok habis SPM aku rilek2 kat umah, pastu aku keja kat kantin Sek. Keb. Tok Jiring. Dulu aku pun sekolah rendah kat situ. Pengalaman pertama aku bekerja. Aku kena basuh pinggan, mop lantai, menjual makanan sudah semestinya, buat kuih, buah air lada (sos keropok), menggoreng dan banyak lagi lah. Yang aku suka kantin ni bersih sangat, aku ingta kantin kotor tapi sangkaan ku meleset. Hari-hari kena mop, penat toksah cite la tapi aku suka. Dan tuan kantin tu pun banyak ajar aku cara-cara buat kuih. Yg aku sempat belajar ialah buat donat dan popia. Popia tu kulit buat sendiri tau bukan beli.

Aku dibayar RM10/hari dan keja 5 kali seminggu je. Jumaat Sabtu tak sekolah kan. Setiap Khamis kami akan dibayar gaji. Gaji plak dibayar dengan duit syiling yg letak dalam plastik aiskrim tu. Hahahaha sudahnya pegi tukar kat kedai runcit lah hahahahaha.

Aku ingat aku selalu peratikan sorang budak ni darjah 3 kalu tak silap. Nama tak ingat. Budak ni comel tapi selekeh skit. Baju kedut mcm tak iron. Muka dia jenis muka sedih. Aku tak tau kenapa aku tertarik dengan budak ni, kesian pun ada. Dia kata dia duk dgn nenek. Mak ayah sibuk keja. Aku penah bagi keropok free kat dia sebab kesian hahahahahahaaa.

Aku keja dlm 3 bulan pastu dapat result aku tak berenti lagi tapi tunggu tawaran. Akhirnya aku dapat 2 tawaran. Satu Diploma Perakaunan di KUSZA(sekarang Unisza), dan satu lagi Diploma Perikanan di UPMT (sekarang UMT). Akhirnya aku pilih Diploma Perikanan sebab aku tak suka akaun hahahahahaa. Lagipun a ku tak ambik pun subjek akaun masa SPM. 2 tahun diploma pastu sambung lagi degree 3 tahun. Kenangan yg sangat indah waktu belajar, zaman remaja ku. Rasa mau coretkan jugak pengalam zaman belajar tapi next entry la. Aku nak pegi jemur kain jap #dahtengaharibarunakjemurkain.

Ok kepada adik-adik yg result tak berapa mengancam tu jgn risau, result cemerlang tak menjanjikan kejayaan anda di masa depan. Result aku tak cemerlang pun tapi berjaya jugak #tangandibahumatakeatas.

0 cuit-cuit:

Post a Comment