Monday, March 26, 2012

Garden update

Garden lah sangat kan, ekekekeke.

Hati ni melonjak-lonjak excited nak tanam sayur. Tak kisah lah sayur apa pun. Benih pun dah beli lama huhuhu. Aku beli pak choi dgn kangkung je. Nak test dulu pastu benih bunga 3 jenis. Rose jepun, bunga kekwa tp versi bulat mcm bunga taik ayam pastu satu lagi daisi kut.

Mula-mula kena beli container dulu. Kebetulan 2 minggu lepas pi kenduri terus singgah kat nursery. Aku beli 2 bijik yg saiz besar. Harga RM18/pcs. Geram tengok pokok bunga ros tapi masa tu PB tak dpt gaji lagi hewhewhew. Simpan dlm hati nak beli nanti.


Tanah pun aku beli 10 inggit. 3 plastik 5 inggit. Cantik tanah dia. Aku campur dengan baja skit pas letak dlm container tu. Pastu tanam le..


 Ni anak-anak pak choy. Bagus. 2 hari dah bercambah.

Ni kangkung. Benih dia ada lah dalam 10 biji tapi 2 je yg bercambah. Eh 3, pagi tadi aku tengok baru kuar lagi satu.

 Ni tanam rose jepun dgn apa ntah lupa dah. Ni baru tanam, harap-harap hidup le.


Ni plak teng teng teng. Alkisahnya masa tengah cabut rumput ari tu aku ternampak pokok ni. Pucuk macam kelapa tapi tak mungkin lah. Pastu letak la batu bata keliling. Bila apak aku mai, aku tanya lah dia kata pokok salak. Haaaaaa! baru ingat! Ari tu memang ada makan buah salak beli kat KB pastu biji main campak-campak je. Tak sangka plak tumbuh. Tapi ni kena tunggu besar baru tau jantan betina pokok ni. Kalu jantan kena cari pokok betina ambik bunga dia pastu letak bunga betina kat bunga jantan baru boleh nak berbuah.


Anak-anak bunga taik ayam dah tumbuh. Pokok ati-ati tu semai dulu nanti dah banyak alih tepi pagar. Yg bunga kuning tu taktau la pokok apa tapi mudah hidup.

Siram jgn tak siram.

8 comments:

  1. Rajinnya gardening... Pernah jugak bercucuk tanam tapi asyik mati je pokok2 tu..

    ReplyDelete
  2. nak tanya, jahilnya sy ni

    mcm mana nak bezakan pokok salak jantan dan betina ni? hehehhee

    ReplyDelete
  3. syani,

    try lagi dan lagi ;0

    wbh,

    saya pun xtau nak beza cmne cuma tau kena ada pokok jantan dan betina baru dia boleh berbuah hehehehe nanti kena cari maklumat lg :)

    ReplyDelete
  4. bestnya ... saya suka botol idea botol direcycle jadi pasu. lepas ni mau tiru la :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahha sila-sila. saya sayang nk buang botol tu...tu yg jadi tempat tanam tu..

      Delete
  5. Cubalah guna botol minyak masak 2 kg dan tanam timun "upside down". Saya dah try dah. Jimat ruang sebab pokok digantung dan serangga perosak tak berminat. Timun tu sdg berbuah. Nak tau camne nak tanam sila refer di You Tube.

    ReplyDelete