Thursday, February 2, 2012

The readers. The silent readers actually..

Aku sebenarnya tak ambik hal pon sape nak baca blog ni. Dah namanya blog kan, sah sah le orang boleh baca melainkan kau private kan blog, so mmg orang takleh baca. Aku tau blog ni ada silent readers.

Ada yg pernah tegur dan yang tak tegur tu pun aku tau. Mana yang aku  tahu tu tau lah kan tapi mana yang aku tak tahu ni aku ucapkan selamat membaca. Blog ni tak best pun, takde apa yg menarik. Aku cuma menulis utk kepuasan diri aku.

Ada yg bagitau, aku punya stail penulisan dulu mcm baik sangat, jujur, naif. Ye lah satunya sebab membahasa diri sebagai 'saya'. Aku pun rasa mcm bukan diri aku je hahahahahaa. Aku tak puas. Sudahnye bila aku start tak keja ni aku tukar stail penulisan. Aku bukan hipokrit dan takmo jadi hipokrit. Aku tak menulis utk sedapkan orang yg membaca tapi aku menulis utk diriku. Ini baru betul diriku yg sebenar.

Luaran aku bukan lah jenis yg lemah gemalai, ayu dan yg sewaktu dengannya. Aku ni kasar, bukan perempuan melayu terakhir, cakap kuat dan clumsy. This is me!

Aku tahu ex-opismate pun ada baca.Ada yg bagitau dia baca tapi yang tak bagitau pun aku tau hahahhaa. Kalu dia tak baca mcm mana dia blh kata ada org nak tempah barang-barang kait ni sebab baca blog aku. Hahahaha, aku kata bagilah no phone aku supaya orang tu boleh contact aku, katanya dah bagi. Tapi sampai ke hari ini aku takde terima apa2 tempahan pun spt mana yg dia kata tu. Hahahaa bagi aku mende ni satu lawak antarabangsa. Ada sebab lain rasanya hahahha dan aku boleh baca kenapa hahahaha sabau je lah.

Dan ada seorang yg aku tak sangka dia baca blog aku. Hmmmmm dia pun ada blog sebenarnya. Aku terbaca emel suamiku sebenarnya. Kalu tak masakan dia tau kami akan ke Melaka. Aku tak kisah pun dia nak baca sebab aku tak de apa2 masalah pun dgn dia. Dulu-dulu aku tau dia baca blog ni tapi setelah sekian lama aku dah tak ingat sebab takde sebab pun aku nk ingat hahaha. Baca lah aku tak kisah dia tahu kehidupan kami mcm mana. aku doakan dia dan keluarga dia sihat sejahtera dan selamat dari segala masalah yg dilalui.

Entry ni xde gambar ye, aku tepek gambar cute socks ni. Alhamdulillah banyak plak masuk tempahan selepas budak comel ni tempah.


Terima kasih kpd yg menempah tapi aku akan berehat seminggu drpd mengait. Adikku akan kawen minggu ni di Melaka, minggu depan majlis umah kami lak. Lagipun urat lengan dh sakit-sakit sebab mengait tak henti. Insyaallah akan sambung lepas tu. Sabar menanti ye :)

9 comments:

  1. hehehe saya tak silent reader kan...
    tapi apa2 pun blog kite, ikut la kite nak tulis apa pun kan, macam saya pun ikut mood aku ke, saya ke hantam sajalah..

    hehee as long as kite tahu limitation untuk berblog,

    which is kisah2 terdalam rumahtangga keluarga piai tak masuk dalam blog, hentam ngata orang itu ini is a BIB NO kan..

    rela la kite ni tulis aktiviti harian kita walau ada orang anggap entry tu macam entry sampah asalkan kite tak cari masalah dengan orang lain dengan buat entry bukan bukan kan..

    apa apa pun keep on and happy blogging :-)

    ReplyDelete
  2. ai bkn silent reader kan. :)

    ReplyDelete
  3. kty ni kategori silent reader gak tak?

    ReplyDelete
  4. Hehehe yg komen di atasni bukan silent reade saya..hehehe sy kenal anda semua, hehehehe

    ReplyDelete
  5. wahhh silent reader,,sangatlahhh akuuuu tu..pegi mana2 blog org tp takot nak komen ...:( wei chop..nak beg hitam mcm entry bawah tapi nak besarrrrrrrrrrrrr..ok selamat pengantin baru utk adik ..

    ReplyDelete
  6. haha ko la tu kut hahahhaa... ok nk beg besar mana? ko bagi saiz plis..

    ReplyDelete