Monday, January 2, 2012

Zebra dan durian kapal

Alkisahnya dulu-dulu masa mula-mula nak masuk umah pegi lah beli periuk belanga kat Rantau Panjang. Katanya murah kan. Sudahnya periuk yg dibeli baru 2,3 kali pakai dah bergoyang tangkai. Pastu cepat plak panasnya. Heran jugak , rupanya aku beli yang tiruan. Hahahaha nak wat camne tak kenal mana satu betul mana satu tiruan. Patut la murah semacam je.


Pastu start ari tu duk simpan duit nak beli periuk vision. Berkenan sangat-sangat lah. Duit yg disimpan dah cukup tapi beli nya tak. Sudahnya duit tu guna wat beli benda lain. Mikir punya mikir tak nak le vision, berat leeww.


Akhirnya beli cap zebra jugek. Hmm ok lah, hari2 duk berzikir di telinga tok laki..hahaha. terima kasih suamiku...mmuahh!



ini confirm yg betul punya...hahaha



ni la buah durian kapal a.k.a durian belanda. Kecik2 dulu kitorang adik beradik panggil durian kapal. Tak tau lah dari mana kapal nya. Bentuk mcm kapal kut. Lama giler x jmpa buah ni. Ni pun kakak ipar yang bagi masa gi Kuantan. Pakcik Botak request nak suh tanam dengan biji dia. Aduyaiii beli anak pokok je yang oii.

Ohh nikmatnya..

1 comment: