Friday, January 13, 2012

Wang yang saya hadiahkan mungkin akan habis dalam sekelip mata tapi ilmu yang saya curahkan boleh menggandakan wang ini dengan gandaan infiniti

Tadi adalah blogwalking ke blog2 yg aku selalu baca. Dan aku suka tinggalkan komen kalu entry tu menarik hatiku utk dikomen.  Tapi tengok mood jugak, kalu hari malas nak komen maka tak komen le.

Tapi tadi aku baca blog tukang cuci ni. Tertarik dgn pengalaman dia mencari ilmu di tempat org. Sambil belajar sambil bekerja, spt nama blog dia 'Tukang Cuci', dan dia pun keja tukang cuci jugak tp dlm masa yg sama jadi cikgu mengajar BM kpd anak2 dan juga habiskan PHD.

Apa yg buat aku tertarik hati sebab aku tetiba teringat masa tingkatan . Aku duk dlm kelas Sains Arab, satu2 kelas Arab di sekolah tu. Aku mmg belajar Arab dr tingkatan 1-5. Masa di tingkatan 4 aku suka sgt subjek matematik padahal masa sekolah rendah itulah subjek yg paling aku lemah. Aku dpt 4A1D masa UPSR. Dan D adalh matematik. Masa PMR aku dpt B utk matematik.  Masa form 4, cikgu matematik namanya Cikgu Rodiah Adnan, mengajar dgn cara yg menarik sekali. Pelajar dibahagikan kpd 3 kumpulan iaitu cemerlang, baik dan sederhana dan aku di kumpulan baik which is yg selalu dpt markah antara 60-70 (yg selalu dpt B tp jarang dpt A). Oleh kerana kelas aku hanya 24 org je (8 laki n 16 prmpuan), maka setiap pelajar dpt perhatian yg cukup drpd cikgu.

Cikgu Rodiah selalu pesan, tiap2 hari  kena buat latihan matematik, paling koman pun 1 atau 2 soalan.  Jadi masa tu matematik mmg jadi fav aku. Balik rumah buat latih tubi ikut masa peperiksaan sebenar sbb nak tengok boleh handle tak masa dengan nak buat pengiraan. Berkat ajaran Cikgu Rodiah, aku dapat A2 masa SPM. Dan walaupun tak dapat A1 tapi aku puas hati sebab aku rasa soalan matematik masa SPM sangat mudah.

Hahaha yang lawaknya keputusan SPM aku semua gred ada dari A2 hinggalah P8. Yang xdok A1 dan F9 je hahahahaha. Tapi masih dpt pangkat 1 cuma cukup2 makan hahahhaa. Pulak tu Bahasa Arab Tinggi soalan bocor masa tahun 97, merasa lah kena kuarantin , habis lari soalan spot.

Sebelum cuti raya, Cikgu Rodiah bagi duit raya. Ada yg dapat RM10, RM5 dan RM2. Aku dpt RM2. Tapi yg buat aku ingat sampai hari ni, sekeping nota dilekatkan bersama not RM2.

' WANG YANG SAYA HADIAHKAN MUNGKIN BOLEH HABIS DALAM SEKELIP MATA, TAPI ILMU YANG SAYA CURAHKAN BOLEH MENGGANDAKAN WANG INI DENGAN GANDAAN INFINITI'

Jadi secara tak langsung aku berfikir tentang apa yang telah aku lalui selepas habis tingkatan lima 15 tahun dulu. Pikir punya pikir aku pun tak sangka aku boleh berada pada tahap sekarang ni. Walaupun sekarang ni dah tak keja tapi aku masih bersyukur.

Tapi hidup aku sebagai seorang wanita belum sempurna lagi. Aku kepingin cahaya mata untuk menyerikan hidup kami. Takpelah, rezeki di tangan Allah, mungkin belum masanya lagi.

3 comments:

  1. nice entry kak na.. bgus utk ckgu baru betulkan niat sblm mula berbakti.. .tq for sharing.

    ReplyDelete
  2. :) Alhamdullilah.. zaman skrg nie nak jumpa orang yg benar2 minat dengan kerja yang dia buat agak susah.. bukan takde.. tapi sukar..

    Teringat kes Adam Adli tuh... sedih sebab dia kan bakal cikgu..

    Apa juga kerja yg ikhlas dan sebab minat lebih bermakna dari buat kerja kerana terpaksa atau semata2 untuk kepentingan ;)

    ReplyDelete
  3. nice sharing.

    jelas menunjukkan peranan guru itu amat penting dlm menentukan kejayaan kita.

    aku masa form 4, seme keputusan out. masuk form 5,aku ambik kelas tuisyen.dpt cikgu tuisyen yg sentiasa bg motivasi dan pandai mengajar.hasilnya,aku berjaya.sampai skang aku masih ingat cikgu tuisyen tu.

    ReplyDelete