Thursday, January 12, 2012

Persediaan utk mem'baking'. Tak lupa juga kena beli ikan juga.

Ikan oh ikan. Susah nya nak dapat ikan segar musim2 hujan gini. Kena tanya tukang jual dan jangan lupa belek insang dan sentuh-sentuh skit badan ikan tu. Kalu ikan kotak ni kadang2 luaran kita boleh tertipu, ada yg tak nampak merah mata tapi bila siang mak aii.

Tapi harga ikan fresh mahal la wei tapi nak wat cmne terpaksa la. Ikan kembong sekilo RM12-14. Kalu yg kotak RM10 -12. Sekilo tahan lah 1 minggu.

Semalam beli ikan selayang je pasal ikan kembong ada yg ikan kotak jeww. Selayang pakcik tu bagi RM10/kg. Size sederhana je. Ok la dari xde langsung. Musim2 gini xleh memilih kan.


Siang siap-siap masuk freezer.

Ok, mood mem'baking' sudah mariiii!!  Pas ambik PB singgah kedai kek yg baru buka.Eh baru buka ke? Rasanya lah, nak  beli barang basic utk membako katanya.


Kedai ni letaknya kat Kubang Parit. Tepi jalan utama nak ke Bukit Payong, Kuala Berang. Kedai ni owner dia melayu. Nak kata banyak tu tak lah banyak sgt tapi barang2 yg common tu ada lah. Semua barang yg aku nak ada kecuali walnut. Ok xpe, kita ganti dgn almond.


PB pantang tengok coklat Hershey tu. Beli je bang oiii.

Tunggu hasil mem'baking' ye :)

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

7 comments: