Tuesday, January 31, 2012

Hari ini hari Selasa. How time flies.

How time flies. Hari ni dah last Januari. Bermakna dah 3 bulan aku bergelar suri rumah. Setakat ni aku happy tapi dalam masa yg sama agak janggal jugak sebab aku dah start keja dari lepas SPM, masa cuti sem diploma pun keja. Habis degree pun terus keja even keja biasa2 je. Ini lah cuti yang paling panjang sepanjang 9 tahun aku bekerja non stop.

Takpelah dah rezeki aku mcm ni kan, tapi takdelah duk saje makan tido kat umah kan, aku still mengait. Tempahan tu ada lah sikit, alhamdulillah sangat walaupun tak banyak tapi dari aku duk saje ada juga masyuk kan. PB pulak kalu aku sibuk nak cari keja dia duk tanya 'betul ke nak keja?' Duk ulang tanya soalan tu. Jadi aku decide biarlah dulu,aku nak merasa nikmat menjadi surirumah dan concentrate untuk mendapatkan zuriat. Otak tak pikir psl keja dah so lebih tenang dan relaks. Semoga kami berjaya. Tak perlu la aku ceritakan apa usaha yg kami lakukan tapi bagi yang dah kawen 3 tahun dan ke atas dan belum dpt zuriat pastinya mereka tahu.

Hari ni aku terbangun pukul 11.30 pagi. Ulang suara 11.30 pagi! Bangun solat subuh pastu tunggu PB g keja, aku lepak atas katil baca novel. Since cuaca adalah mendung maka aku termengantuk lalu ketiduran siap mimpi ada orang bagi anak kembar kat aku. laki dan pompuan. Aku suka gile tapi rupanya hanya mimpi.

Siap mandi aku sambung mengait sambil on laptp, on ym, on fb dan buka blog sambil mengait sambil chatting dgn monas. Pukul 2 aku lapar turun dapur bakar roti sapu nutella, makan 4 keping pastu rasa muak sbb aku kurang suka roti tapi sbb malas nk ambik kuali goreng2 maka terpaksa telan. Untuk lunch aku kunyah coklat yg beli semalam.


Nak siapkan beg cerut yg Diha tempah, esok aku nak hantar. Seksa juga nak buat psl 1st time buat ni. Masa ni boleh la nak lepak2 buka fb semua nanti esok2 ada anak aku rasa tak boleh dah hahahaha. Doakan aku berjaya mengandung dan dapat anak kembar ye kawan2 hahaha. Dan tak lupa doakan monas utk mengandung juga sama macam aku.

Jumaat ni aku dan family akn bertolak ke Melaka utk perkahwinan adik aku yg no 4. Semoga selamat tiba dan selamat kembali.

10 comments:

  1. iye..hari ni dah selasa. esok rabu n KL bercuti :)

    ReplyDelete
  2. salam na..owh na dah benti keje ye..insyallah ada rezeki nanti.takecare

    ReplyDelete
  3. Saya pun surirumah dan dah berhenti kerja. Dulu kerja juga tapi bila dah sakit teruk berhenti. Sy pun dah kahwin lama tapi tak ada anak, saya paham awak :-)Kita usaha sama-sama. Allah itu dengar :-)

    ReplyDelete
  4. insyaallah..usaha gigih lg...rezeki akak ttp ada utk dptkan anak...

    ReplyDelete
  5. besnyeeee kehidupann yg camniii, dd suke suke ;) tenang je kann, hehe

    ReplyDelete
  6. semoga ada hikmahnya dapat lambat, mana tau2 tup2 dapat kembar tiga.. jgn kata nak mengait, nak be*** pun dah tak sempat, hihi..

    Salam Kenal... singgah sini dari blog Monas.. doa utk Monas sekali...

    ReplyDelete
  7. Joy,

    Cpt sgt masa berlalu kan..

    Atty,

    Ha'ah kty dh x keja..tq kty :-)


    Akuorangsakit,
    Saya doaka awk sembuh dan semkoga awk pun mengandung juga :-)

    Cik dah,
    Tq cikdah..

    Dd dudu,

    Best best :-)

    Naja,
    Terima kasih...amin :-)

    ReplyDelete
  8. waahhhhhhhhhhhhhhhhhhh aku baca jd sedeyy la plak..:( :( :( berkaca-kaca mata :(

    ReplyDelete
  9. hello baru ada masa nak bw kat sini..awak mengait ek?hmm, Cherrie pun dah lama nak belajar tapi still takder masa yg sesuai...bestnya dpt duduk kat umah,tak payah stress nak pikir psl kerja..

    ReplyDelete