Thursday, October 27, 2011

Peteh

hehehe apa yg peteh nye..saje la. Skrg ni dh sampai kL. Pagi tadi bertolak dgn opismate. Pakcik Botak ada kursus kat Quality Hotel. Tapi kami tak stay kat Quality pun tapi kat The Plaza Hotel. Hmm last minit urusetia bgtau tuka r hotel. terima je lah, kursus dia je kat Quality, sib baik tak jauh sgt.

Bertolak dr Trg pukul 8am ++. Hujan je spnjg perjalanan ditambah dgn banyak berhenti singgah2. Takpelah tak runshing pon.

Sampai kat hotel kul 6 lbh kurang. Kul 8 PB g kursus, aku nak makan apa ek? Belek2 menu, tak terasa nak makan  nasi. Hmmm order char kuey teow lah.

sebelum 


portion adalah banyak giler hokey! ingt tak dpt habis, sekali sedap lak..mkn slow2 smbil surf internet. sedar2 habis..hahahaha

Apa nk buat esok ek?

Tuesday, October 25, 2011

Makan malam ini

Lama nye tak de masak masak.


Tetiba tekak teringin giler nak makan sambal bilis tempoyak. Hahaha balik keja cadangnya nak p pasar malam tapi sbb tekak teringin sambal tu balik masak nasi lah.


Masa nak masak tu bukak gas. Tetiba gas habis pulak! Nak buat camne, terpaksa lah PB g beli umah sepupu dia. Kebetulan sepupu PB jual gas, sib baik tak jauh. Gas ni rasanya dari awal tahun ari tu, ni baru habis. nampak benor kurang masak kan, hahahahahahaha.


Bersemangat betol nak masak malam ni. Selama ni tunjuk menu yg dah siap buh dlm pinggan, kali  ni kita tunjuk versi dalam kuali plak ye. hahahahahah.


sambal bilis tempoyak cili api


sosej masak kicap. ni utk PB sbb takut dia tak makan sambal tempoyak tu takut pedas sian plak dia.


tauge goreng sos tiram


ini lah menu kami malam tu. Nikmatnyaaaaaaaa..



Resepi sambal bilis tempoyak
  • 2 bijji bawang besar holland ~ hiris2
  • Tempoyak ikut suka
  • cili padi ikut suka. Lagi banyak lagi pedas lagi kaw! ~ Tumbuk sampai lumat pastu masukkan tempoyak
  • segenggam bilis ~jgn lupa basuh dulu
  • gula secukup rasa

Cara2 :-
  •  Panaskan sikit minya. Goreng bawang sampai agak layu. Masukkan bilis. Masukkan tempoyak, dan gula. 
  • Letak air skit. Masak hingga pekat. Sambal ni tak perlu kuah tapi jgn buat kering.
  • Ok, siap!

Monday, October 24, 2011

Uncang telur

Update kod .

Pon pon !

Testing bekas telur. Cadangnya nak buat utk majlis kahwin adik lelaki saya bulan 2 tahun depan tp mak kata tak nak bagi telur plak. So wat bekas utk cekelat je la.. Tapi saya try and error utk buat bekas telur ni.

(a)


(b)

(c)


(d)

Sbnrnya blog satu lg tu kena malware attack, so x berani bukak. Tu yg tumpang blog ni. hahahaha

Saturday, October 22, 2011

Final Piala Malaysia ~ Terengganu vs Negeri Sembilan

Yesszzzaaa!

Tahniah Terengganu dan Negeri Sembilan. Selepas 10 tahun akhirnya Terengganu berjaya kembali ke Piala Malaysia.

Kita jumpa di Stadium Shah Alam!



Lama tak menyelit gambar tuan punya belog . Ngeeeee


1st time cuba inner muncung2 nih. Namanya Hijab Bonda. Nice.

Thursday, October 20, 2011

Cuti-cuti Malaysia Kota Kinabalu lagikks!

Nak sambung lagi psl g KK itu ari. Hahahaha.

Jalan berdua je kan, xde lah gambar berdua. Nak mintak org tolong ambikkan segan plak..hahahahaha.

Hari ketiga tu kitorang naik bas free gi 1Borneo. Saja la jalan2. Besar jugak shopping complex ni. Jalan punya jalan punya jalan sekali terjumpa Tuti Fruity! Hahahaha Sbnrnya malam tu dah search dah ada tak TF kat KK ni. Sekali dia kata tak bukak lagi dalam proses ke apa ntah.  Tapi rupanya dah siap dah.. Apa lagiks, serbu le kita. Padahal sebelum tu dah baham aiskrem McD.


Kita tayang gambar jalan2 lah ye. Rasanya tak banyak sgt ambik gambr. Malas nak kuarkan kamera huhuhu.


gambar ni nak fokus DBKK kat belakang tu. PB ni suka lah yg berkaitan dgn PBT ni..


gila benang! hahaha ni 1st kedai benang. Geram sgt tengok benang nona. Nape lah kat KT xdok jual. Tak pasal2 g borong kat KK


Oh yeah! sekesai memborong bennag di kedai kedua ; Leton Marketing. Kat sini laaaaaagi banyak. Total pembelian kat sini hampir RM100 utk benang shj.


beli ole-ole utk di bawa pulang. Saya beli kuih cincin, udang kering, cikedis ikan tenggiri kut. Banyk sgt pilihan xtau nak beli apa. Beli banayk2 nanti kang terlebih berat plak.


Hasil pembelian! Hahahaha macam nak beli lagi tapi PB dh jeling2 dah hahahaha.


Makan malam di warung Pak Din. Lauk nasi putih free sup kosong, ikan kerisi bakar 2 ekor, sambal sotong,kerabu mangga. total RM26. Lega dpt mkn nasi, hahaha psl nya dh 2 hari mkn pizza. Huhuhu sebab tak jumpa kedai yg menepati selera sebenarnya. Bukan apa aku  ni kuat sikit was was. 
Pasar besar Kota Kinabalu. Macam pasar Payang jugek tp lebih bersih dan besar hahahaha.


makan seafood di psr malam apa ntah. Ratah udang dgn sotong je. Takdelah murah . Aku rasa mahal juga tapi PB nk makan juga xpe lah. Saya pun makan juga skit walaupun dh tahu beru pas operate, hmm sudahnya satu bekas jahitan tu bernanah. Adui risau plak. Letak minyak gamat 2,3 hari dah ok, alhamdulillah. Tobat eh nak pantang makan smpai betul2 baik. Hahahahaha.




Kedai makan betul2 tepi parking bot. Budak2 ni selamba baling umpan tangkap ikan.  




Perjalanan ke 1Borneo naik bas.


Borong mutiara di kedai. Sbnrnya kami tak tau mana nak cari mutiara yg murah. Ada yg kata kalu p psar filipin  tummg kena kaw2 punya kalu tak kena gaya. Sudahnya masa pas makan kat warung pak din tu saya tanya budak kedai tu. Dia kata beli kat kedai lagi murah. Kebetulan deret warung tu ada bbrp bijik kedai yang jual mutiara. Dia kata beli kat sini lah sbb org pasar tu pun memang ambik mutiara kat kedai ni. Dari luar nampak mcm mahal tapi rupanya memang murah giler. Kita boleh request nak pesen mcm mana, dia boleh buat masa tu juga. Saya hanya request rantai labuh order dr Ema, pastu ada lebihan mutiara so dia  buat gelang. Hrga RM30 sahaja. Kerongsang tu pun murah, satu papan tu RM30. Saya tak tawar pun tapi salesgirl tu yg kurangkan harga. Last masa nak bayar dia bagi kurang lagi. Huhuu suka lah.


Merempit di malam hari. Jgn tiru aksi mat rempit ini ye anak-anak .




1Borneo. Hmm besar jugak, ala2 midV tp besar Mid V lg kut.



tuti puti!




Kena dlm 17 inggit kut. tp best lah!


sooo good


layankan je org nk bergambar dgn suria fm


ini kain batik borneo. saya dh beli 2 tapi rasa mcm nak lagi. Terus beli lg 2, cantik kan. RM14 satu. Rasa murah dah.


Pizza hut utk kali ke 2. Lain sgt pizzqa kat sini dgn pizza kat tmpt aku. diorang x keekut toping. Dia punya base pun lembut gile. Kalu kat trg kalu x hangit, keras x sah.


Ok, bnyk gmbr nih. Utk tatapan aku je lah. kalu nak tgk silakan., kalu x suka jgn tengok ye..hahahaha. Tahun depan kita cuti2 malaysia belah utara plak. Nak makan mi udang!



Thursday, October 13, 2011

Kota Kinabalu day 1 & day 2

Kenapa bah kau berubah kenapa bah!

Akhirnya sampai jugak ke Negeri di bawah bayu ni. Masa bulan 2 ari tu kan air asia sale rm1 je. Pakcik Botak kata jom kita gi jalan2 ke Sabah! Saya apa lagi..!

Ok ok, behave skit ye hahaha./

Flight dr KT pukul 0810 smpai di LCCT lepak kat food court je la tunggu flight ke KK pukul 2.10 pm. Makan2 dan main internet lah. Sempat jugak mengait sekuntum bunga ros. Asah skil takut lupa hahaha.

Sampai di KK airport pukul 4.45 pm, ambik teksi pegi Seri Borneo Hotel. Kami duk hotel bajet je RM77/night. Stay 3 malam. Hotel ni duk betul-betul tengah bandar di Jalan Sinsuran. Dekat nk ke Pasar Filipino, Centre Point, Warisan Square, Pasar Besar KK dan banyak lagi.  Bilik pun ok, cadar dgn selimut pun ok mcm hotel lah. Ada juga hotel bajet yg cadar dgn selimut dia tak macam hotel. Tapi hotel ni ok lah. Hajat di hati nak stay kat Le Meridien, hahaha tapi nan hado!

Oleh kerana perut pun ala2 baru nak baik, jalan kaki pun xleh laju-laju. Hari pertama sampai cepat-cepat solat sbb asar kat sini pukul 3 lebih hahahaha. Takut terbabas wei. malam tu round2 cari makan. Mula2 gi Centrepoint cari kedai Meelo, kedi jual benang tp dh tutup. Xpelah kita mai esok plak. Pastu makan kat pizza sebab ingt nk mkn yg 10 lapis tu tp malangnya dh habis dah promosi.



 mesti kena order meatball carbonara ni. best!



peta yg sgt berguna, ambik kat airport.




tudung dark pepel, baju hijau, sluar dark blue..hehehe ada ku kesah? heheh


 ampun ampun. bulan pengampunan. ala kira diskaun saman lah ni..





ye! saya rambang mata di kedai benang. habis 100 lebih beli benang saje. rasa nak tambah lagi je tp takut Pakcik Botak jeling huhuhu.


berkenan dgn kain batik borneo ni. RM14 satu. saiz besar jg dah siap jahit. since kain batik kena curi ni pegi mana2 rasa nk beli kain batik je. Tapi design ni cantik sgt, ingt nak beli yg tak jahit lagi, nak buat kain baju kurung lah.

Day 2 x habis lagi nih. hajat nk g cari mutiara ada kwn kirim. Saya tak nak beli banyak pun sbb yg Pakcik Botak beli dulu pun tak pakai mana. 

Esok nak pegi mana ek. Cadangnya nk g 1borneo kalu rajin p kundasang. Esok kami sewa kereta 1 hari. Nak pegi mana ek?

Tuesday, October 11, 2011

Sabah bah..

Kota Kinabalu, here we come! Tunggu kami bah!

Cuti2 malaysia walaupun perut tak brp sihat lg tp tiket dah beli bulan Februari ari tu. Xpe, kita jalan slow2..hahhaa

Mau beli benang banyak2!
Assalamualaikum. Lamanya tak update. 4 hari warded sbb buat laporoscopy. Alhamdulillah, selsesai semuanya tp masih berehat dirumah. Doc bagi mc 16 hari. Dah kurang sakit cuma takleh nk duduk lama2, mesti kena baring jap. Lepas buat tu perut ni buncit semacam je. Adik ku kata dia pam angin kut, hahahaha.

Result laporoscopy tu sedikit mengecewakan tapi masih berpeluang utk dpt cahaya mata. Next treatment bulan depan insyaallah Dr. Jumizah suggest utk buat iui. Alhamdulillah segala kos percuma since PB staf gov. Operate baru ni pun takyah bayar sesen.

Rindu nk letak gambar crochet, huhuhu. Ni buat masa kat spital ari tu pun ada.


 ni utk bagi hadiah kpd kak maslina


 ni headband utk kak emi. customer yg paling setia.hahaha

ni pun yg kak emi order ;)


 ni headband order from eg izyan.


testing buat ruffle hat..nak bagi kat sape ntah..

Esok cuti2 malaysia Kota Kinabalu. Beli tiket masa bulan 2 ari tu. Takpe, kita jalan slow2..hahaha


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me