Tuesday, September 27, 2011

Laparoscopy

Laparoscopy adalah prosedur yang digunakan untuk memeriksa kesihatan organ peranakan wanita. Melalui satu hirisan kecil pada perut, laparoscopy memudahkan doktor untuk melihat keadaan rahim, salur fallopian dan ovari dengan mata mereka sendiri secara dekat. Ini membolehkan pemeriksaan menyeluruh dapat dijalankan untuk mengetahui dengan tepat sebab mengapa wanita gagal hamil.

















Laporoscopy selalunya digunakan untuk :-

- merawat salur faloppian yang bermasalah
- membuang parut dalam pelvis
- merawat endometriosis
- membuang ovarian cyst

Siapa yang memerlukan laporoscopy?

Selalunya dibuat kepada mereka yang mengalami :-

- Masalah ketidaksuburan yang tidak diketahui puncanya
- Masalah senggugut
- Masalah sakit perut yang berpanjangan
Mereka yang mengalami ovarian cyst semasa ujian ultrasound



Bagaimana prosedur dibuat?

Pesakit diarahkan berpuasa sekurang-kurang 6 jam sebelum prosedur. Ia selalunya dibuat dalam keadaan tidak sedar sepenuhnya. Bergantung kepada apa yang di dapati semasa prosedur, ia mungkin mengambil masa 30 min -2 jam. Pakar bedah akan membuat 2-3 hirisan pada perut, lebih kurang 1 cm panjang dan salah satu hirisan tersebut dibuat pada bahagian pusat. Satu jarum akan dimasukkan pada hirisan pusat tersebut dan gas karbon dioxida akan disalurkan kedalam abdomen untuk menghalang usus dari menganggu penglihatan. Kemudian, satu kamera kecil akan dimasukkan pada hirisan yang sama dan imej yang dirakamkan di dalam perut akan disalurkan kepada TV untuk dilihat oleh pakar bedah. Sekiranya terdapat masalah pada sistem peranakan, pakar bedah mungkin akan membuat satu lagi hirisan untuk prosedur pembedanan pada masa itu juga.

Komplikasi



Laparascopy, walaupun di kategorkan sebagai prosedur kecil, ia juga tidak terlepas dari komplikasinya yang tersendiri, walaubagaimanapun ia jarang berlaku.
Komplikasi termasuklah:
  • Luka pada pundi kencing, usus dan salur kencing
  • Luka pada salur darah
  • Perdarahan dalaman
  • Jangkitan kuman
  • Reaksi terhadap ubat bius
  • Hernia


Selepas laparascopy

Selepas laparoscopy, anda mungkin akan merasa sedikit sengal untuk 1 minggu. Selalunya anda boleh kembali kerja selepas 2-3 hari sekiranya tiada pembedahan dibuat. Sekiranya terdapat masalah semasa laparoscpy seperti ovarian cyst, endometrisis atau masalah pada salur peranakan pembedahan selalunya akan dibuat dalam masa yang sama semasa prosedur.


Sumber dari : http://portal.alamhamil.com

Monday, September 26, 2011

Update!

Lama tak letak  gambar makanan. Hahahaha bukan tak masak tapi kegilaan mengambil gambar lepas masak telah beralih kepada benda lain. Ampunnn.. 


Ptg ni mcm biasa tnya PB nk makan apa. Dia hanya kata kueyteow tanpa menyebut jenis masakan. Ok, kita buat kueyteow kungfu kegemaranku.




cedapnyeee...hahaahaha sedaplah utk tekak saya dan PB.


Mutiara kata utk hari ini:-


Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda yang bermaksud :


" Seseorang insan adalah terikut-ikut dengan adat kebiasaan sahabatnya. Maka hendaklah kamu melihat dengan siapa kamu bersahabat".


Riwayatal-Tirmizi dan al-Hakim


Pengajaran : Kita perlu cerewet dalam memilih sahabat kerana bertemu dengan seorang sahabat yang baik adalah suatu ketenangan dalam jiwa.

Sunday, September 25, 2011

My new baby :)

Memperkenalkan....





Hehehe bukan baby betul ye. Kitabuat belog 1 lagi utk kait mengait ni. Jemputlah ye kawan-kawan. jangan segan-segan. Hahahahaa

Wednesday, September 21, 2011

Rutin harian

Skrg update blog pukul 10.16 malam. Tadi dah tertido kat kerusi ngok ngek. Asal kul 9 lebih mesti ngantuk, asal ngantuk je 9 lebih.

Balik keja biasa sampai rumah kul 5.45 -6 pm. Terus masuk dapur masak ala kadar untuk makan malam. Kalu rajin mandi dulu baru masuk dapur. Kalu malas masak dulu baru mandi.

Pukul 7 siap makan dah, naik atas mandi, siap2 untuk solat maghrib. Lepas solat iron baju. Sekarang ni mnembazir letrik betullah. Tiap2 malam gosok baju PB sepasang, baju saya sepasang. Patutnya hujung minggu giron siap2 seklaigus stok seminggu. Apakan daya, malas mengatasi segala-galanya. Kalu buleh hari minggu tu nak rilek je. Rasanya start minggu ni kena start iron sekaligus lah. Sebab bil letrik walaupun duk berdua dah cecah RM30.

Pas iron baju solat isyak, pastu kalu ada kain baju nk jemur, buat siap-siap jemur kat beranda luar bilik. Tak berani dah nak jemur kain kat porch kereta since kejadian kain batik dicuri orang. Seksa sikit  nak menjemur sebab sempit. Berlaga-laga hanger. Paling aku tak suka, sikit2 jatuh. Bencinya kalu hanger buat hal. Hahahaha dgn hanger pun nak gaduh.

Dah siap semua, baru lah lega. Boleh start mengait. Kalu takde order takpe, boleh rilek-rilek tapi kalu ada order kena mengait jugak walaupun sikit. Masa kita tengah ke sana ke mari buat keja ni, cuba teka incik PB buat apa? Hahahhaa rasanya ween tahu kut. Kan ween? hahahaha.

Masa mengait ni lah kalu hari mata ni buat ngantuk, kul 9 tu dh berat dah. Biasa lena jap atas kusi malas dgn hook dan benang di tangan. Tapi kalu terjaga sambungan ngait balik. Masa ni lah berangan best jadi surirumah. Hahahhaha. Padan muka aku.

Time masuk tido biasanya kul 12 ke atas. Kalu ngantuk sangat baru lah masuk tido awal. Biasa kalu kul 11 memang awal lah. Si Pakcik Botak lagi lah, klau kul 1 tu mata terang benderang lgi. Kebelakangan ni bertenaga semacam je. Hahahhaa kotau kan ween.

Bangun tido adalah pukul 6.15 pagi dan siap2 g keja dan rutin harian kembali seperti biasa. Kalu ada anak totally berubah rasanya.

Tuesday, September 20, 2011

Keronsang dan sepit

Kenapa lah sekarang ni susah nak update belog? Malam2 tengok keadaan jugak kalu nak update. Kenapa agaknya ye..? huhuhu pang muka sendiri.

Ni order dari kawan 1 batch masa degree dulu. Dia order belum raya tp memang tak sempat dah. Dia katalepas raya pun takpe. Akhirnya siap juga .


5 pasang keronsang untuk ibu



5 pasang klip utk si comel


 headband utk si comel juga


ready nak pos.

Penatnya..

Wednesday, September 14, 2011

Kain batikku di curi orang

Alkisahnya saya ni basuh kain baju waktu malan, pastu jemur la sekali pastu. Jemuran adalah di porch kereta. Kejadian ni adalah pada hari Selasa. Malam tu pas basuh kain, jemur lah. Basuh tak banyak mana pun, sekali round je, ada kain batik 2,3 helai, kain pelikat, baju, tshirt n pakaian2 kecik tu.

Pagi esoknya masa nak g keja, saya perasan apasal jemuran macam sikit je ni. Rupanya kain batik hilang! Dah lah aku ni kain batik pun tak sampai 10 helai. Pastu Pakcik Botak mintak saya ingat betul2, ada ke jemur kain batik. Saya kata memang ada lah, sebab ingat saya susun sekali dengan kain pelikat. Pastu PB round kat belakang dapur. Tetiba ada hanger 3-4 biji sekali dengan sepit baju dalam longkang.

Terus pelik. Sape plak yang buat keja ni. Pastu nampak pagar yang sambung dengan rumah belakang tu macam senget skit.

Otw ke opis tu sms Kak Siti, bgtau dia. Cite la apa yg berlaku. Dgn dia pulak yang takut. Hahahaa yelah sebaba suami dia jarang balik.

Sampai opis Kak Siti call, katanya dia ada kat umah MC, pastu anak dia kata ada baju atas atap rumah. Aiik!

Okey kita sabar. Petang balik keja intai atas atap. Memang ada lah wei. Ada kain batik dengan baju t-shirt atas bumbung porch keta dekat dgn piring astro. Naik bilik tengok dari dalam bilik nampak jelas selai baju dgn kain batik tu tp kain batik tu bukan aku yang punya. Musykil musykil.

Terus pinjam tangga dengan Kak Siti, PB panjat dalam gayat. Hahahahaha. Takkan saya pulak nak panjat kan. Sah! Memang kain batik tu bukan saya punya. Baru lagi kain tu. Kak Siti pun kata bukan dia punya.

Lepas tu cite kat Kak Siti, perasan juga ada benda2 pelik berlaku. Pernah ada 2,3 ketul batu besar penumbuk bawah kereta tapi kereta tak kemik atau calar. Pastu pulak pintu pagar (gate) tu kemik, bengkok macam kena langgar. Kemik tu dari dalam mcm kena langgar kereta dari dalam. Pelik pulak, bila masa kereta  langgar dari dalam?

Kalu nak curi tu curi lah kan, jangan lah buat pelik-pelik. 

Tuesday, September 13, 2011

Sekali kita hilangkan susah orang, 10 kali Allah hilang kan susah kita

Tajuk tu adalah kata-kata dari seorang kakak yang saya pegang sampai hari ini.

Sabtu baru ni ada sepasang tetamu istimewa yang datang ke tempat kami untuk urusan keluarga. Si suami bff Pakcik Botak dari kecik. Si isteri pulak bff saya merangkap teman sehati a.k.a kakak ku .

Lama tak jumpa depa ni since baru je dpt transfer ke KL semula setelah menetap di Bintulu buat seketika. Datang ke K.Trg atas urusan keluarga.

Ahad malam mau pulang sudah. Sebelum balik kita round-round cari kepok lekor le..


cubaan kak zie utk mengecikkan tubuh adalah berselindung di belakang sign board. ADA tu maksudnya keropok masih ada hehehe.

Kayu-kayu api yang digunakan sebagai bahan api. Mana agaknya dorang dapt kayu ni. Belakang kayu adalah dapur-dapur yang digunakan untuk merebus kepok lekor.


 pemes kedai ni. the best in town. pada saya lah. Lokasi adalah kat selekoh kat Kg Bukit Tok Beng.


  Menungggu masa untuk berlepas.


Cubaan membuat muka tak comel. Hahaha tak comel puuun..

K.zie and Paqlee, nantikan serbuan kami pulak ke KL nanti insyaallah kalu takde aral Jumaat ni.

Monday, September 12, 2011

New yarns

Tambahkan koleksi benang utk buat 21 pcs klip. Org yg order nak warna yang terang-terang.



mcm jambangan bunga pulak..hahhahaha model sukarela senyum kena paksa..

Saturday, September 10, 2011

Flower bookmark

Lamanaya nak ambik mood mengait. Badan tak sihat, batuk lagi..nak mengait pun tak selesa. Tapi tetap rasa nak mengait.

Minggu ni balik Dungun, alang2 ingat nak singgah Paka pastu terus ke Mesra Mall. Lama tak g Popular. Kita singgah utk beli sedikit bahan bacaan, lama tak beli novel.



2 bijik novel yg diidam2 kan..



sbnrnya nk tunjuk bookmark tu..hehehebaca dulu skit smntara ada masa. ramai yg suggest suh baca buku ni.

my bookmark

tak lupa juga utk siapkan order awek fahri ni. 2 pcs bookmark juga.


gambar tak jelas plak. malas nak bukak lampu. hampir siap, tinggal daun je. Insyaallah kalu takde aral Ahad pos ye Cik Alis.

Monday, September 5, 2011

Boleh kah gabung puasa ganti dan puasa sunat?


Saya repost balik entry tahun lepas utk dikongsi bersama .

Minggu ni dah ada yang start berpuasa balik. Rata-rata start hari ni (Isnin). Yang lelaki of kos la puasa sunat syawal kan. Yang perempuan pulak mesti ada yang nak buat yg ganti dulu baru sunat. Saya pernah dengar ada yang kata puasa ganti dan sunat tu boleh gabung kalu masih dalam bulan Syawal. Tapi confuse la betul ke?

Internet di hujung cari, apa lagi search je..

Ok, ini yang saya dapat. Sumber dari Ustaz Zaharuddin (http://www.zaharuddin.net).

Soalan :-

Manakah yang lebih baik, berpuasa qada’ terlebih dahulu baru berpuasa sunat, atau menggabungkan kedua-duanya sekali? Contohnya seperti puasa qada’ ramadan dengan puasa enam. 


Jawapan :

Jika anda bertanya manakah yang lebih baik antara puasa sunat syawwal dan puasa qadha, jawapannya adalah puasa Qadha. Ini terbukti dari hadis Qudsi yang sohih ertinya : 

“ Tidak hampir kepadaku orang yang ingin hampir kepadaKu sebagaimana apabila mereka melaksanakan amalan fardhu / wajib mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya…” ( Riwayat Al-Bukhari )

Amat jelas hadis ini menjelaskan amalan fardhu atau wajib lebih utama di sisi Allah SWT dari yang sunat, walau sehebat mana sekalipun yang sunat itu. Hadis tadi sebagai asasnya, tetapi dari sudut praktikal jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang. Maksud saya begini, jika seseorang itu perlu qadha puasanya selama 30 atau berpuluh-puluh hari (kerana nifas atau haid yang lama di bulan Ramadan sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat sehingga mampu mengerjakan syawal terlebih dahulu, ketika itu mungkin ia boleh mendahulukan puasa syawwal bagi mengejar waktunya yang singkat berbanding qadha. Tapi harus di ingat, walaupun waktu bagi puasa qadha adalah panjang, tetapi kita tidak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu atau ajal menjelang dahulu. 

Seseorang yang mati sebelum qadha puasa tetapi sudah berpuasa sunat syawwal akan pasti bermasalah kerana ia masih berhutang dengan Allah. Bagaimanapun seseorang yang mati setelah qadha puasanya tetapi tidak sempat sunat syawwal, maka tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat syawal itu sekali.
 
Kita harus memahami bahawa darjat puasa qadha adalah lebih tinggi dan tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar dari sunat Syawwal, ini kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan ‘hutang’ ibadah dengan Allah berbanding puasa syawwal yang hanyalah sebagai tambahan pahala.
Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan saya seperti berikut :-
 
Tidak elok menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang specifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk digabungkan. Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.
Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang membolehkan penggabungan menjadi tandatanya iaitu :-
 
  • Jika anda mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan tahiyyatul masjid atau dengan solat unat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat tahiyyatul masjid. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain. 
  •  Menurut guru saya Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa’dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a’lam. 
  • Tindakan A’isyah ra yang melewatkan qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa qadha dan syawwal. Maka ini lah yang terpilih sepatutnya. ( tidak gabungkan kerana aisyah tidak menggabungkannya).
  •  Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam’ (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya. Bagaimanapun , ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat sepenunya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23.
  • Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Ihsan Muhammad 'Aayish al-'Utaibi. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW ertinya “ Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)” (Riwayat Muslim). Kita dapat melihat penggunaan ‘fe’il madhi’ iaitu ‘past tense’ bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melangkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal. 
  • Hujjah ulama yang mengharuskan adalah hadith “ Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan.” (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12) dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat dalam mazhab Syafie mestilah dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103.

Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh di buat sesuka hati di dalam ibadah. 

  • Qiyas haji Qiran (iaitu menggabungkan Haji dan Umrah) kepada Puasa Qadha wajib dan Sunat Syawwal adalah qiyas yang kurang tepat. Malah terdapat majority ulama yang tidak setuju dengan konsep “qiyas’ dalam isu ibadat. ( Rujuk Nihayah As-Sull, Jamaluddin al-Isnawi.

Kesimpulan pandangan saya yang terbatas ini : 

Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal) ; bagaimanapun, pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah “keringanan” bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan adalah beberapa ulama mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.

Ok, drpd penerangan di atas, eloklah kita dahulukan yang wajib dulu. Insyaallah mudah2an sempat waktu untuk buat sunat syawal.

Sharing is caring.

Saturday, September 3, 2011

Tetamu pertama di hari raya

Raya ke 5 baru ada kat rumah. Sebaik tiba je, datang meluru tetamu nak beraya..


Selamat hari raya..hehehe

Friday, September 2, 2011

Raya ke 4


SELAMAT HARI RAYA