Sunday, August 28, 2011

Bila suami masuk dapur

Dekat2 nak raya ni rajin pulak pakcik  botak masuk dapor. Hehehehe



 masak apa tu bang?


 oo udang masak merah rupanya. sedap ke tak ni? hehehe



hasil ke dapur si suami. Udang masak merah, sup sayur, kangkung+tauge goreng belacan, ikan kering dan ulam timun.Alhamdulillah..


hehehhee semua tu lakonan semata-mata ye. Pakcik botak hanya tolong kacau-kacau je..Hehehhee. Lain kali kita suruh dia masak pulak ye ..


Selit sikit pasal crochet ni. Last order before hari raya.


 2 pcs keronsang utk nadia




1 headband, dan 2 cekak utk Muhaini.




5 pcs keronsang utk my bff cik umie. dia nak 5 tp saya buat 8 so di pilih lah nanti.


Saya dah start cuti ari ni tp Pakcik Botak keja lagi. Biasalah, dia kan suka bekerja, x macam bini dia ni hahahahaha.

Thursday, August 25, 2011

Rezeki raya

Alhamdulillah, segala pujian hanya pada Allah.




Hamper tu dapat semalam. Air tu dapat hari ni. Boleh pulak Pakcik Botak naik opis saya semalam hantar hamper tu. padahal nak balik nanti bawak turun jugak. Katanya maleeewww nak pegang. Kehkehkeh..

Wednesday, August 24, 2011

Menu berbuka 24 Ramadhan

Eeeww lama gile tak letak menu. Ada masak ada tak masak. Akhir-akhir puasa ni malas plak nak masak. Semalam berbuka kat luar. Hmm tak puashati lah. Hari ni kita masak lah. Menu hari ini apa ye puan-puan..?



 Masak lemak tempoyak udang. Makcik memang suka makanan yg berasaskan tempoyak nih ;P


The whole menu - Masak lemak tempoyak udang, telur dadar dan ikan kering tak masin buatan ayahku 

Makcik monas kata blog ku udah jadi blog mengait dah. Hmm baru ku perasan.  Ok kita nak selit jugaklah.



Ni kawan sekolah request nak pengikat langsir. Enjoy sangat buat benda ni . Ok tak Mak Ayu ?

Tuesday, August 23, 2011

Doa untuk mendapat zuriat


Kopipes dr Pakcik Botak. Terima kasih kpd tuan punya blog Afifah. Mohon dikongsi ye.

Assalamualaikum...

Entri ni hanya sekadar untuk berkongsi... Mungkin boleh di buat amalan bagi yang ingin menimang cahaya mata...

Bagi saya dan suami, kami memang ingin menimang cahaya mata dengan segera, kerana kami dah dikira tertinggal bas.. ramai antara kawan2 sudah ada anak at least sorang dan dah boleh jalan... kami pulak baru nak kayuh..

Awal perkahwinan, saya agak sensitif... ramai kawan2 yg kahwin in the same month atau a bit later than us dah ada tanda2 mengandung while for me, takde apa2 lagi... bila datang period terus menangis... Coz we really hope to have a baby... Tambah lagi di tempat study ni ramai yg pregnant... yang dah kawin, saya sorang je yang belum... Lagi lah terasa....
So one of my friend ajarkan doa yang diamalkan oleh dia dan hubby untuk dapat anak... Doanya macam ni...(amalkan sebagai zikir sepanjang masa...)




Makna nya lupa plak saya nak cari...tapi boleh la di cari dalam tafsir kerana saya sertakan juga surah dan ayatnya..
Selain tu, amalan2 lain yang boleh di amalkan:

Amalan pertama.
Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
· Baca Bismillah 1 kali
· Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
· Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
· Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita
 hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu
 zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan
 akhirat)
· Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.


Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.



Amalan kedua.
· Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha 
 Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan
 jimak.
·Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan 
 adaNya) 333 Kali setiap hari

· Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 
 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
· Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam 
 setiap hari.

Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.


Alhamdulillah, setelah mengamalkan doa ini, kami mendapat berita saya mengandung 4 minggu...Sekarang...dah masuk 7 minggu... :D
Kita hanya berusaha... mungkin ini ikhtiar yang boleh kita lakukan... tetapi semuanya terletak pada ketentuan Allah... Setelah brusaha, bertawakkallah...
Wallahu'alam....
Semoga entry ini memberi manafaat untuk kita bersama :D

Sharing is caring.


_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?2cdbade06a2d3e8a827f195e912bc8f2

Monday, August 22, 2011

Persiapan raya

Assalamualaikum.


Dah masuk 22 Ramadhan. Sekejapan aje ye, rasa ari tu baru 1st day puasa. Tahun ni persiapan sederhana je. Baju raya tak sempat nk hantar jahit. Saya beli jubah je 2 helai utk pakai raya. Tu pun sbnrnya tak niat utk raya sangat pun sbb memang dh lama nk beli. Senang sauk je kalu nk ke mana-mana.


Kuih raya beli juga 2,3 jenis dgn opismate. Pakcik botak pun beli 2 jenis. Persiapan rumah tak seberapa sangat. Ingat nk buat alas meja tp tak sempat lah nak kait. Rasanya beli alas meja je lah kut. Yg sempat kait alas pasu kecik je. 


Alhamdulillah, hobi yg saya buat suka-suka akhirnya boleh buat duit walaupun tak lah banyak tapi saya puas sebab orang puas hati dengan hasil yang kita buat. Duit tu belakang kira, yang penting hobi mengait ni memang boleh dikembangkan lagi. Dan yang paling penting, sokongan dari suami. Kalu suami tak sokong serba salah juga kan. Setakat ni tiada lagi kerja-kerja rumah yang terabai. cuma family hall kat atas bersepah skit dgn cebisan-cebisan benang. hahahaha tak sempat nak buang sebab curi-curi masa mengait.


Yang penting, jangan tinggalkan terawih ye kawan2, walau sesibuk mana pun luangkan lah masa berterawih. Susah sbnrnya nk buat terawih ni, mcm2 rasa ada tp bila dah buat tu lega yang amat. Rebutlah pahala di 10 malam terakhir ni ye. Insyaallah.



  Ni order dari izyan. Dia request 2 biji keronsang ibu dan anak hehehe. Ni tak siap lagi.




 Ni tempahan dari zeti. Kawan opis sebelah dulu. Dia nak 2 pasang klip rambut tema kuning oren.






Kawan sek men saya dulu request nk pengikat langsir. Saya buat 2 bersi, satu yg tali mcm kat atas ni satu lagi yg tebal skit ala-ala headband tp dia berkenan yang ni. Saya pun berkenan jugak. Hehehehe kalu sempat leh wat utk ikat langsir umah sendiri yek.


Semalam ada majlis kat kuala berang. Jumpa la blogger yg ramah tamah si cheqna ni..heheh comel lote orangnya.


Hari ni masak apa ye kawan2? Kekeringan idea.

Friday, August 19, 2011

My new crochet hooks

Yeay yeay! Ada crochet hook baru. Terus semangat lebih nak mengait.


beli dgn Amani..nice n superb!


Hasil pertama menggunakan crochet hook yg baru. Siapkan tempahan headband dr kwn saya Ema. Dia nak spt contoh yg dia beri, bunga 4 lapis.



Harap Ema puas hati .

Hari ni cuti masak. Pakcik Botak ajak makan luar huhuhuhu.

Wednesday, August 17, 2011

Sudahkah anda berzakat?


Tunaikanlah kewajipanmu..

KADAR ZAKAT FITRAH SELURUH NEGARA BAGI TAHUN 1432H

1) Wilayah Persekutuan - RM 7.00
2) Selangor - RM 7.00
3) Melaka - RM 6.30
4) N. Sembilan - RM 6.50
5) Pahang - RM 7.00
6) Perak - RM 7.00
7) Pulau Pinang - RM 7.00
8) Sabah - RM 7.70
9) Sarawak - RM 7.50
10)Kedah - RM 7.00
11)Kelantan - RM 7.60
12)Johor - RM 7.50
13)Terengganu - RM 5.00 (rendah)
- RM 7.00 (pertengahan)
- RM 8.00 (tinggi)
14)Perlis - RM 6.00


Tidak miskin sekiranya kita berzakat,  malah akan bertambah rezeki.

Crochet orders

Satu hari tak pegang jarum kait rasa tak lengkap hidup. Alkisahnya saya kena ceri beri masa pagi Selasa tu. Dahlah tengah meeting. Tak tau lah keracunan ke apa sbb asyik muntah je. Dua kali kuar masa meeting utk muntah, pas tu tak masuk terus dah. Flat terus !

Terus g klinik, kena inject tp takde kesan langsung. Rupanya kesan tu 4 jam lepas tu baru terasa. Terus call Pakcik Botak suruh dia balik segera dan terus p hospital. Nyaris2 kena tahan di ward memandangkan suhu agak tinggi. Last2 mintak dgn doktor nak balik sbb rasa dah ok lepas masuk ubat+air semua.

Pengalaman sungguh, yg peliknya org lain pun makan benda yg sana tp saya sorang yg kena. Mungkin ada kekhilafan yg tak saya sedar. Apapun bersyukur sbb dh kembali sihat, cuma perut takleh nak terima makanan sgt.

Ok, back to my crochet, hehehe sempena cuti hari ni, so berazam nak siapkan tempahan. Ada satu tempahan yg perlu disiapkan segera sbb kena pos ke Seremban. Poslaju sehingga 21hb je. 22hb tu tak terima dah so kena siap cpt2!

Orders from kak emi. Ex- opismate saya utk putri-putri kesayangan.


 ni utk Kak Putri


 Ni utk Kak Lya


 Ni utk Baby Mia 

Bawah ni plak order dari ex-opismate Pakcik Botak, Puan Najwa. Dia request nak sepasang keronsang utk si ibu dan klip comel utk baby Aleesya. Sedondon lah nanti ye .


So sweet!

Tuesday, August 16, 2011

Rehatkan diri buat seketika


Cuti kerja dan cuti mengait.

Monday, August 15, 2011

Next project

Bulan2 puasa ni petang2 pas masak sempat la kait mengait seketika.


blh buat karpet nih! Ni sbnrnya nk buat alas utk letak pasu kecik atas meja kopi. wat raya uolls hehehe


Ni plak order from sweet miss kejora. 4 bijik keronsang bunga ros .



Happy crocheting!

Saturday, August 13, 2011

Mari membuat onde-onde

Kat sesetengah tempat panggil onde-onde ni buah melaka.

Teringin nak makan tapi takut nak beli kat param. Resepinya senang je, cara buat pun senang.

Bahan2:-

  • Tepung pulut
  • Daun padan (blend bersama air)
  • kelapa parut (digaul dgn secubit garam)
  • Manisan @ gula melaka (potong kecik)
Cara2 :

1. Blender daun pandan dgn air dan kemudian tapikan utk mendapatkan pati airnya.

buat lah banyak ye takut tak cukup.


2. Tuang air pandan sedikit demi sedikit ke dalam tepung pulut dan gaul sampai boleh bentuk mcm dlm gambar iteew . Agak2 lah ye kalu rasa lembik tambah tepung, kalu rasa keras tambah air lagi.



 3. Kemudian ambik secubit dan bentukkan jadi bulat. Pastu masukkan manisan @ gula melaka yg dipotong tadi kat tengah2. Letak lebih xpe, lagi best .



4. Katup balik onde2 tadi dan bulatkan semula dan kemudian rebus dlam air yg mendidih. Bila nampak dah timbul boleh sauk onde2 tu. Bagi ia terapun lama skit xpe, so nanti gula melaka tu blh cair skit. Toskan sekejap lepas sauk.



5. Kemudian cepat2 golekkan ke dalam kelapa parut yang telah digaul dgn garam tadi.


Okeh, dah boleh makan!

Friday, August 12, 2011

Order from Cikgu Ross

15 keping klip comel utk anak2 murid. So sweet la Cikgu Ross .





Warna warni ye. Setiap satu warna lain2. harap2 tak berebut ye .


Alas kabinet-DONE!

Pheew!


Berpeluh jugak nk siapkan alas kabinet ni. Ini tempahan dari Pn. Kechek. Lama juga nak siapkan n i. Rasa2 nk masuk 2 bulan. Mengait pun waktu malam je.




Saya buat granny square kemudian cantumkan semuanya. Saiz alas ni 137 cm x 38 cm dan utk kabinet yg bersaiz lbh kurang 4 kaki x 2 kaki. Harap2 pn kechek suka. Oh, sila abaikan kaki yg sheksi iteeww :D






Menggunakan picot sebagai kemasan tepi. Ini hasil rujukan dari buku yg ditulis oleh Puan Lina A.R. Sangat membantu !



_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?2cdbade06a2d3e8a827f195e912bc8f2

Tuesday, August 9, 2011

Masak lemak tempoyak pucuk paku

Semalam masa g beli ikan saya terbeli pucuk paku. Tapi tak pikir nak buat apa. Saje beli. Masa nak balik tu lalu kat tepi orang jual santan. hati ni tergerak nak beli tapi tak beli pun.

Hari ni teringat nak buat masak lemak pucuk paku. Menyesal pulak tak beli santan semalam. Kalu gerak hati terasa nak buat sesuatu tu baik buat je kan, kalu tak rasa macam ni lah.

Takpelah, balik keja singgah jap Pasar Bukit Besar.

Kul 2 Pakcik Botak mai hantar kunci keta. Dia suruh balik sendiri, nak gi cek param katanya. Aduii dah lah hari ni bawak kereta manual. Lama tak bawak manual ni rasa berdebar jugak. Takpe lah kita tawakkal je. Sejak bila plak kau takut bawak kereta sorang2 ni :P

4.30 dh siap  nk balik. Sampai basement tengok mendung pulak. Gelap je. Ok lagi. Dekat-dekat nak sampai pasar hujan merintik. Hati berbelah bahagi nk berenti ke tak. Dahlah payung takde, dgn orang sesak nye. Sampai depan pasar hujan lebat gilerrrrr. Arrghhh kansel beli santan!

Last2 cal pakcik tu mintak dia beli. Sampai rumah siapkan apa yg patut. Sekali Pakcik Botak call katanya kedai jual santan dah tutup. Huwaaaaaaa! Kempunan nk makan masak tempoyak pucuk paku! Tapi katanya santan segera ada. Segera pun segera lah!

Sekali dia beli santan segera yang serbuk tu. Satu hal plak nak membancuh. reda je takut takjadi. pagi2 lagi call mak tanya resepi :P


Wah..cukup rasa!

Bubur lambuk free :D

Terima kasih!







Terima kasih daun keladi,
Tahun depan bagi lah lagi :D

Waktu rehat di bulan puasa

Nak makan puasa. Nak merayap penat pulak kan. Jadi aktiviti yg seswai adalaaaaahh...



































mengendap makanan.! hahahaha

Brooch bunga utk Abg Rusman

Ni tempahan dr Abg Rusman, opismate saya jugek utk isteri tersayang  Kak Ana ;D



Ramai yg minat gabungan 2 warna ni. Suwit kan?