Sunday, July 31, 2011

Kunjungan tetamu istimewa ;)

Petang tadi saya menerima kunjungan tetamu istimewa dari Perlis ;)





 yeaahh ini dia isteri si pelari pecut yg cute. Tq Suhana kerana sudi singgah ;)


Puding roti dgn sos kastard utk minum petang. Tq to Chef Syib yg menurunkan ilmu sos kastard yg meletops iteww :D




Kalu baca semasa berpuasa, harap maafkan saya ye ;)


Update khas utk cik puan nadia zahira ;)


Bahan2 utk puding roti :-

  • 3 cawan susu segar
  • 3 biji telur
  • 3/4 cawan gula perang
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • secubit garam
  • hirisan badam-goreng seketika dlm kuali tanpa minyak (blh ganti dgn kismis)
  • setengah buku roti (blh pakai roti biasa tp lagi sedap kalu guna wholemeal bread)

Cara2 buat puding roti :-

  1. Potong 4 roti atau suka hati nk potong lagu mana. Ketepikan.
  2. Satukan susu segar, telur, esen vanilla, gula perang, gula putih, secubit garam dan sedikit badam. Tinggal sikit badam utk tabur kat atas.
  3. Pukul sehingga sebati. Kemudian masukkan roti yg telah dipotong sesuka hati dan biar ia terendam seketika sehingga kembang. taburkan baki hirisan badam kat atas permukaan.
  4. Dh agak kembang masukkan dlm oven dan bakar pd suhu 160 darjah celcius selama 30-40 minit

Sos Kastard :-

  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air
  • 3 sudu tepung kastard
  • sedikit esen vanilla
  • secubit garam
Cara2 buat sos kastard :-
  • Satukan semua bahan dalam periuk. Kacau atas api perlahan. Perhatikan sos jgn smpai mendidih kuat. Dh agak pekat tutup api.
Blh makan.

Klip order from Ema

Salam uolls,

Ini klip rambut order dari kawan satu Diploma dulu. Dia request nak 2 pasang pink and purple combine sekali.




Dh publish kat FB td tunjuk dulu kat Ema. Alhamdulillah menepati citarasanya.

Saturday, July 30, 2011

Pattern baru bunga crochet

Hasil dari ajaran makcik Teresa. Tq to Makcik teresa kerana sudi buat tutorial ;)


Suka banget!

Friday, July 29, 2011

Bahan bacaan bulan ini

Lama dah tak shopping buku dan majalah ni. Sejak mula buat crochet ni macam terabai je hobiku yg satu ini. last beli buku adalah novel RAM. Tu pun berbulan duk dlm plastik baru baca.

Dekat nk musim perayaan ni biasa mags tebal2 kan, biasalah isu puasa dan raya. Seronok membaca dan best sbb gambar banyak hehehe.

Bulan ni kita beli apa ye?


Intrend tu sebenarnya baru  sekali dua je beli. Huhuh saya bukan pembeli Intrend tapi kalu ada saya baca :D. Ni beli sebab nak tengok blog mekchu masuk majalah ;). Tteiba rasa eksaited tengok blog kwn2 masuk majalah kan ;)

Bahan bacaan kedua adalah Belajar Crochet siri 1. Puas cari akhirnya jumpa juga. Buku ni banyak ajar asas dan bagus utk saya sbb banyak lagi yg saya tak tau. Ilustrasi yg menarik dan best utk dibelek selalu. Ditulis oleh Lina A.R.

Selamat membaca uolls!

Klip dan cekak rambut

Crochet lagi uollss.



Sebahagian klip ni adalah order dr kwn saya Ema dan sebahagian lagi order dr adik saya, mau letak kat kedai katanya.



baru buat untuk 2 cekak, ada lg 5.

5 unit lagi yg tinggal. Ada warna kuning, shocking pink, hitam, oren dan soft pink. Boleh pakai utk raya nanti ;)

Dan ada sesuatu yg istimewa, utk seseorang yg istimewa. 1st time buat ni ;)

 A lovely bookmark. Saya tau seseorang itu suka membaca ;D. Harap2 si dia suka ;)

Otakku sgt tenang bila mengait ;)

Wednesday, July 27, 2011

Video Makcik Teresa kait bunga rose

Ni video makcik teresa lagi. Utk pembelajaran saya. Sape2 nak buleh je ambik. Makcik tak reti lagi kait bunga rose nih. hehehe



terjumpa satu video ni jugak. Nk try tengok sini ye ;)


Harap2 buleh ikut la ye. Makcik ni lambat sikit nk pick up..hahhaaa

Video Makcik Teresa

Terjumpa bunga ni, nk belajar le. Buh video kat blog supaya senang nk tgk nanti.

Video 1


Video 2


Video 3


Video 4

Video 5

video last ni bukan makcik teresa punya ye.

Ween, ko try la ikut. Cuba asah hobi baru hehehe

Pasembor

Semalam berjaya beli pasembor. Hari tu nak beli pakcik tu kata bahan2 tak siap lagi. Belik kat warung Natasya tu le. Memang sedap lah. Baru tau perbezaan antara pasembor dgn rojak ayam selain dr perbezaan harga hehehe.


Pasembor dia tak letak mi kuning yg halus tu, tapi dia ada tauge, timun dan salad, pastu jemput2 yg sekeping2 tu, jemput2 yg gemok tu pun ada, pastu pakcik tu letak fishball sebijik, sosej potong, ayam dan kacang. tak ada tauhu yg mejadi favorite saya. Tapi yg ni tak kurang enaknya berbanding rojak. Hargany RM 5. Rojak RM 4.50. Dua2 saya suka. asembor ni paling saya suka sbb ada tauge ;)

Agak2 pakcik tu dah cam saya kut sb semalam dia bagi jemput2 lebih :D Hahahaha i like u lah pakcik!

Monday, July 25, 2011

Trip to Melaka Day 3- Perjalan pulang dan misi mencari tutti Frutti :D

Ari jumaat siap2 semua nk bertolak balik. Sblm balik mcm biasa sesi bergambar dulu hehehe.

ada je gedik2..hehehe


 keluarga besar awang dan minah tp sayangnya tokki dan tokwan dah xde..


keluarga besar kami. Dari kanan baju petak2 adik no 6, baju belang hitam merah no 8, baju putih abg sulung, baju oren dan baju pink ehem ehem :D, blkg saya spek hitam no 4, ayah dan mak, no 5, bakal adik ipar, no 7 dan suaminya. Sorang x dtg no 3.

 Adik beradik mak saya. Ikut turutan dr kiri ke kanan. Yg paling bongsu dekat bas.

 pose :D

Rombongan bertolak dr Melaka pukul 9.30 pagi dan bertolak ke KL. Biasalah rombongan akan ke Sogo kalu x silap tp kitorang yg naik kereta berpisah di sini lah. Saya dan pakcik botak ada misi lain. Hehehehe

Misi pertama adalah menghantar klip rambut kepada Kak Maslina. Alang2 dh nk pegi KL kan terus hantar lah.

klip rambut order dr Kak Maslina


agak keliru jugak mencari tapi akhirnya jumpa..hehehhee. Comel giler kak maslina ni. Lagi comel tgk live. Sofea dh pakai sepit dh.. :D. Terima kasih Kak Maslina kerana order sepit rambut tu, ni 1st customer saya. Lain kali order lagi ye kak ;)

Misi kedua adalah : Pakcik botak nk jumpa kawan dia. Kawan dia ni baru bukak franchise Tutti Frutti ye. Selama ni duk baca kwn2 belog duk citer betapa sedapnya TF ni. Huhuhu. Lokasi adalah di Bandar Sri Permaisuri.







1 bekas RM19++ kalu x silap. Tapi mmg sedap lah!

Best nye Tutti Frutti, nak lagi!

Saturday, July 23, 2011

Trip to Melaka Day 2 - Sukaneka dan majlis meminang

Ini bhg kedua, senang wat gini sbb gambar banyak kan.

Ok hari kedua bermula dgn sukaneka. Start sukan pukul 8.30 lbh kurang. Acara adalah taraf budak2 je, hahahaha. Ada cari gula2 dlm tepung, isi air dlm botol, lari berpasangan, catwalk, bowling, cari brg tersembunyi dan puzzle.
















Gambar banyak giler. Kita buh dlm fb nanti. Sukan tu semua keluarga dpt hadiah bagi adil la semua kan. Main pun utk suka2 je. Ini adalah 1st family day. tp ni pun ada lg yg x dtg ni, xpe, next year kita buat dekat sikit.

Habis sukan kitorang bergerak ke Masjid Tanah utk sesi meminang pulak.









Pengantin lama pun nk bergambar juge ;P

Pakcik botak citer masa sembang2 dgn tuan rumah dengar2 kata majlis kahwin nanti meriah juge. Siap ada bunga api lg. Insyaallah majlis kahwin bulan 2 tahun depan. Sekali lagi kita berkampung di Melaka ;)

Petang tu g jalan2 ke Banda Hilir. Naik Menara Taming Sari, sopim2, makan2 dan yg penting ambik gambar banyak2..hahahaha

adik no 7 (pengantin baru) dan adik no 8

Kakak no 1 dan adik ipar no 5 

abg no 1, menantu no 1 adik no 8 




Gambar adalah banyak ok. maaf kalu lmbt loading ye.

Kesimpulannya mmg best family day ni. Insyaallah tahun depan kita buat kat Sutra Beach Resort pulak, tdo dlm khemah ye hahaha