Tuesday, May 31, 2011

Ketupat sotong

Entry ni khas utk sahabat blogger ku  Wina nun jauh di Jakarta.

Ween, tadi siang kan kita sembang psl makanan kan. Nasi dagang lah, ketupat sotong lah. Ko tau tak, aku balik rumah mak aku ptg tadi aku terbau sesuatu yg sgt familiar. Yes! Bau ketupat sotong! Terus ceduk masuk pinggan, baju pun tak salin lg.




Sambil makan aku teringat kat ko. Tapi makan sekor je lah tu pun tak habis, sbb teringat kat ko lah. Biasa 2,3 ekor aku boleh habis tp kali ni tak habis pulak. Mungkin sbb sotong tu besar skit, aku tak brp gemor sotong yg besor2.

Magik kan mak aku. Kita baru sembang, dia siap masak lagi. Waaaahhhh. Aku harap ko jadilah dtg Trg akhir thn ni ni ween. Aku nk bawak ko p makan seafood celup tepung. Ikan, sotong, udang ko cakap je apa seafood semua ada. nd lg satu aku nak kenalkan ko dgn mak aku lah ;). Tempat penginapan dan pengangkutan ditanggung beres!

Our 3rd anniversary ;)

30 Mei 2008 ~ tarikh keramat kami diijabkabulkan.

30 Mei 2011 ~ 3 tahun telah berlalu.

Rasa mcm baru semalam pakai baju pengantin. Hehehehhe. Entry terlewat sehari psl lupa nk update. Lagipun Pakcik Botak pi kursus dari 29hb-1jun. So xde le nk celebrate ye. Hanya wish je lah.

3 tahun bersama Pakcik Botak yg penuh kegembiraan. Gaduh2 tu adatlah kan. Yg penting tolak ansur dan saling memahami antara satu sama lain. Salah seorang kena lah mengalah. Isteri harus patuh kepada suami. Itulah pegangan kami suami isteri.

Pejam celik kejap je dah 3 tahun. Perasaan saya terhadapnya masih sama seperti baru2 kawen malah rasanya makin bertambah. Orang kata jgn sayang suami sepenuhnya tapi saya tak reti lah nak bahagi-bahagi kan perasaan ni. Yg saya tau saya sayang dia.

Teringat pulak masa zaman study dulu, masa tu umur lingkungan 20-22 tahun. Duk hostel bersama kawan, so ramai lah kawan laki dan kawan perempuan. Kebanyakan kawan2 perempuan ada pakwe, atau teman tapi mesra gitu, tapi sbb saya ni low profile, kwn laki yg rapat pun xde, hanya kwn2 satu kuliah je kan. Dari situ timbullah perasaan cemburu sbb tgk kwn2 ada pasangan kan, mmg jeles ah. Bila pikir2 balik, eeee malunye, bodoh betul rasa mcm tu. Tapi ye lah masa tu umur tgh muda remaja kan, mmg tak dapat nak elak lah perasaan tu.

So bila jadi keadaan gitu, terpikir jugak jgn2 aku ni nanti xde pasangan. Ada ke org nak? huhuhu malunye cite kat sini hahahahahahaa. Maka setiap kali pas solat saya selalu berdoa supaya dikurniakan seorang jodoh yg penyayang, bertanggungjawab,  baik hati dan apa lagi ntah dh lupa. Tapi yg pastinya mmg doa tiap2 kali sembahyang la mmg tak putus.

So baru2 ni saya teringat la kisah lama tu, saya renung2 kan balik, apa yg saya doa dulu tu mmg ada pada suami saya sekarang. Rasa macam bersyukur sgt dikurniakan dia sebagai suami. Baik hati, manja, mengada2 dan yg paling penting PENYABAR. Saya ni dah la tak brp nak sabar, asyik naik angin je, dia lah yg menyejukkan saya.

Sesungguhnya asam garam dan dugaan yg kami lalui sepanjang 3 tahun ni banyak mematangkan kami dalam melayari bahtera rumahtangga. Saya juga bersyukur dikurniakan mertua dan ipar duai yg sangat baik hati dan tak pernah mengungkit soal anak. Yelah, dh 3 tahun kami kawen tp belum ada rezeki. Sape yg tak nak anak kan, tapi Allah saja yg tau bila rezeki itu akan datang kpd kami tapi yg pentingnya usaha jgn putus lah.

Sekarang ni saya sendiri sudah matang dalam mengawal emosi. Awal2 dulu agak tertekan bila dapat tau ada kawan yg pregnant, tapi sekarang lebih banyak berfikir secara positif. Pakcik botak selalu ingatkan saya. Berfikir secara positif. Mak mertua pun pesan ari tu, adalah sebab nya knp Allah tak bagi anak lagi. Hmm betul juga kan, setuju sgt ;)

Wah panjang pulak celoteh. Apapun saya juga nk ucapkan selamat hari ulangtahun perkahwinan yg ke 2 kpd mami Aqeel dan juga mama MK Rayyan ni. Diorang pun sama tarikh dgn saya. Aqeel pun nk dapat adik nanti ;)

Kepada suamiku yg tersayang FAIRUL HISYAM BIN MAT aka Pakcik Botak ; I LOVE U SO MUCH. Tiada apa yg boleh diungkapkan selain ucapan keramat ini. MAsing2 dah tahu apa perasaan masing2 so takyah cakap banyak pun takpe. Hehehehe.

~Esok suamiku pulang....Yahuuuuuuu!

Monday, May 30, 2011

Dinner @ Riyaz Heritage

Hari khamis minggu lepas PB ajak join dinner yg opis dia buat sebab nk meraikan majlis perpisahan bekas bos mereka yg dpt naik pangkat. Huhuhusegan juga tp PB kata boleh bawak pasangan makan kita pun follow lah ;)

Ada juga sambutan hari lahir Cik Ida memandangkan sehari sebelumnya adalah birthday beliau. Makanan pun ok la tp sbb saya kurang gemar kalu  mkn nasi kat hotel ni, maka ratah2 lauk je. Pastu mkn kek dgn agar santan. Terbaik wok!

Gambar kredit to omey Naomei ;)

 Nampak tak si ayu berbaju hijau munge2 tu ..ahaks!

 ucapan oleh cik ida. PB kat blkg tukang jd MC

 birthday cik ida yg ke..teeettttt!







Tgk gmbar je lah ye..ngantuks giler ni..

Perkahwinan Mariam & Nadiah

Assalamualaikum..

Dah brp hari tak buka blog. Sibuk dgn adik2 nak kawen. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Tetamu tak putus. Makanan pun cukup dan masih ada baki utk dibahagikan utk org2 yg menolong. Tugas saya adalah utk mekap pengantin. Penat uolls. Berpeluh2. Takyah ckp banyak, nk tepek gambar je.



Mekap menjadi. Suka suka!


Aku terima nikahnya..... 


Mariam dan Amir




 Pengantin lama ;)




Sepupu2 yg sengal.. salam tangan didada mata ke atas ;P



Selamat dinikahkan..alhamdulillah..

turn nadiah pulak esoknye ..

dup dap dup dap.. hehehe



ustaz rock ini jugak lah yg menikahkan aku 3 thn dulu ;)


 selesai sudah...






nurin comel hidung mickey mouse ;)

Banyak nye gambar..sori ye uollss.. ada lg nih. senang upload kat blog utk tatapan peribadi.

Thursday, May 26, 2011

Kedai keropok Kuala Kemaman

Baru2 ni otw nak g hantar anak sedara daftar matrik kat Banting, singgah Kuala Kemaman utk solat dan makan. Tak lupa singgah kedai keropok sbb Kak Nor nak beli keropok utk kak ja di Seremban. Saya pun tak pernah sampai lagi kawasan Kuala Kemaman ni. Biasa lalu jalan besar je, ni pakcik botak ajak masuk dlm kampung tepi sungai p makan tghari.




Bnayk jugak rupanya org jual keropok kat Kuala Kemaman ni. 1st time masuk pdhal lalu sokmo..huhuhu

Wednesday, May 25, 2011

KFC haram dimakan?

Saya dapat dari FB. Dah lama dengar perkara ni. Sebenarnya sekarang ni banyak sangat persoalan mengenai status halal haram makanan segera ni. Malaysia makin maju tapi janganlah hukum halal haram ni diambil mudah. Sharing is caring ;)

**************************************************************

KFC - Haram dimakan.

Persoalannya sekarang bukan ini sahaja (fizikal) yang menentukan halal atau haram sesuatu makanan itu diperbuat contohnya daging babi...sememangnya haram. Persoalannya ialah cara penyediaan sesuatu makanan itu dibuat.

Saya ambil satu contoh, semasa saya menghadiri satu kuliah ilmu, Ustaz Daud Che Ngah ada menceritakan Kes KFC. Begini ceritanya: 

Pihak KFC bercadang hendak memberi makanan percuma berupakan ayam goreng KFC kepada jemaah haji Malaysia yang sedang menunggu giliran sebelum untuk diangkut dari Kelana Jaya ke Subang/KLIA. Maka Boss Ustaz Daud menyuruh beliau menyiasat cara penyediaan ayam itu dibuat dan memberikan laporan kepadanya sama ada boleh atau tidak mengikut syarak. 

Pusat Penyembelihan ayam KFC dibuka dan ia dimulakan seawal jam 6.00 pagi. Ustaz Daud mengambil keputusan untuk sembahyang Subuh berdekatan dengan pusat tersebut. Selesai solat subuh kedengaran siren dibunyikan menanda pekerja KFC mesti memulakan tugas memyembelih ayam. Para pekerja yang duduk berhampiran dengan pusat penyembelihan/ hostel muda-muda terus memakai pakaian seragam mereka dan terus membuat kerja. Satu persatu ayam digantung dengan kaki keatas dan sayap dikepit. Ayam dipotong dan seterusnya dijatuhkan dalam air suam. 

Dalam laporan Ustaz Daud Che Ngah kepada Bossnya beliau mengatakan KFC tidak boleh dimakan dan dihidangkan kepada jemaah haji kerana: 
a. Sewaktu sembahyang subuh, tiada seorang pun tukang sembelih yang menunaikan solat subuh 
b. Ayam yang disembelih tidak mati/dibiarkan bebas tetapi terus dijatuhkan dalam air panas/letrik 
c. Ayam tersebut berada dalam keadaan terseksa dengan kedua kaki (yang terbalik) kepak terikat. 

Oleh yang demikian maka Ayam tersebut tidak boleh dimakan. Oleh kerana ianya telah disahkan oleh JAKIM maka dosa itu depa yang tanggung. Kita cuma perlu berhenti memakan KFC.

Saya sejak dengar tempoh hari tidak makan KFC Insyallah dan wallahualam. 

Assalamualaikum wbk. 

Ini cerita pengalaman seorang hamba Allah di kampung aku la. Recently seorang hamba Allah di kampung aku ni dapat offer masuk KFC/Pizza Hut management trainee. Lepas buat medical checkup, etc, maka berangkatlah dia ke KFC training center kat Kelana Jaya. Khabarnya dia diberi penginapan kat Sentul. So tiap2 hari kenalah dia berulang ke Kelana Jaya untuk training session dia. Sepanjang waktu latihan, beliau diberi subsidi makan dan uniform serta penginapan percuma. Selepas beberapa bulan, satu hari dia ke kilang para pelanggan KFC. Di kilang inilah dia tengok sesuatu yang meragukan. 

Diperhatikannya ayam2 tu disembelih oleh tiga orang penyembelih dan dua daripadanya ialah perempan. Perempuan sembelih ayam? mmm...macamana tu?.

Kemudian diperhatikannya pula ayam2 (dari kotak tetapi ada seekor dua yang tak bergerak langsung dan tak nampak aktif. Maka ditanya pada orang yang menggantung ayam tentang ayam2 tersebut. Pekerja tu memberitahu bahawa adakalanya ayam2 itu mati dalam perjalanan kerana kesejukan sewaktu perjalanan waktu malam atau keadaan sesak di dalam kotak plastik itu sendiri. Sudah Mati, ianya masih digantung untuk masuk ke ruang penyembelihan. Ayam yang sudah mati disembelih? Bangkai? Disembelih? Halal? Sekali lagi, hmmm....macamana tu? 

Akibat daripada timbulnya rasa was2 yang berat, hamba Allah ini telah mengambil keputusan untuk berhenti menjalani latihan dan sekaligus menamatkan perkhidmatannya dengan KFC. Maka pulanglah hamba Allah kita dapat tengok anggota yang menjadi ahli dalam menguruskan soal halalnya makanan yang dijual dan bagaimana badan ini memastikan semua hidangan di KFC dan Pizza jikalau cerita hamba Allah ni salah.
Kalau betul, maknanya tanda ditanggung halal di premis KFC dan Pizza Hut boleh dianggap palsu dan hanya untuk menarik pelanggan beragama Islam

Ada seorang ustaz menceritakan bahawa seorang saudaranya dapat kerja sebagai penyembelih diKFC. Tak sampai seminggu dia resign kerana tak sanggup menanggung dosa bagi orang makan bangkai. Ayam yang terikat seperti diatas berpusing boleh tahan lajunya   (kerana nak sembelih banyak) dia hanya sempat sebut " bis " saja untuk setiap ekor yg disembelih, lepas tu rendam, matilah ayam tu dalam kelemasan. 

**Setiap apa yg kita makan akan menjadi darah daging, sepotong hadis nabi menyebut, mafhumnya, " setiap daging dari sumber yg haram akan menjadi makanan api neraka " . 

MAKA BERHATI - HATILAH DGN APA YG KITA MAKAN SEMOGA KITA TERSELAMAT 
DARI API NERAKA YG MAHA DAHSYAT. 

Wassalam.
"Janganlah engkau menjadi lemah daripada seekor ayam jantan, ia telah berkokok pada waktu pagi hari, sedangkan engkau pada ketika itu masih terbaring di atas katilmu." 

******************************************************

Saya ada baca soal jwb dgn seorang ustaz ni. Kalu produk tu mmg sudah disahkan halal oleh kerajaan (JAKIM) maka kita harus makan. Tak ada sebab nak utk kita kata haram walaupun ada khabar angin yg kata begitu begini, sebab panel penilai telah memberikan status halal tu mengikut peraturan dan hukum. 


Semoga mendapat iktibar dan pengajaran. Tapi sekiranya diri sendiri mempunyai keraguan atau was was, maka hentikanlah membeli @ menggunakan sesuatu produk itu.

Tuesday, May 24, 2011

Bvlgarigirl Ulat Buku Giveaway

Nak join! Buleh dpt novel free!

Saya kenal blog Bvlgarigirl ni melalui wina. Mula2 baca sikit2 mcm biasa je. lama2 baca best plak, terus baca dari awal. Pas habis baca terus lah jadi follower. Huhuhu kisah Arianna ni mcm dlm novel plak ;)

Ok ok, Arianna, akak nak pilih buku ni :


Harap2 ada rezeki nak dapat novel pree !

Jalan-jalan ke Banting

Hari Ahad saya ambik cuti sampai Selasa. Lama tak ambik cuti pjg. Sebenarnya nk pegi hantar anak saudara daftar kat Kolej Matrik Selangor di Banting. Kami pegi 4 org je. Saya dan Pakcik Botak, Kak Nor (kakak ipar) dan Hanif Sumaq.

Pakcik Botak teruja giler nak g Banting. Kira mcm balik kg la sebab dia dulu keja kat syarikat bas kat Banting tu. Skit2 suh ambik ambik gambar. Huhuhu layan je org mengimbau kenangan ni ;)

Bertolak pukul 12.30 tghari Ahad. Lewat skit sbb ada kesulitan. Tdo rumah Kak Ja di Seremban 2, pagi isnin pegi hntar Hanif Sumaq. Kita mulakan dgn tayangan gambar ye ;)


peliknye nama tempat ni. Paling terkujat tgk nama Sg Raba..huhuhu. Jauh berjalan luas pandangan kan. Teringat Desa Temu Jodoh kalu nk p segamat ;).




'keciknye' pakcik botak sebelah Hanif..heehehe. jgn marah ye syg, nt kena jual ;P




Proses pendaftaran tak la ambik masa yg lama sgt tp agak berterabur la. Mungkin sebab kurang pengalaman utk handle pelajar2 baru. kalu tak silap ni 2nd batch kolej ni terima student. Siap2 daftar p makan kat Restoren Ummi. Harga buleh tahan lah.

Masa yg ditunggu oleh Kak Nor :). Kerepek time! Hahahaha. Rambang mata nak pilih kerepek. Banyak gilerrrrr. Saya beli 2,3 jenis je. Hujung2 bulan ni maklum le ;)





Tak pernah tengok kedai jual kerepek banyak gini. Kawasan luar kedai ni pun cantik. Mesti kaya tuan dia huhuhuhu. Pakcik botak kata org kat banting ni kaya2. Diorang banyak sawit..huhuhu. Masa nak bayar tu  nmpak jeli kelapa. Mesti beli punya. Sedaaaappppp ya amat! Tak cukup pulak makan 1.

Sampai banting ingt kat omma dd psl suami dia org Banting.

Bertolak dr Banting dlm 3.30 ptg. Berhenti rehat di Temerloh. Pastu pakcik Botak suh saya drive plak. Masa tu kul 7. Takpelah sbb td dh tido banyak tp berdebar jugak sbb malam2 mata ni tak brp nk elok jugak. Sian Pakcik Botak nk tdo, xpelah saya drive bawak 100-110 je.

Masa kat Temerloh tu minyak tinggal 1 takuk lagi, pakcik botak kata isi kat Kuantan. Smpai kat RnR Kuantan terlajak plak. Aduii..Xpe, bawak je dulu. Isi kat Gebeng. Pas Kuantan tu minyak dh kelip2 dah, Takut jugak buat nye mati keta tgh2 highway. Dgn gelapnye. Smpai Gebeng silap ambik jalan pulak. Sudahnya mmg tawakal la nak sampai Cherating. Masa tu mulut duk zikir je.Haahaha tau takut. Sbb masa tu mmg dh guna minyak reserve kut.

Nasib baik la sempat smpai kat Cherating. Huhuhu berpeluh takut tak cukup minyak.Hahahaha. Smpai Dungun dlm 10.30 pastu makan nasi terus balik Telaga Mengkudu sbb cadangnya esok tu nk p Setiu jap.

Tiba di rumahku syurgaku dlm pukul 12. Alhamdulillah. Pakcik botak kata nak g Banting lagi. Suka la dia tu..