Saturday, April 30, 2011

Roti cicah sardin

Ini adalah makan malam kami. Tak nak la makan nasi kan. Berat konon, padahal roti tu berat tak? hehehe senang makan roti ni. Jenguk2 dapor ada sardin pertima setin. Tumis2 skit, letak karot skit, perah asam limau. Buleh cicah dgn roti.


Maka makan lah kami suami isteri dgn rezeki yg sederhana ini. Alhamdulillah..

Friday, April 29, 2011

New yarns

Hari Khamis balik kul 4.30. Pakcik botak balik lmbt psl kena siapkan 5s la. Hari ni g keja sendiri2. Balik keja teringin pulak nak jenguk kedai benang. Lama tak singgah. Hehehehe kalu singgah bukan singgah saje, mau juga beli seketol dua :p



tak lupa juga sebungkus pin utk tepek kat blkg bunga. Boleh jadi keronsang nanti ;). Geram je tengok benang banyak2 kat kedai. Yg warna kuning+pink tu RM4/sebuku. Yg merah tu RM 3.80/sebuku. Dengar2 kata benang naik harga? Benang pun buleh naik harga ye.

Nak buat apa dgn benang ni ye ?

Thursday, April 28, 2011

Sayur wajib :)

Bila dpt gaji mcm biasa ke Sabasun lah kita. Cari brg dapor. Tapi beli skit dulu psl p sorang2. Beli yg penting dulu, nanti pi dgn Pakcik Botak baru beli penuh troli. Hehehehe

Hari ni beli sayur skit. Saya ada sayur yang wajib dibeli.


Sawi manis, carrot dan bunga kobis. Entah la, asyik sayur ni je. Tak reti nk beli sayur lain. Teringin jugak nk beli bendi tp dia packing banyak2, nanti tak habis makan pulak.

Setakat ni tak boring lg. Sayur ni boleh letak dlm macam2. Buat sup sayur, letak dlm bubur nasi, goreng dgn sos tiram, mcm2 lah.

Nak makan sayur apa plak ek?

Royal wedding ~William & Kate

Selamat Pengantin Baru...hehehe kita ucap dulu lah kpd bakal pengantin anak raja nih..hehee

Kat tv pun dh bnyk iklan psl majlis kawen ni. Kalu tak silap 29hb kan. Hari jumaat tu. Pandai pulak dia pilih hari Jumaat ye ;).



Both pics credit to goggle

uiish dpt tacle anak raja tu. Huhuhu bertuah badan. Cantik kan Kate ni. William tu xde la lawa mana tp sbb dia putera raja kan, secara x langsung jd hensem la kan..huhuhu..

Sebut psl kawen ni tahun ni aje opismate saya ada 5 org yg bakal melangsungkan perkahwinan. Tiap2 tahun mesti ada yg kawen, pastu bergilir pregnant plak. Saya je yg tak sampai rezeki lg :(.

Kepada semua bakal pengantin baru~ SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT ANDA..

Wednesday, April 27, 2011

Aktiviti tahun 2011

Start bulan Mei ni ada mcm2 perkara yg melibatkan saya kena cuti. majlis kawen lah, family day lah. So utk mengingatkan saya sendiri buleh la tepek kat blog. Senang esok2 tcari kat blog je :)


Mei 
  • 27-28 Mei (Jumaat & Sabtu) - majlis akad nikah dan kenduri 2 org adik perempuan saya.Saya nk cuti 26 dan 29 Mei. Mcm aku plak nak kawen. Hehehehe. Ala buat 2 org sekaligus mmg tak cukup tangan mak saya nanti. Xde nak harapkan org lain dah. Semua buat sendiri ni.


Jun 
  • 23-25 Jun (Khamis-Sabtu). Ni sukan PBT. Pakcik botak punya ni tp sebab tuan rumah kali ni kat Besut dan bermalam plak tu so saya cadang nak ambik cuti 1 hari 23hb tu. Hehehhe saya ikut le..


Julai 
  • 21-23 Julai. Family day keluarga belah mak saya. Kitorang akan buat di a Famosa Resort kut. Yg ni nak ambik cuti 21 dan 24 hb. Huhuhuhu. Tak sabar nk tunggu bulan 7.


Ogos
  • Bulan 8 ni of kos la raya kan sekali dgn bulan 9. Hehehhee Sah2 aku ambik cuti seminggu. Hahahahaha


September
  • Raya lagi..hehehehee

Oktober
  • 12-15 Oktober. Ni hanimun yg ke berapa puluh kali. Kali ni makan angin kat Sabah. Tiket dah beli masa promosi ari tu. Harap2 xde aral melintang la ye ;). Yg ni ambik cuti pjg skit. 12, 13 dan 16 hb.

November
  • 6-7 November. Raya Korban. Of kos nak ambik cuti lg tapi xtau lg planning nk cuti brp hari. raya jatuh hari Ahad dan Isnin. Kalu ambik cuti 3 hari terus smpai Khamis best jugek. Hahahaha

Disember 
  • Insyaallah akan buat reunion dgn sek2 Diploma Perikanan UPMT batch 1998-2000. Setakat ni tarikh tak confirm lg tp kemungkinan besar akhir tahun masa cuti sekolah. Tapi tak sure lg cuti sekolah bulan November atau Disember.

Harap2 perancangan jadi semua lah ye..Hahahahaha. 

Tuesday, April 26, 2011

Baby booties

Baru2 ni saya cari video tutorial baby booties. Ada jumpa yg senang. Try la ikut. Gigih tunggu video buffer. maklumle broadband kan, fhm2 je lah..




ni mcm sebelah kiri je.. baru siap sebelah. nmpak mcm besar tp kecik je ni. muat kaki anak patung je kut..hehehe


ni ikut tutorial bulat2..tapi xtau la kut benang dia besar kut. Saya guna benang minlon biasa tu je. Teringin nak buat booties yg mcm kasut converse tu. Anak2 ofismate semua lelaki, ada 1 perempuan. Banyak pattern booties utk perempuan. Sgr comel bila letak bunga yg cute kat tepi tu..

Pas ni nk try wat topi plak. Tapi mcm yg saya kata lah, pattern utk gegirl banyak sgt. Utk boy tu ada tp girl lg banyak. Kalu yg girl blh letak bunga 2,3 kuntum..heheh boy punya takkan nk letak bunga kan..hahahaa

Good luck for me :)

Sunday, April 24, 2011

Masak2 hujung minggu

Wah wah wah..

Lama giler xde entry masak-masak. Barang dapor pun dh nak habis. Tunggu gaji le baru penuh balik peti tu :)

Sempena hari cuti yg mulia maka kita masak le. Guna je apa yg ada dlm peti tu. Ok, menu nye adalah sosej blackpaper dan bilis goreng pedas tak pedas puuun. Tak dilupa telur dadar sbgai penambah selera :)



Alhamdulillah...

Friday, April 22, 2011

Bekas benang

Setiap kali tengok benangkait.com mesti rasa nak beli  benang. Kalu g kedai Thye seng pun wajib beli walaupun sebuku minlon. Huhuhu. Sudahnya kotak dah tak muat. Selama ni pakai kotak kasut je.


2 bijik kotak. Yg putih tu xleh nk tutup dah.



kalu nak ke mana2 masuk je dlm beg. Dalam keta pon boleh kait ;)

Tapi terpikir plak nak cari satu bekas yg besar tak besar mana tapi ada compartment la. Mcm lebih kurang beg mekap iteeww. Senang nak usung ke mana2. Hahaahhaa. Kalu ada kwn2 blog yg buat crochet boleh tak  bagitau korang letak benang dlm bekas ke apa? Nak tau la :)

:D

My 1st crochet flower

Rasanya pas ni blog ni banyak kisah crochet je lah ye. Ini lah yg menjadi kegilaan saya sekarang ;)

Terima kasih kpd youtube kerana banyak giler tutorial utk buat bunga ni. banyak kali try n error. Last2 jadi jugak huhuu walaupun tak secantik yg dh expert. Gigih tau nunggu video buffering. hahahaha


percubaan pertama. Tutorial tu buat bunga 5 kelopak tapi saya jadi 8 kelopak. Cmno tu?



percubaan ke 2. berjaya tapi kecik skit.



Try lagi dan lagi dan lagi sampai la jadi. Kalu  buat double crochet kecik skit. Saya tukar jd treble crochet. Dapatlah besar sikit.



Ini nak buat brooch ;). Comel tak..?

Yg sedihnya, nak  buat handphone pouch tp 3 kali try bengkang bengkok jadinye. Tak cantik. Frust sgt. 1st try ari tu terus jadi tp kali ke 2 nak buat dh tak jadi.. Adoooiii..

Thursday, April 21, 2011

Semangat baru ;)

Private. Tak private. Private. Tak private. Tak private laaaahhhh :D

Ah poyo nye minah ni. Konon  nk private blog. Mula2 mmg lah tapi rasanya saya sudah dapat semangat baru. Belog ini insyaallah hanya akan menceritakan aktiviti2 yang happy2 je. No more sedih2. Baru2  ni yg jadi nak private tu sebabnye frust psl period lewat. tak pernah lewat. Ingt konon pregnant tp tak berharap sbb bulan lepas pun jd benda yg sama. Baru nk test esok dh dtg bendera jepun. Bulan ni pon sama. Tak berharap sgt tp ada juga sikit2 harapan tu. Last2 datang juga. Sedihnyeeeeeeeee. Rasa malu dkt kwn2 opis.

Eh, kata xnak cite sedih2..huhu sori terlepas.Hahahaah

Ok, sbnrnya saya jumpa belog Color Me Katie ni. Ceria sgt blog dia. Nmpk life dia warna warni, hepi je. teringin nk tepek2 kat dinding rmh mcm dia buat. huhuhu.

Nak tau tak, saya ada buku baru tau. Buku apa...??





my crochet book :D

idea tu tetiba mai semalam sbb bersepah2 kertas tutorial crochet yg saya print. teringat buku ni kosong x guna so gigih la semalam duk tepek benda ni. Ada jugak gunanya ;)

Ok, next entry ~my crochet flower ;)

Tuesday, April 19, 2011

Private blog

Assalamualaikum..

Banyak benda yg saya pikir kebelakangan ni. Macam-macam. Pasal hidup. Kerja. Keluarga. Masa depan. kenapalah kita perlu menjadi dewasa. Alangkah indahnya lihat  kanak2 yg bermain keriangan. takde apa yg nak difikirkan.

Sabar lah.

Saya rasa untuk sementara waktu ni saya nak private kan blog saya buat sementara. Asalnya blog ni utk suka2 je, letak nuffnang pastu hari2 cek akaun tengok ada masuk iklan tak. Tengok brp org datang  blog. Tapi skrg ni tak kisah dah, ada org baca ke tak. Kalu rasa nak baca silakan.

Kebelakangan ni banyak benda yg saya nak luahkan tapi segan nak luah kat blog. Sebab tu saya ingat nak privte sekejap. Private pun bukan nya tak leh baca langsung, sape yg ada blog masih boleh baca. Sila tinggalkan email ye, nanti saya add kan.

 Sbnrnya saya segan sbb ada bbrp kwn opis yg baca (ceh bajet glamer) Segan sgt sbnrnya tu psl skrg ni jarang update. Saya anggap blog ni mcm diari tapi tak brp nak jadi diari pulak hahahaha.

Banyak benda nak luahkan tau tapi gitu lah. cmne nk cakap ek. Paham2 sendiri lah.

apa aku merepek ni.

Monday, April 18, 2011

Matlamat hidup

Apakah matlamat dan tujan hidup anda?


Duit banyak? semua org nak




bebas hutang? semua org nak



bekerja sendiri? makan gaji? dulu saya suka makan gaji tapi bila dh tua2 ni rasa nak keja sendiri.


Membuat kerja yang disukai. boleh bekerja dari rumah.


Saya teringin tau nak jadi surirumah. Jaga anak2. Saya pernah punyai impian ini tp anak xde lagi ni. Mungkin bila dah betul stabil, kewangan pun dah bebas, saya akan jadi seperti itu. tapi tak tau la mcm mana kan, sbb nye bila kita dah biasa bekerja, pastu bila dah tak kerja mesti rasa bosan pulak kan. Masa ni boleh lah nak kata mcm tu sebab sometimes serabut dan tension dgn hal keja kan.



Bosannya sekarang ni. Semua psl hal kerja. Company aku ni dah jadi mcm bola sepak. Asyik kena tendang ke situ ke sini ke sinun. Mentang2lah company ni ada kaitan dgn kerajaan sesuka hati je nak masukkan org tu nak tendang org ni. Ada je org2 yg rasa dia tu BERKUASA nak arahkan itu ini. Konon lah. Padahal setakat ****** je pun. Sedarlah kamu dh xde kuasa, jgn ingat aku tak tau apa tujuan kamu tu. Kau ingat nama kau laku lagi ke. Pandai la konon kena serve kpd rakyat lah, tolong org miskin lah, hakikatnya aku tau apa yg tersirat disebalik itu. Sebenanrnya kau hanya menggunakan orang miskin itu sebagai batu loncatan utk kepentingan dan kepuasan peribadi kau sendiri kan. Taktik kotor semua tu.

Tension weh kalu gini.

Thursday, April 14, 2011

Sengkuang calit ;)

Sebenarnya ari tu dah lama dah saya ada terbaca dlm blog sape ntah pasal sengkuang calit ni la. tapi tak tau apa nama nye kan, tapi tau la bahan tu sengkuang. Pastu lamaaaaa tak ingat dah  psl tu. Tetiba baru ni teringat balik, hahaha terus google.

Tak tau la mana nak cari sebab kat area Kuala Terengganu ni tak pernah jumpa lagi makanan ni.

Google punya google terjumpa lah blog ni ~ Old Time Sengkuang. Tapi malangnya dh lama tak hapdet. Sib baik jumpa page Old Time Sengkuang ni dlm FB. Terus tanya dan terus beli sbb teringin nak rasa. Dia ada jual sos cali dgn kacang tumbuk. Kira 1 set la. Saya pun beli la 1 set tu. Harga RM 11.80+ posting RM 6.

Tgahari td pun dh sampai lah. Balik opis terus pi Sabasun cari sengkuang. Huuuuuu tak sabar kau!



Balik rumah terus buat! dan rasanya adalah hampir sama dgn apa yg sama imagine kan.Hahahahahaahaha puas hati lah. Kacang tumbuk tu memang mantop lah! Alhamdulilah kena dengan tekak saya ;)

Kalu sape2 teringin nak beli, sila klik FB Old Time Sengkuang ye :)

Tuesday, April 12, 2011

Dah sampai :D

Ari tu saya ada beli benang kat benangkait.com. Benang ni direct dari Turki nun. Ingat 2 minggu sampai tapi rasa tak sampai 2 minggu pon. Sukaaaaaaa!!!




Cantik gilerrrrr.. Teruja tau! Tapi aku ingatkan besar tp kecik je. Benang ni agak licin. Harap2 boleh buat projek baru ;)

Terima kasih Benangkait.com !

Monday, April 11, 2011

Resepi bubur nasi ~khas utk Omma dd

Saya buh resepi bubur nasi ye. Senang yo. Sebab Omma dd ni pregnant baby sulong, so kena penuhi permintaan dia ye ;)

Bahan2 :-


  1. 1 pot beras
  2. sayur (terpulang ye, akak guna carrot + bunga kobis)
  3. bilis utk goreng dan utk letak dlm bubur)
  4. garam secukup rasa
  5. Kalu nak letak ayam ke udang pun boleh tapi akak x letak
Cara2:-
  1. Basuh beras bersih2. kemudian buat mcm nak masak nasi cuma letak air banyak. Masuk la garam dgn bilis yg belum digoreng sedikit utk bagi perasa. Ayam pun boleh masuk masa ni.Kena selalu tengok tau, takut kering air. Kalu nampak macam nak kering kena masukkan lagi air. 
  2. Sentiasa masukkan air sampai la nasi tu pecah dan jadi bubur. pastu bila dh jadi bubur tu kalu pekat tambah air skit. agak2 la ye dd.
  3. Sayur masukkan masa nasi dh hampir pecah. Kalu masuk awal2 kang nanti lembik pulak. Terpulanglah ye ;)
  4. Telur tu akak tak pernah masuk tapi boleh je letak masa kendian2. kacau2 je telur tu nanti dia hancur la.
  5. Pastu jgn lupa goreng bilis garing2 jgn sampai hangit hehehee. Nak makan nanti tabur je atas tu. Letak bawang goreng skit pon best. 
  6. Paling penting- kicap mesti ada.
Tu je la omma dd. Kuku mesti terer punya ;) Gud luck!


Bubur nasi jemput-jemput bilis

Ni entry masak2 ye. Lama gila tak letak resepi dan lama juga tak masak2 kat rumah. Bukan malas tau, tp makan ringan2 je.

Ni masa minggu lepas. Balik keja perut lapar tapi bahan mentah xde. Last2 terpikir nak buat bubur nasi. Hahahaha sedap laaaaa...



Masing2 makan tambah 2x. Hahahaha banyak jugak makan.. hahaha

Hari Sabtu tu plak goreng jemput2 je. Gandum ada lagi. Bilis sentiasa ada stok. Last2 goreng je.. Huhuhu sedap!


Gebu tak..??? :D

Sunday, April 10, 2011

Granny square tablecloth-Part 2

Lama tak update ni. Nak kata sibuk tak juga, rasa nak update tapi tal sempat. Skrg ni malam2 gigih duk siapkan projek alas meja granny square ni. Banyak lg tak siap. Progress terbaru dh sambung2 dah, tapi rasanya tak jadi alas meja. Lambat benor nak siap kalu buat alas meja. Kita tukar buat alas peti sejuk gitu ;)


Agak2 sempat siap bulan 4 ni kut. Sakit2 bahu nak siapkan benda ni tp enjoy!

Dah ada org tempah ni. Berani ke nak buat? huhuhu try la ;)

Friday, April 8, 2011

Terima kasih cik kejora ;)

Malam tadi pakcik botak bagi saya satu sampul surat....


dari pejabat MB? huhuhu takutnyeee..














oh, rupa-rupanya ada kiriman dari Tanah Suci ;). Kiriman ni drpd Cik Kejora . Beliau  baru pulang pulang dari mengerjakan umrah.

Terima kasih awak.. ;)  mmmmuuah!

Tuesday, April 5, 2011

Colorful yarns

Yeehaaa!

Saya dah order benang kait baru di benangkait.com. Saya beli yg needle point
, sesuai utk buat alas meja. Sebenarnya geram jugak dgn benang utk buat beg dan pouch tu tapi huhuhu kena sabaaaaaarr. Simpan duit dulu skit2 utk beli banyak sekaligus nanti. Boleh campur2 ;)

Tapi minggu lepas ada beli benang baru jugak kat kedai Sing Thye. Cadangnya nak buat handphone pouch utk Suhana dan Nadia. Insyaallah saya akan buat tapi tak janji bila siapnya :D.


Tambah 2 buku benang utk granny square tablecloth. Bila nak siap agaknye..hahahahaha

Monday, April 4, 2011

Lawatan YAB MB

Semalam (Ahad) ada lawatan YAB Menteri Besar ke Projek HIP Sg. Como. Saya prepare talking points  dan juga slide utk bos present. Tapi masa MB sampai beliau hanya nak briefing kat luar je, xyah masuk dlm bilik. Sgt sempoi ;)

Tetiba teringat nk upload gambar psl baru je tadi bos sms tanya mana gambar lawatan dlm FB.. Huhuhu saya lupa nak upload kihkihkih. Cepat2 upload masuk FB.

Layan gambar ye ;)














Sempat ke Pertang Island Resort utk hantar ikan bagi makan tengahari rombongan MB ni.

Eh tengok AF tak? Hehehehee. Amni, akak tgk AF sebab Amni tau :D

Saya BANTAH kilang memproses radioaktif "rare earth" Lynas Corporation Ltd di Gebeng

Kopipes belog PakcikBotak 


Saya BANTAH kilang memproses radioaktif "rare earth" Lynas Corporation Ltd di Gebeng




Selamatkan PAHANG!!
Selamatkan TERENGGANU!!
Selamatkan PANTAI TIMUR !!

Selamatkan bumi kita.

Saturday, April 2, 2011

Colek strawberi

Kan masa buat puding roti tu saya letak strawberi utk hiasan, so masih ada lg lebihan tu dlm peti. rasa nak makan tp masa. Mari la idea mkn dgn colek. Huhuhu tp letak garam skit baru kurang masam.



best!

Friday, April 1, 2011

Eh, macam kenal... :D

Tiap2 bulan  saya mesti beli bahan bacaan. Bulan nitetiba rasa nak beli majalah Jelita. Dulu2 tiap2 bulan beli tapi lama2 rasa bosan plak. nak bertukar angin beli le Harmoni plak. Tapi bulan ni tetiba rasa nak beli Jelita ni.

Cover depan anak Rohana Jalil tu yg bibir mcm Angelina Jolie tu. Huhuhuu. Pakcik botak suka ajuk dia punya bibir hahahhaa




Konon2 nak ambik idea la psl gubahan hantaran ni. Belek punya belek punya belek, tetiba eh?









Macam ku kenal...!









Laaaa dd dudu rupanya. waaaah glamer gtu . Siap masuk majalah lg. Huhuhu. Pasni naik le traffic blog :D

Sebenarnya saya beli Jelita ni semata2 nak tgk dd dan keri le. Hehehe semangat tau...