Thursday, March 31, 2011

Puding roti special request

Mami farah ni lama dah 2,3 kali request nk puding roti. Kebetulan susu ada lg 1 kotak, tinggal nak beli roti je. Kebetulan semalam keluar terus beli roti. Tapi sebelum tu tanya Farah dulu dia pose tak esok nye pasal kalu pose x dapek den nolong eh.

Mula2 ingt nk buat mlm sebelum tdo, tp nanti sejuk masuk peti ais x best. So wat pagi2 esok la. Sempat la bangun cam biasa pun.



kebetulan malam tu p giant tertengok plak strawberi ni. Geram je..huhuhu beli le, boleh letak wat hiasan, tapi saya masak dgn air gula sekejap.

Nampak je mcm x cantik psl saya tak  buah pun yg tepi2 tu, lagi best kalu letak sbb dia akan garing2 gtu.. ;)

Sabasun hyperuncit -UPDATE

Ada org nak tau pasal Sabasun masa saya g beli belah jumpa Kiah Pekasam tu :D.

Sabasun ni sebenarnya nama sebuah pasaraya 100% milik bumiputra. Org melayu kita dan islam of kos. seingat saya dari kecik lagi dah wujudnya pasaraya Sabasun ni. Dari mana dapat nama Sabasun ni saya pun tak tau. Dengar2 kata nama tuan dia Sabasun tapi tak tahu la betul ke tidak. Tak pernah siasat pulak. Kalu nak tau juga nanti saya mintak Pegawai Penyiasat saya cek.



Sabasun Hyperuncit ni terletak di Jalan Bukit Kecik Kuala Terengganu dekat dengan JPJ. Kemudian ada pulak cawangan kedua di Wakaf Tembesu, belakang rumah mak saya ;). Harga nya murah dan mmg berpatutan. Dah banyak kali saya buat perbandingan dan ternyata memang lebih jimat membeli barang dapur di Sabasun ni tapi lain org lain citarasa.




Barang2 yg dijual pun banyaaaaaaakkk. Dah nama pasaraya kan. Keperluan dapur, makanan, sayur, ikan, pakaian, susu dan macam2 lagi lah. Paling saya suka beli aiskrim dlm bekas pastu kat peti tu dia ada gantung suratkhabar lama. Ada nota kat situ katanya kalu bungkus aiskrim ni dgn kertas suratkhabar lebih tahan lama sebelum sampai rumah. Hehehe so memang slalu le beli aiskrim bekas tu kat Sabasun. Tak yah dah beli aiskrim Mekdi. Huhuhuhu

Cite banyak pun x guna, kalu nak tau lebih lanjut klik page Sabasun ni ye ;)

jom sopim!

Update : Pegawai penyiasat kata nama Sabasun tu diambil dari perkataan SABAR SUNGGUH :D

Wednesday, March 30, 2011

Kiah Pekasam

Ahad baru ni saya dan Pakcik Botak pegi la Sabasun, maklumle dh gaji. Beli brg dapur skit. Lama giler tak beli barang dapur ni. Sblm ni biasa beli kat Gi**t je tp ari tu mak ajak p Sabasun. Sangat berbeza harga nya uolls. Dengan barang yg saya beli saya anggarkan dlm RM150 tapi rupanya RM107 je. Kalu kat Gi**t xleh dpt harga tu. Jadi marile bershoping di Sabasun.

Eh nak cite psl benda lain ni.

Masa tgh nk beli ikan bilis, tetiba Pakcik Botak terjumpa ni.



Kiah Pekasam!

Terus teringat rozita che wan nnyani lagu Kiah Pekasam ni. Hahahahaha. Kiah pekasam ni memang ada atau dia tiru tajuk cite Kiah pekasam lakonan Rozita Che Wan tu? hehehe Kakakku di Bintulu sila jawab ;) hehehe

Tuesday, March 29, 2011

Petua ~ Melayan isteri ;)

1. Sebelum tidur, peluk dan cium isteri. Tidak semestinya cium di mulut tetapi di dahi, di pipi atau mana² bahagian yang biasa dicium….

2. Kemudian, lafazkan ucapan I love you… Kalau nak cakap “Abang cintakan Ayang” pun boleh tapi… Dah jadi budaya kita agaknya nak sebut I love youlebih mudah…

3. Renung wajahnya. Berikan renungan seolah itu kali terkhir untuk anda melihatnya. Kemudian belailah rambutnya.

4. Cuba nyanyikan lagu paling romantis untuk dia. Kalau rasa suara tak sedap, boleh dengarkan lagu yang sebegitu sambil katakan lagu itu anda tujukan khas untuknya.

5. Jika masih ada masa, ulang cerita tentang zaman sebelum berkahwin atau zaman bulan madu. Jangan cerita semua. Satu hari ungkit satu cerita. Tapi yang seronok sajalah. Jangan ungkit masa bergaduh pula…

6. Ajak dia berbicara tentang anak dan keluarga. Ceritakan apa yang dia dah lakukan untuk anda dan anda amat berterima kasih dengan perbuatannya.

7. Kalau mampu, ceritalah tentang isteri² Rasulullah saw dan bagaimana mereka menghadapi cabaran.

8. Tidurlah dalam keadan berpelukan. Biarlah dia berbantalkan lengan,dada atau bahu anda.Sebenarnya ada banyak lagi yang boleh diperbuat.

Tidak semestinya berakhir dengan hubungan intim. 
Insya-Allah, bila isteri kita tahu yang kita betul² sayangkan dia, layanannya juga akan menjadi lebih baik. Bila layanannya baik, kita nak pasang lain pun jadi ragu² sebab bimbang yang baru kita dapat tak sehebat isteri kita sekarang.

Ni copypaste dari FB kwn2. Renung2kan ye.. bagus ni. Sharing is caring ye. Terima kasih la pd sape2 yg bagi petua ni. LIKE 4juta kali ;)

Monday, March 28, 2011

Aiskrim goreng ;)

Lama betol xde entry masak2. Nampak sangat lama tak memasak. hahahaha memang puuuun. Rasanya bulan ni brp kali je masak. Bukan malas tp tak sempat kut. Lagipun balik dh lewat ptg mkn yg ringan2 je lah.

Oklah jgn cakap banyak, kali ni kita masak2 jugek tp lebih kpd pemanis mulut. Tetiba aritu terbaca blog sape ntah psl aiskrim goreng ni. Terus gugel cari cara2 nak buat. Senang yo!

Jom tengok cara2 nak buat!




Bahan2 yg diperlukan adalah beberapa keping roti, aiskrim, tudung @ apa2 saje yg boleh buat roti jd bulat, air skit.




Mula2 renjis2 kan air kat sekeping roti kasi dia lembap2 gitu. Jgn sampai basah lencun dik. Pastu ambik tutup tadi tekap sekeliling roti biar dia jadi bulat lebih kurang lah. Aku buat ala kadar je, tu yg ada tepi roti tu hahaha. Buat la 3-4 keping. kemudia sendukkan aiskrim letak atas roti tu.



Pastu aambik sekeping lagi roti yg dh tekap kasi bulat tu letak atas roti yg ada aiskrim tu dan tekan2 tepi dia samapi dia melekat. Kalu tak brp nak lekat ambik air skit. Buat la elok2 ye, jgn tiru saya huhuhuhu hahahaha.

Pas siap buat tu simpan dalam peti ais kasi dia sejuk beku dulu. Biasanya 3 jam pun dh boleh tp saya goreng esok nye. Sebenarnya buat malam tadi, so tadi petang balik keja terus goreng.



Masa nak goreng tu minyak kena banyak biar dia tenggelam dan pastikan minyak betul2 panas sbb jgn goreng lama sgt nanti cair plak aiskrim kat dlm tu. Agak2 dh kekuningan skit roti tu cepat2 angkat.

Pendapat saya sedap tapi muak huhuhu. Roti ni kan kalu goreng dia mcm serap minyak kan. Garing tu mmg sedap ah tapi ada jugak minyak tu. Ok la, 1st time makan kira jadi le ;)

Sunday, March 27, 2011

Medan ikan bakar Kuala Dungun

Minggu lepas masa balik KL singgah Kuala Dungun utk makan. Masa smpai kat Kuala Dungun tu dlm kul 9 mlm. Tempat ni baru je kalu tak silap. Ok lah blh tahan la cantik. Bagus juga ada medan ikan bakar ni, kurang2 ada le tmpat bagi sape2 yg suka makan yg bakar2 tu. heheehe.






Tempat makan ok, bersih. harap2 kekal le kebersihan tu ye. Tapi satu yg tidak menyenangkan. Kadang2 terbau longkang. Mungkin bawaan angin tp pelik jugak. Kawasan baru buka takkan longkang dh berbau? Nasib masa makan tak bau.




kami tak ambik  pun ikan bakar psl saya kurang gemar ikan bakar. saya ambik sotong bakar. Mula2 tengok sotong, mak ai besarnye. saya ni tak brp nk lalu kalu ikan atau sotong yg besar2 ni. Tapi pikir nanti mesti kecut. Sotong ditimbang dan berat 350 g. Harga RM4/100 gram.  Pastu tambah order sup sayur dan udang masak paprik. Tak ambik ayam pun psl makan semua seafood, xnak la campur dgn ayam.



Tengah2 makan ada le 2 ekor kucing ni duk kuit2 saya. Hehehehe comel giler. Saya kongsi makan dgn 2 ekor kucing ni. Seekor tgh bunting. Sian dia. Kepala sotong dgn kulit udang saya bagi kat kucing ni.

Semua sekali RM31.50 kalu tak silap. Mahal ke murah ek? Ok je kut. Rasa dia ok la boleh tahan. Bagi sape2 yg duk area dungun boleh le g ke Medan Ikan Bakar Kuala Dungun ni. Kalu duk kat jambatan Seberang Pintasan tu boleh nampak medan ni.

Saturday, March 26, 2011

Granny square tablecloth-Part 1

Assalamualaikum..

My next crochet project adalah granny square tablecloth. Makan masa juga nak buat ni. Masa mula2 start tu tak tau nak buat corak mcm mana . Ada lah 3-4 kali try n error. Akhirnya timbullah corak ni.


saya campurkan 2 warna. Kebetulan ada warna putih lebihan zaman2 dulu hahahaa. Saiz sekeping granny square ni lbh kurag 2.5 inci x 2.5 inci. Senagaja buat kecik2 sbb nmpk comel dan cepat siap.



sekarang baru siap 24 keping. banyak juga nk jadikan sehelai alas meja ni. Saya pun tak tau brp keping granny square yg diperlukan.  Takpelah, nk buat dulu banyak2.



Menggunakan crochet  yarn jenama Minlon 100% acrylic. Seronok buat ni sbb minat kan. Duk saje2 kait le. Bila buleh siap ni tak tahu lah. Tapi dlm masa yg sama saya akan usahakan buat handphone pouch utk suhana dan nadia.

Go baby go!

Tuesday, March 22, 2011

Handphone pouch- siap!

Dah siap dah...




sangat excited uolls! huhuhu 1st time buat dan alhamdulillah menjadi walaupun ada tak secantik yg di ajar.  Rasa nak buat lagi!


Butang belum letak lagi. Muat2 dgn sebiji hset.


Zoom skit. Saya ikut corak sebijik2 mcm dlm tutorial. Ini corak bintang namanya ;)

Nak  buat beg pulaaakkkk!

Monday, March 21, 2011

Handphone pouch

Alkisahnya saya nak buat granny square table cloth utk next project kait mengait ni. Oleh kerana banyak sgt nak buat granny square sblm dicantumkan semuanya, jadi kdg2 bosan jugak asyik kait benda yg sama. So ari tu terjumpa belog Kak Ngah, dia bgtau dia belajar buat beg, handphone pouch ni dr youtube je. Hohoho

Memang saya dah jumpa dh tp belum belajar lg. Cari punya cari akhirnya jumpa lahy :). Betul kata Kak Ngah, tutorial dia senang ikut.

Ni  video nya :)

Ni part 1. Part 2 pun ada.

Ikut unya ikut jadilah......




Baru siap separuh. Bila dh tau basic utk tapak tu mudah lah nak reka benda lain plak. Beg ke, booties ke. Huhuhu teringin plak nak buat topi utk baby. Takpe2, sabar. Slow2 belajar.



Saya tiru bulat2 corak dia. Ni namanya corak bintang. Hahaha jadi ke tak bintang tu. Utk 1st trial bagi beginner mcm saya ni saya puas hati cuma jarum kait saya ni asyik sangkut benang je sbb ada permukaan tak rata. Nak tdo malam asyik teringat nak beli benang dgn jarum kait kat blog benangkait.com. Asyik terbayang2 je nak buat topi dan booties utk anak Farah dan anak Syib. Anak sendiri xdok lagi nk buek camno.

Durian pancake ;)

Mlm tadi pusing2 MidV cari benda ni lah. Huhuu nasib baik jumpa. Ni gara2 baca belog Mekchu le ni. terus terliur. Best best!








gebuuuuuuu....


sory guys, terbanyak  plak gambo durian pancake ni. Huhuhu mmg sedap ah! terbaik dr ladang. Tapi mcm kata mekchu, tak semua org yg suka durian suka durian pancake ni. Semalam pakcik botak makan 1 saya makan 2, ada lg 3 bijik ni. nanti saya perabis kan. Huhuhuhu.

Sape nk beli pegi le Mid V. Kedai nye nak masuk ke the Gardens tu kat tengah2. Dekat2 dgn Tony Ramas. Kalu nk tau lagi pi blog mekchu deh ;). Lupa dah Ground Floor ke LG.

To Kak Eda, sorry ye pi KL x bgtau akak. Ni pun kes emergency jugak. Tak sempat nak kemana2 pun, curi2 masa je. Bulan depan insyaallah kalu xde aral saya dtg lg ;)

Friday, March 18, 2011

Jemputan ke kenduri kesyukuran sempena rumah baru kami ;)

Assalamualaikum..

Dengan hormatnya dan berbesar hatinya kami suami isteri ingin menjemput rakan-rakan di alam maya ini yg mengenali kami ke kenduri kesyukuran sempena rumah baru kami pada hari jumaat ini bersamaan 18 mac 2011 pd pukul 2.30-6.30 ptg.

Mana2 yg dh tau alamat tu jemput2 lah ye. Yg tak de alamat boleh tinggal alamat email, nanti saya email ye. nak letak alamant penuh kat sini maklum saje lah. utk keselamatan.

Terima kasih ;)

Thursday, March 17, 2011

Biografi Yang DiPertuan Agong XIII

Kat opis saya ada 2 biji  biografi Yang Dipertuan Agong. Satu bos pegang satu lagi ambiklah sape nak baca. Saya org kedua pinjam. Tapi bawak balik rumah lah, tak feel baca kat opis ;P





Banyak giler gambar. Best sangat sebab rasa mcm dekat je. Tak tau lah biografi ni ada dijual ke tak. Tapi kalu beli memang berbaloi lah.

Teringin juga nak baca Doctor In The House :)

Wednesday, March 16, 2011

Jelly kelapa

Pernah makan x jelly kelapa ni ? sedap weh. Nak2 time tgh  panas membahang. Tapi barui ni masa hujan pun best jugak. Huhuhu sedap. Harga RM1 satu.Murah dan sedap. Buat sendiri pun boleh ni. Tunggu time rajin laaa...hahaha


saya makan satu tak cukup. kena beli 3. 2 utk saya dan 1 utk pakcik botak.

Tuesday, March 15, 2011

Next project :)

Gigih belajar dr youtube dan juga blog The Purl Bee ni. 


Masak2 dah kurang dh uolls, bukan tak minat dan malas cuma tak sempat. Yelah balik keja ptg pastu takkan nak makan berat2 lagi. Makan simple2 je, kdg2 roti cicah aiskrim, huhuhu. kalu hujung  minggu je lah masak lebih skit tp tak cuba resepi baru lg.


Skrg ni asyik teringat actvt mengait ni je. Nak buat jugak smpai jadi. Ok, my next project :-


1st step. Buat granny square sekeping2. Ni brp kali tarik balik benang ni. Asyik tak jadi. Susah juga mula2.


Baru dpt 2 kpg. Masih menggunakan minlon acrylic 252. Kena tambah lagi ni.


Teringin nk buat warna warni mcm ni tp kena banyaaaak bljr lagi nk sambung warna ni.

Nak kata banyak masa tu tak le banyak pun. Terkejar2 jugak tp ada la time rasa bosan so aktiviti ni saya rasa sgt berfaedah. Takdelah la  buang masa saje2. Sambil tgk tv blg buat. Kalu nk p mana2 yg jauh2 pun saya bawak. Dlm keta pun blh buat. Huhuhu xdelah membuta je keja nya tiap kali masuk keta..hahahaha

Monday, March 14, 2011

Family Day KWDI

Sabtu 2 minggu lepas ada Hari Keluarga Kelab Wisma Darul Iman. Malam tu pakcik botak dah p potong daging utk masak esoknya. Saya tak ikut lah.

Esok nya pegi lah kat TTC. Family Day ni banyak utk budak2 la. Main tiup belon sampai pecah. Hahaha lawak la budak2 ni. Utk mak dgn bapak budak pun ada. Pertandingan kupas bawang.

Yang paling ditunggu sudah pasti cabutan bertuah. Ada 300 cabutan plus 10 cabutan grand finale. Hadiah best2 woo! Hadiah yg 10grand finale tu ada Ipad, telefon touch screen, TV, sofa lorenzo (nak nak naaakkk!), motosikal LC (paling mahal-nak jugaaaakkk!).






Tunggu punya tunggu tak bertuah pon. Hahahahahaa. Takde rezeki kan. Huhuhuu. Tapi nama cik kejora naik la tp tuan plak xdok. xdek rezeki jugek..

Sunday, March 13, 2011

Chris Medina-What are words

Bes siot lagu ni. Touching gilerr. 40 kali dengar 40 kali nangis. Kisah dia dgn tunang dia yg mengalami gangguan otak akibat kemalangan. Syahdu. Ada lagi manusia mcm ni ye. Memang cinta sejati.



What Are Words

Anywhere you are, I am near
Anywhere you go, I’ll be there
Anytime you whisper my name, you’ll see
How every single promise I keep
Cuz what kind of guy would I be
If I was to leave when you need me most

What are words
If you really don’t mean them
When you say them
What are words
If they’re only for good times
Then they don’t
When it’s love
Yeah, you say them out loud
Those words, They never go away
They live on, even when we’re gone

And I know an angel was sent just for me
And I know I’m meant to be where I am
And I’m gonna be
Standing right beside her tonight

And I’m gonna be by your side
I would never leave when she needs me most

What are words
If you really don’t mean them
When you say them
What are words
If they’re only for good times
Then they don’t
When it’s love
Yeah, you say them out loud
Those words, They never go away
They live on, even when we’re gone

Anywhere you are, I am near
Anywhere you go, I’ll be there
And I’m gonna be here forever more
Every single promise I keep
Cuz what kind of guy would I be
If I was to leave when you need me most

I’m forever keeping my angel close


Syahdu :')

Saturday, March 12, 2011

My 1st doily

Setelah bersusah payah memerah idea dan keringat, akhirnya terhasillah....




my 1st doily




doily ni saznya agak besar. saya cadang nak letak kat coffe table. ada jugak org nk tumpang glamer ;)


masih dlm peringkat pembelajaran. cmne nak buat tak nak kasi dia kedut2 tu. saya rasa salah bilang mata air kut, corak adalah rekaan sendiri. ada jumpa corak2 doily yg cantik2 tp tak brp faham la nak ikut. saya boleh ikut kalu dpt contoh yg real. buleh bilang satu2..hehehe


benang yg digunakan adalah benang minlon color code 252. saya tak guna benang bulu, just benang acrylic.


next project nak buat granny square utk jadikan alas atas peti sejuk ;). tp sebelum tu kena belajar dulu cara2 nak sambungkan granny square tu.




cth granny square. buat banyak2 pastu sambungkan utk jadi sekeping alas. semoga berjaya ;)

Thursday, March 10, 2011

Foot Detox

Baru2 ini saya disapa di ym oleh seorang kakak ni. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Kak Eda. Kak Eda bgtau dia silent reader blog saya. Sebelum tu dh ada nama Kak Eda ni dlm list kwn2 fB tapi xtau pun tu Kak eda ni. Ada la beberapa kali kami chat dan bertukar no phone.


Lepas bbrp hari Kak Eda bgtau nk dtg ke K.Trg atas urusan bisnes dua la dan cadangnya kami akn berjumpa. Tapi malangnya takde rezeki kami nak berjumpa since Kak Eda pun busy juga.


Tapi lps tu dia ada bgtau nk kirim barang. Dan ini lah yg dikirimnya.



Terima kasih Kak Eda :)

Tuesday, March 8, 2011

Contest 'Resepi Pilihan' Sinar Raudhah

Malam tadi mcm biasa lepak2 sambil blogwalk. Baca punya baca terbacalah blog Sinar Raudhah ni. Tuan punya blog ni nama dia Amy, cantik orgnya. Hehehehe (bukan bodek ye). Dia ada wat contest. Contest tu adalah utk mencari resepi pilihan. Huhuhu nak join nak join.






Resepi yg saya pertaruhkan adalah :-




JEMPUT-JEMPUT DAGING @ CEKODOK DAGING







Kitorang kat pantai timur ni panggil cekodok tu jemput-jemput ;)


Sebenarnya resepi asal nak buat lain tapi tak jadi. dgn menggunakan daya imaginasi yg melampau, maka terhasil lah jemput-jemput daging ni. Sedap uolls, cuba lah kalu x caya ;)



Bahan2 :-
  • Daging cincang ( saya potong dadu kecik2) -bergantung banyak mana nak buat
  • 2 biji ubi kentang
  • Daun bawang, daun kucai dan daun sup
  • Sebiji telur
  • Garam secukup rasa
  • Lada hitam (tumbuk halus)
  • Bawang besar (potong dadu)
  • 1 cawan tepung gandum -bergantung banyak mana nak buat ye.


Cara2 :-
  1. Ubi kentang direbus, kemudian lenyek sampai hancur mcm nak buat begedil.
  2. Masukkan daging, daun bawang, daun sup, daun kucai, lada hitam bawang besar dan garam ke dalam kentang yg siap dilenyek. Gaul rata.
  3. Masukkan sebijik telur ke dalam campuran tadi. Gaul rata.
  4. Masukkan tepung gandum dan gaul sebati. Gandum saya letak setengah cawan je, saje nak lebihkan rasa kentang.
  5. Sapu mentega pada bekas dan sudukan adunan bentuk bulat-bulat ke atas adunan.
  6. Bakar pada suhu 180 selama 30-40 minit.
  7. Kalu nak goreng pun boleh, just goreng mcm goreng jemput2 biasa tu.
  8. Tunggu sejuk sikit baru syok makan. Woohooo!

Resepi ni mmg original saya punya lah. Tak tiru mana2 pun. Korang try la buat. Mudah je, x susah pun dan sangat sedap dimakan panas2.

Pada sape2 nak join contest ni boleh klik kat blog Sinar Raudah ye ;)