Tuesday, October 25, 2011

Makan malam ini

Lama nye tak de masak masak.


Tetiba tekak teringin giler nak makan sambal bilis tempoyak. Hahaha balik keja cadangnya nak p pasar malam tapi sbb tekak teringin sambal tu balik masak nasi lah.


Masa nak masak tu bukak gas. Tetiba gas habis pulak! Nak buat camne, terpaksa lah PB g beli umah sepupu dia. Kebetulan sepupu PB jual gas, sib baik tak jauh. Gas ni rasanya dari awal tahun ari tu, ni baru habis. nampak benor kurang masak kan, hahahahahahaha.


Bersemangat betol nak masak malam ni. Selama ni tunjuk menu yg dah siap buh dlm pinggan, kali  ni kita tunjuk versi dalam kuali plak ye. hahahahahah.


sambal bilis tempoyak cili api


sosej masak kicap. ni utk PB sbb takut dia tak makan sambal tempoyak tu takut pedas sian plak dia.


tauge goreng sos tiram


ini lah menu kami malam tu. Nikmatnyaaaaaaaa..



Resepi sambal bilis tempoyak
  • 2 bijji bawang besar holland ~ hiris2
  • Tempoyak ikut suka
  • cili padi ikut suka. Lagi banyak lagi pedas lagi kaw! ~ Tumbuk sampai lumat pastu masukkan tempoyak
  • segenggam bilis ~jgn lupa basuh dulu
  • gula secukup rasa

Cara2 :-
  •  Panaskan sikit minya. Goreng bawang sampai agak layu. Masukkan bilis. Masukkan tempoyak, dan gula. 
  • Letak air skit. Masak hingga pekat. Sambal ni tak perlu kuah tapi jgn buat kering.
  • Ok, siap!

2 comments:

  1. walaupun org perak tapi x pernah buat sambal tempoyak ikan bilis... kena try nie..

    ReplyDelete
  2. Perhh.. Harus bertambah mkn nasik kan

    ReplyDelete