Thursday, October 13, 2011

Kota Kinabalu day 1 & day 2

Kenapa bah kau berubah kenapa bah!

Akhirnya sampai jugak ke Negeri di bawah bayu ni. Masa bulan 2 ari tu kan air asia sale rm1 je. Pakcik Botak kata jom kita gi jalan2 ke Sabah! Saya apa lagi..!

Ok ok, behave skit ye hahaha./

Flight dr KT pukul 0810 smpai di LCCT lepak kat food court je la tunggu flight ke KK pukul 2.10 pm. Makan2 dan main internet lah. Sempat jugak mengait sekuntum bunga ros. Asah skil takut lupa hahaha.

Sampai di KK airport pukul 4.45 pm, ambik teksi pegi Seri Borneo Hotel. Kami duk hotel bajet je RM77/night. Stay 3 malam. Hotel ni duk betul-betul tengah bandar di Jalan Sinsuran. Dekat nk ke Pasar Filipino, Centre Point, Warisan Square, Pasar Besar KK dan banyak lagi.  Bilik pun ok, cadar dgn selimut pun ok mcm hotel lah. Ada juga hotel bajet yg cadar dgn selimut dia tak macam hotel. Tapi hotel ni ok lah. Hajat di hati nak stay kat Le Meridien, hahaha tapi nan hado!

Oleh kerana perut pun ala2 baru nak baik, jalan kaki pun xleh laju-laju. Hari pertama sampai cepat-cepat solat sbb asar kat sini pukul 3 lebih hahahaha. Takut terbabas wei. malam tu round2 cari makan. Mula2 gi Centrepoint cari kedai Meelo, kedi jual benang tp dh tutup. Xpelah kita mai esok plak. Pastu makan kat pizza sebab ingt nk mkn yg 10 lapis tu tp malangnya dh habis dah promosi.



 mesti kena order meatball carbonara ni. best!



peta yg sgt berguna, ambik kat airport.




tudung dark pepel, baju hijau, sluar dark blue..hehehe ada ku kesah? heheh


 ampun ampun. bulan pengampunan. ala kira diskaun saman lah ni..





ye! saya rambang mata di kedai benang. habis 100 lebih beli benang saje. rasa nak tambah lagi je tp takut Pakcik Botak jeling huhuhu.


berkenan dgn kain batik borneo ni. RM14 satu. saiz besar jg dah siap jahit. since kain batik kena curi ni pegi mana2 rasa nk beli kain batik je. Tapi design ni cantik sgt, ingt nak beli yg tak jahit lagi, nak buat kain baju kurung lah.

Day 2 x habis lagi nih. hajat nk g cari mutiara ada kwn kirim. Saya tak nak beli banyak pun sbb yg Pakcik Botak beli dulu pun tak pakai mana. 

Esok nak pegi mana ek. Cadangnya nk g 1borneo kalu rajin p kundasang. Esok kami sewa kereta 1 hari. Nak pegi mana ek?

4 comments:

  1. best nyer saya tak sampai lagi... utk saya tak ada ker?hehhehe

    ReplyDelete
  2. waa..jalan2 sabah bestnya..kita sampai skrg batik borneo tak jadi baju lagii...dah lebih 5 thn tersimpan heehee..

    ReplyDelete
  3. bestnya dapat gi sabah..jgn lepaskan peluang makan seafood fresh2 kat belakang filipino market tuh

    ReplyDelete