Thursday, October 20, 2011

Cuti-cuti Malaysia Kota Kinabalu lagikks!

Nak sambung lagi psl g KK itu ari. Hahahaha.

Jalan berdua je kan, xde lah gambar berdua. Nak mintak org tolong ambikkan segan plak..hahahahaha.

Hari ketiga tu kitorang naik bas free gi 1Borneo. Saja la jalan2. Besar jugak shopping complex ni. Jalan punya jalan punya jalan sekali terjumpa Tuti Fruity! Hahahaha Sbnrnya malam tu dah search dah ada tak TF kat KK ni. Sekali dia kata tak bukak lagi dalam proses ke apa ntah.  Tapi rupanya dah siap dah.. Apa lagiks, serbu le kita. Padahal sebelum tu dah baham aiskrem McD.


Kita tayang gambar jalan2 lah ye. Rasanya tak banyak sgt ambik gambr. Malas nak kuarkan kamera huhuhu.


gambar ni nak fokus DBKK kat belakang tu. PB ni suka lah yg berkaitan dgn PBT ni..


gila benang! hahaha ni 1st kedai benang. Geram sgt tengok benang nona. Nape lah kat KT xdok jual. Tak pasal2 g borong kat KK


Oh yeah! sekesai memborong bennag di kedai kedua ; Leton Marketing. Kat sini laaaaaagi banyak. Total pembelian kat sini hampir RM100 utk benang shj.


beli ole-ole utk di bawa pulang. Saya beli kuih cincin, udang kering, cikedis ikan tenggiri kut. Banyk sgt pilihan xtau nak beli apa. Beli banayk2 nanti kang terlebih berat plak.


Hasil pembelian! Hahahaha macam nak beli lagi tapi PB dh jeling2 dah hahahaha.


Makan malam di warung Pak Din. Lauk nasi putih free sup kosong, ikan kerisi bakar 2 ekor, sambal sotong,kerabu mangga. total RM26. Lega dpt mkn nasi, hahaha psl nya dh 2 hari mkn pizza. Huhuhu sebab tak jumpa kedai yg menepati selera sebenarnya. Bukan apa aku  ni kuat sikit was was. 
Pasar besar Kota Kinabalu. Macam pasar Payang jugek tp lebih bersih dan besar hahahaha.


makan seafood di psr malam apa ntah. Ratah udang dgn sotong je. Takdelah murah . Aku rasa mahal juga tapi PB nk makan juga xpe lah. Saya pun makan juga skit walaupun dh tahu beru pas operate, hmm sudahnya satu bekas jahitan tu bernanah. Adui risau plak. Letak minyak gamat 2,3 hari dah ok, alhamdulillah. Tobat eh nak pantang makan smpai betul2 baik. Hahahahaha.




Kedai makan betul2 tepi parking bot. Budak2 ni selamba baling umpan tangkap ikan.  




Perjalanan ke 1Borneo naik bas.


Borong mutiara di kedai. Sbnrnya kami tak tau mana nak cari mutiara yg murah. Ada yg kata kalu p psar filipin  tummg kena kaw2 punya kalu tak kena gaya. Sudahnya masa pas makan kat warung pak din tu saya tanya budak kedai tu. Dia kata beli kat kedai lagi murah. Kebetulan deret warung tu ada bbrp bijik kedai yang jual mutiara. Dia kata beli kat sini lah sbb org pasar tu pun memang ambik mutiara kat kedai ni. Dari luar nampak mcm mahal tapi rupanya memang murah giler. Kita boleh request nak pesen mcm mana, dia boleh buat masa tu juga. Saya hanya request rantai labuh order dr Ema, pastu ada lebihan mutiara so dia  buat gelang. Hrga RM30 sahaja. Kerongsang tu pun murah, satu papan tu RM30. Saya tak tawar pun tapi salesgirl tu yg kurangkan harga. Last masa nak bayar dia bagi kurang lagi. Huhuu suka lah.


Merempit di malam hari. Jgn tiru aksi mat rempit ini ye anak-anak .




1Borneo. Hmm besar jugak, ala2 midV tp besar Mid V lg kut.



tuti puti!




Kena dlm 17 inggit kut. tp best lah!


sooo good


layankan je org nk bergambar dgn suria fm


ini kain batik borneo. saya dh beli 2 tapi rasa mcm nak lagi. Terus beli lg 2, cantik kan. RM14 satu. Rasa murah dah.


Pizza hut utk kali ke 2. Lain sgt pizzqa kat sini dgn pizza kat tmpt aku. diorang x keekut toping. Dia punya base pun lembut gile. Kalu kat trg kalu x hangit, keras x sah.


Ok, bnyk gmbr nih. Utk tatapan aku je lah. kalu nak tgk silakan., kalu x suka jgn tengok ye..hahahaha. Tahun depan kita cuti2 malaysia belah utara plak. Nak makan mi udang!



6 comments:

  1. akak mkn pizza hut yg best 2 kt ne...
    nk g try jg eh nnti lau ada rezeki..

    ReplyDelete
  2. kalo dah tokeh benang kan, kat mana-mana pun pikir pasal benang jek.. hehehehe...

    kualiti benang kat sabah sana tak sama ehh dgn kat sini? kena order crochet lagik nih :)

    ReplyDelete
  3. cik dilla,

    ni kat KK. kalu kat jusco S2 pun best gak..


    atty,

    hahaha kan kan kan..


    mekchu,

    benang ygada kat tmpat saya 2 jenis je, plak tu kualiti campur2.. kat sabah punya brand best!

    ReplyDelete
  4. syoknya shping benang kat situ.. hesh geram tengok

    ReplyDelete
  5. Hi,
    Kalau ada teringin nak beli benang cotton, bamboo, viscose, wool, acrylic dan crochet/knitting supplies ada dijual disini www.cottonhousestore.com , penghantaran dalam 1-2 hari menggunakan pos laju.

    ReplyDelete