Monday, August 22, 2011

Persiapan raya

Assalamualaikum.


Dah masuk 22 Ramadhan. Sekejapan aje ye, rasa ari tu baru 1st day puasa. Tahun ni persiapan sederhana je. Baju raya tak sempat nk hantar jahit. Saya beli jubah je 2 helai utk pakai raya. Tu pun sbnrnya tak niat utk raya sangat pun sbb memang dh lama nk beli. Senang sauk je kalu nk ke mana-mana.


Kuih raya beli juga 2,3 jenis dgn opismate. Pakcik botak pun beli 2 jenis. Persiapan rumah tak seberapa sangat. Ingat nk buat alas meja tp tak sempat lah nak kait. Rasanya beli alas meja je lah kut. Yg sempat kait alas pasu kecik je. 


Alhamdulillah, hobi yg saya buat suka-suka akhirnya boleh buat duit walaupun tak lah banyak tapi saya puas sebab orang puas hati dengan hasil yang kita buat. Duit tu belakang kira, yang penting hobi mengait ni memang boleh dikembangkan lagi. Dan yang paling penting, sokongan dari suami. Kalu suami tak sokong serba salah juga kan. Setakat ni tiada lagi kerja-kerja rumah yang terabai. cuma family hall kat atas bersepah skit dgn cebisan-cebisan benang. hahahaha tak sempat nak buang sebab curi-curi masa mengait.


Yang penting, jangan tinggalkan terawih ye kawan2, walau sesibuk mana pun luangkan lah masa berterawih. Susah sbnrnya nk buat terawih ni, mcm2 rasa ada tp bila dah buat tu lega yang amat. Rebutlah pahala di 10 malam terakhir ni ye. Insyaallah.



  Ni order dari izyan. Dia request 2 biji keronsang ibu dan anak hehehe. Ni tak siap lagi.




 Ni tempahan dari zeti. Kawan opis sebelah dulu. Dia nak 2 pasang klip rambut tema kuning oren.






Kawan sek men saya dulu request nk pengikat langsir. Saya buat 2 bersi, satu yg tali mcm kat atas ni satu lagi yg tebal skit ala-ala headband tp dia berkenan yang ni. Saya pun berkenan jugak. Hehehehe kalu sempat leh wat utk ikat langsir umah sendiri yek.


Semalam ada majlis kat kuala berang. Jumpa la blogger yg ramah tamah si cheqna ni..heheh comel lote orangnya.


Hari ni masak apa ye kawan2? Kekeringan idea.

9 comments:

  1. kak na memang rajin r...salute..
    dan kak na memang comel gok..=) lain dari lam gambo =)

    ReplyDelete
  2. weee laku jugak eh nama kerongsang ibu dan anak ni.. ;)

    ReplyDelete
  3. salam na..cantiknya tmpt pengikat langsir tuh..cute sgt..

    ReplyDelete
  4. cheqna,

    hahaaa puasan duk umah..


    wawwa najwa,

    hahaha kena buh nama lah. inspired by ibu dan anak ;)


    atty,

    tq kty ;)

    ReplyDelete
  5. wah nie terbaru di pasaran nie..
    tak pernah lagi tengok org buat pengikat langsir camtu

    ReplyDelete
  6. comel pengikat langsir tu! hmm hr ni rs mcm nk masak ayam masak kicap n kobis grg je kut ;)

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. isteri saya memang rajin...x risau le kalau dipindahkan kemana2 mana nanti

    ReplyDelete
  9. asyik sebut psl pindah je...aishhh

    ReplyDelete