Tuesday, June 21, 2011

Tepung bungkus

Tetiba rasa nak makan kuih tepung bungkus pulak. Hmmm nak beli ke nak buat, beli ke buat. Rasa nak makan yg panas2 suam lepas dikukus tu. Dlu kat rmh mak ada sorang makik tu buat, xtau sekarang masih buat ke x. Adui sedapnya. Ni bukan mengidam ye, ni mengada-ngada namanya..hahahaha.


Kalu buat pun mcm senang je. Tp tak berbaloi pulak nak buat utk makan 2 org. Tp rasa nak buat!


pic credit to goggle (zanaz70.fotopages.com)

Arrrhh sedapnyeeeee.. dah 2 hari asyik duk pikir kuih ni je... tak blh jadi ni..Kita tgk resepi pulak.


Bahan 
1 cawan tepung beras
2 cawan santan + sikit garam
Daun pisang

Bahan-bahan inti: 
1/2 biji kelapa muda parut
1 ketul gula melaka
1 s/b gula
1 s/b tepung gandum
4 s/b air
1 helai daun pandan

Cara:
1. Masakkan bahan inti kecuali tepung gandum sehingga agak kering.
2. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga kering. Sejukkan.
3. Jadikan inti bebola kecil. Ketepikan dahulu.
4. Bancuh tepung beras bersama santan. Masakkan hingga naik wap dan nampak agak pekat.
5. Layurkan daun pisang diatas api dan potong anggaran diperlukan.Lap dan bersihkan.
6. Ambil 3 sudu besar bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan 2 biji inti.
7. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun dan kukuskan selama 20 minit.
8. Sejukkan dan hidangkan

12 comments:

  1. kalau dah buat, jgn lupa bagi org di sini sama hehehehhehe

    ReplyDelete
  2. sedap ni..bese zaman sekolah dulu ayah beli mkn pagi...

    ReplyDelete
  3. BSB suka nie...kalau bulan puasa selalu beli utk berbuka.

    ReplyDelete
  4. sedapnya..buat la malam ni..pastu esok wi ke syahrul..ehehe

    ReplyDelete
  5. mesti rasanya lemak2 manis..sedapnyaaa

    ReplyDelete
  6. berbeza betull tpg bungkus dulu ngan skg dr segi size la...dulu besar giler n ada 2 inti..skg cenonet kecik jer..30 sen satu

    ReplyDelete
  7. zuwaidah,

    hehehe buat x lg ni..


    joy,

    kan, dulu2 slalu mkn ni..


    BSB, huhu ni xleh tggu berbuka ni. terliur sgt dah..

    ReplyDelete
  8. riss tina,

    hehehe mlm xdang dnk buat le..hahaha


    qhaifa nur,

    sedap ni..waahh :)


    cikdah,

    betul cikdah, dlu rs besar skit kan..

    ReplyDelete
  9. anak-anak chik na suka kueh tepung bungkus ni

    ReplyDelete
  10. cikna mesti terer buat kuih ni kan..

    ReplyDelete
  11. hei... saya suker tepung bungkus ni tau. yang inti tu saya makan last sekali...

    ReplyDelete