Wednesday, June 15, 2011

Kisah hari bapa

Salam uolls,


Pertama sekali nak ucap banyak2 terima kasih kpd izman kerana sudi memberi kebenaran utk berkongsi kisah beliau dan papanya. Sgt terkesan dihati saya tatkala membaca teguran dan nasihat dr papanya. 


Hubungan saya dgn ayah sgt baik tp biasalah, ayah jenis suka gurau kasar2, dan kami adik beradik pun jarang ucap perkataan sayang. Dulu2 masa kerja x pernah bagi duit kat ayah sbb semua urusan perbelanjaan rumah mak yg uruskan. Ayah cuma bagi duit kat mak dan dia akan ambik sikit utk diri dia saje. So bila bagi duit saya bagi kat mak je, tp kebelakangan ni saya start bagi kat ayah w/pun RM50. Puncanya saya tanya mak, nak bagi duit tak kat ayah? Mak kata ayah xnak pun tp kalu nak bagi ayah suka. Bukan dia nak sgt duit kita kan. 


So, lps tu sy start bagi kat ayah. Tak banyak pun tp sayat tgk ayah sgt gembira smpai cium duit tu. Sya terharu sgt, mak kata ayah sgt menghargai pemberian tu w/pun x banyak. Kemudia saya terpikir (knp sebelum ni x pikir ek), ayah lah yg kerja dr muda smpai tua utk membesarkan kami 8 beradik, tp knp bila saya dh kerja saya berkira utk bagi duit kat ayah. Padahal itu perkara pertama yg saya patut buat. Mulai dr saat itu, wlau mcm mana sengkek pun, saya tetap akan hulurkan duit kpd ayah sbgai tanda ingatan. Sob sob sob, sedih pulak.


Bila baca kisah izman dan papanya buat saya lagi terharu. Saya paparkan disini utk renungan kita bersama. Harap korang dpt baca utk iktibar kita ye, walaupun citer ni agak panjang tp sgt berbaloi membaca nya.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Berbalik kepada hari bapa. aku teringat nasihat dan teguran papa aku semasa aku balik kampung minggu lepas. kisah kasih sayang seorang bapa kepada anak. 

begini kisahnya.

semasa aku balik kampung, isteri dan anak2 aku kurang sihat. isteri aku kurang sihat kerana buatan orang (dah 6 bulan), manakala anak2 selsema. so, aku banyak menghabiskan masa di bilik bersama keluarga berbanding melayan papa aku. begitu juga lepas balik dari kelantan, aku banyak habiskan masa dengan anak2 berbanding melayan papa aku. suatu masa, ketika aku balik dari membawa keluarga aku ke bandar jerantut membeli sedikit keperluan, aku duduk diberanda rumah. aku membaca akhbar yang baru dibeli sambil minum teh panas. papa juga menyertai minum petang itu. dan..... papa memulakan syarahannya.

"aku tau mu sayang kat anak2 mu, tak boleh dengar anak2 menangis sikit, mu nak gi jenguk. aku tau anak2 mu tak sihat, mu laki bini berjaga sampai pagi. tapi mu kena ingat macam mana mu sayang kat anak2 mu, macam tu lah aku sayang kat mu."

aku diam.

papa terus bercakap. "mu ingat aku sayang kat mu masa mu kecik2 je ke? TIDAK! aku sayang kat mu dari mu lahir, masa mu sekolah, sampai la mu berbini dan beranak pun begitulah aku sayang kat mu".

aku dah rasa sebak dan bersalah (aku tak nak cerita bab air mata aku dah bergenang).

"kalau mu rasa sayang kat anak2 mu, aku terlebih lagi sayang kat mu. dari mu lahir, apa mu nak aku beli. mu sakit, aku dan mami mu tak tidur sampai pagi. masa dulu bukan macam la ni, klinik ada 24 jam. dulu klinik takde, hospital jauh. mu demam, berjagalah sampai pagi tuam tuala basah atas dahi mu".

"mu nak sekolah, mu sebut je nak ape, semua aku beli. tak cukup di damak, aku pegi beli di jerantut. semua aku beli, asal mu nak gi sekolah je. tu pun punya la pemalas mu nak gi sekolah. macam2 peel tak nak gi sekolah, tapi aku sabar. mami mu puas pujuk gi sekolah hari2. dengan aku, dapat la rotan kalau malas gi sekolah".

"mu kerja, aku tak mintak apa2. mu bagi duit, aku ambik. mu tak bagi, aku tak mintak. aku jaga anak2 aku tak pernah minta anak2 bayar balik. kalau mu nak bayar, mu rasa berapa harga mu nak bayar aku? mu kerja sampai matipun mu tak boleh bayar! tak de harga, tak ternilai harga untuk ibubapa yang jaga anak2. mu tak perlu bagi duitpun, aku masih sayang kat mu. mu tak bagi duitpun aku masih hidup, duit aku ada. tapi kalau anak2 bagi duit, walaupun RM10, aku cukup bersyukur. rasa seronok sangat".

"segala yang anak2 bagi, aku tulis dalam dairi aku. bukan aku nak banding anak2, atau aku nak tau berapa anak2 bagi duit kat aku. tapi aku seronok ingat apa anak2 bagi kat aku. mu kena ingat, mu buat baik kepada ibubapa sekarang, Tuhan akan balas dengan memberi keberkatan. Insyallah anak2 mu nanti secara automatik Tuhan beri mereka ilham untuk membuat jasa kepada mu laki bini pulak. kalau aku mati nanti, mu mintalah dairi tu, mu tengoklah apa mu pernah bagi kat aku. aku tak nak banding berapa mu bagi kat aku, berapa adik beradik mu yang lain bagi kat aku. mu kerja besar, memanglah mu bagi lagi besar. tapi ingatan dan bagi tu dah cukup. mu bagi Rm10, aku terima. mu bagi RM100 ,syukur. mu bagi aku rm1000, aku alhamdulillah".

"mu anak hok tua, mu kena ingat. adik beradik kena sepakat. kalau adik beradik susah mu kena tolong. mu adik beradik memang ada yang susah, ada yang senang. aku tau. aku kalau aku sakit, aku cakap kat ma mu jangan telefon kat anak2. tak nak susahkan anak2. aku tau kalau anak2 tau aku sakit, anak2 pakat nak cuti, nak balik tengok aku. mu yang paling jauh, aku sakit masuk spital baru ni aku tak bagi cakap, tapi mu sampai dulu. dah kena cuti 2-3 hari".

aku hanya diam.

"mu ingat berapa kali mu pernah beli kain baju kat aku?". aku mengeleng.

"aku tau anak2 tak pernah ingat sebab anak2 rasa kalau bagi kain baju, tu cuma kain baju. tu pada anak. pada aku, kain baju tu tanda anak2 ingat kat bapak dia. raya baru ni mu beli baju john master kat aku, size L. aku dah la makin kurus. sebab anak beli baju, punya la aku suka, aku gi kedai jahit cina di jerantut tu nak kecikkan baju tu. nak kecik dengan aunty mu, dia takut rosak baju. baju tu dah la harga dekat rm200, aku habis rm26.40 pergi kecikkan baju tu. suka aku pakai gi sembahyang raya. suka sengih aku sorang2 pakai baju mahal anak bagi. tapi bukan maksud aku suruh anak2 bagi kain baju mahal kat aku, kalau bagi kopiah harga rm2 pun aku pakai. Alhamdulillah, hak anak bagi ni makayah rasa suka pakai".

"dulu masa mu baru kerja, belum nikah, tiap2 bulan mu balik. dah mu menikah, anak keluarga sendiri, 2-3 bulan baru balik sekali, aku tak kata apa. mu dah ada tanggungjawab sendiri. kerja pun banyak, aku faham kalau anak2 tak boleh selalu balik. tapi sebagai bapa, aku pun teringat kat anak2 aku. kadang2 lepas sembahyang menangis aku teringat anak2. susah ke hidup anak2, senangke hidup anak2. aku tau, tak kan anak2 aku tak makan walau sehari. tapi kasih sayang bapa tu kuat. kalau anak2 balik, sukanya hati. kalau sakit rasa tak boleh bangun tu, tiba2 je rasa kebah. saje kuat semangat, nak berborak dengan anak2 dan cucu. tapi kalau anak2 balik kampung, tapi buat tak peduli kat aku, rasa kecik la hati aku. ingat balik nak tengok aku, tapi buat tak cara kat aku".

aku dah tak mampu angkat muka. rasa malu pada diri sendiri.

"masa anak2 nak balik rumah, rasa sedih je hati aku. bila la mu nak balik pulok. sempat ke nak jumpa lagi. tapi aku sedih jugak kadang2 dengan anak2 ni, dah balik rumah tu, bagitau la dah sampai rumah ke belum. aku sini tunggu la nak dengar khabar anak2 selamat sampai rumah ke tidak. ye la aku tau anak2 dah besar, dah pandai bawa diri. tapi aku ni masih bapak, selagi ada nyawa mu tu masih anak aku. aku risau kat anak2 aku. kalau dah selamat sampai tu, bagitaulah. tak nak telefon tu, sms lah. payah sangat nak tulis "dah selamat sampai rumah"? kadang2 sampai tengah malam aku dok tunggu2 anak2 telefon dah selamat sampai. kadang2 aku cakap dengan ma mu, emmmmm... dah sampai ke anak2 tu, senyap je tak de khabar berita. kadang2 tu saje cakap buat ambik hati, anak2 semua dah besar, dah selamat sampai la tu. kalau ada apa2 hal, tentu dah ada orang telefon bagitau."

"aku pun tak faham anak2 ni, susah sangat ke nak telefon tanya khabar makayah. tak abis rm2 pun sekali telefon. aku pun bukan tak tanya apa, dapat dengar suara anak2 dah syukur alhamdulillah. lama2 sekali tak jumpa anak2, tak dengar suara anak2; terasa sebak je. nak tidur pun tak boleh. tu yang kadang2 aku pulak yang suruh ma mu telefon. saje nak dengar suara anak2".

aku masih bungkam. tak mampu berkata apa2 sebab apa yang dikatakan memang benar belaka.

"mu ingatlah kata aku ni, mu pesanlah kat adik beradik mu yang lain. aku tak pernah bezakan kasih sayang pada anak2. semua anak aku sayang. aku tau mu kadang2 kecik hati, nak marah ke adik beradik lain, aku marah ke mu. mu kena ingat mu tu anak lelaki paling tua, selepas aku, mu lah yang kena tengok adik beradik mu. aku bukan hidup menongkat langit, suatu hari aku akan mati, kalau mu adik beradik rasa ingat kat aku, bacalah doa. kalau mu ada duit lebih, buatlah tahlil. tahlil ni aku tengok dah lama mu tak buat, buatlah. itu amalan kita pada yang mati. doa jangan kedekut, doa ni biar sampai semua. pakat adik beradik, buat tahlil kat arwah mami mu tu. tahlil ni bukan untuk seorang, buat sekali untuk arwah tok nenek, arwah tok tua mu dan semua muslimin dan muslimat yang dah mati".

"cukuplah anak2 tau, walau aku tak pernah tunjuk macam mana aku sayang kat anak2 aku; macam mana mu sayang kat anak2 mu, macam tu lah aku sayang kat anak2 aku. walaupun anak2 dah besar, aku tetap sayang anak2 aku sampai aku mati".



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Apa kata anda ?

3 comments:

  1. menangis sy membacanya

    satu artikel yg sarat dgn moralnya

    ReplyDelete
  2. aku pon wei, tiap bulan aku tetap usahakan bagi duit dkt mak aku,,utk duit ubat dia,, walau jauh...:( rindu sgt mak...

    ReplyDelete
  3. sedih....:(

    tak tau nak tulis apa

    ReplyDelete