Monday, June 13, 2011

Bantal bulu burung ~ wajib baca!

~Sticky post~


Sharing this info from http://wanitabertudunghijau.blogspot.com . Terima kasih utk bacaan yg sgt berguna ni.

******************************************************

Kuliah zohor semalam sebenarnya menyentuh tentang banyak aspek. Tapi aku nak ringkaskan tentang satu topik sahaja iaitu tentang mengumpat. Aku nak tujukan entry ini khas buat diri aku sendiri. Aku ceritakan di sini versi aku ya.

Ustaz kata, pada zaman dahulu, ada seorang wali Allah. Dia sering diumpat oleh golongan munafik Tapi sebagai wali, dia tetap memaafkan sesiapa saja yang mengumpatnya. Nak dijadikan cerita, salah seorang yang mengumpatnya tadi tiba-tiba mendapat taufik dan hidayah daripada Allah. Maka, dengan penuh rasa bersalah, dia kembali mendapatkan wali Allah tadi untuk memohon maaf. Wali Allah tadi cakap boleh, tapi dengan bersyarat iaitu sediakan sebiji bantal yang diisi padat dengan bulu burung.

Selepas menyediakan bantal yang dikehendaki, wali tadi meminta orang tersebut mengoyakkan bantal itu. Maka berterbanganlah bulu burung tadi. Wali Allah meminta semula orang tersebut kembali mengutip segala bulu burung yang dah berterbangan tadi dan kemudian memasukkan semula ke dalam bantal.

Malangnya, orang tersebut tidak mampu lakukan. Adalah mustahil dapat mengumpul kesemua bulu yang telah terbang entah ke mana. Tiba-tiba wali tadi berkata lebih kurang beginilah,

Beginilah perumpamaan orang yang mengumpat. Dosa kamu mengumpat aku telah ampunkan. Tapi bayangkan bulu burung tadi adalah diibaratkan seperti orang-orang yang mendengar umpatan kamu sebelum ini. Adakah kamu tahu sehingga ke manakah umpatan tersebut telah disebarkan? Kamu takkan mampu kutip dan kumpul.

Aku terfikir semasa zaman kejahilan aku. Aku suka umpat artis dan ahli politik. Tiba-tiba aku terasa kerdil. Aku sangat-sangat berdosa.

Aku malu sendirian. Sejak aku tersedar sehingga sekaranga aku cuba elakkan perkara negatif macam ni. Insyaallah aku tak nak terjebak lagi dalam perkara yang mengundang dosa macam ni. Aku elakkan juga menulis entry yang berbaur mengutuk atau menghentam orang lain.

P/S : Nak kumpul pahala terasa sangat berat, tapi nak kumpul dosa terasa ringan je kan. Ni mentaliti akhir zaman. Aku cakap pada diri sendiri. Kurangkanlah bercakap tentang perkara sia-sia. Basahkan lidah dengan berzikir. Biar orang pandang kita hina, sebab zaman sekarang orang yang berlumba-lumba mengejar pahala dipandang serong, tapi itulah bekalan kita kat sana. Aku tak kisah orang pandang aku alim ke, alim-alim kucing ke, ustazah ke, sebab aku dalam proses nak mengubah diri aku. Aku banyak dosa.

Apa yang aku cakap, aku tulis semuanya nak ingatkan diri aku dan aku cuba nak berkongsi perubahan hidup aku di dalam blog ni. Dulu aku jahil, sehinggakan aku tak rasa aku mampu tebus dosa aku. Aku hanya mampu pohon pada Allah supaya ampunkan dosa aku.


***********************************

Ya Allah Ya Tuhanku, kuatkan iman ku..

2 comments:

  1. baguslah..tq atas peringatan...

    ReplyDelete
  2. thanks for the info ;) sama2 kita mencari pahala

    ReplyDelete