Monday, May 16, 2011

Kenangan hari guru

Selamat hari guru buat semua cikgu2 di Malaysia. Tak lupa buat kakak iparku- Pn Aini bt Mat.

Keluarga saya bukan keluarga pendidik. Adik beradik xdok pun jd cikgu. Mak sedara dan sepupu dan sorang kakak ipar yg jadi cikgu. Biasa kan kalu mak ayah cikgu mesti anak2 ramai yg jadi cikgu kan.

Teringat kenangan masa hari guru. Masa sekolah menengah lah, sekolah rendah tak brp ingt. Biasanya ada sambutan, yg syok nya mmg tak belajar lah. Berhimpun kat padang perhimpunan. Cikgu2 plak yg nyanyi ramai2.  Masa ni ada lah pasang radio pastu buat lah tuju2 lagu kpd cikgu ke kwn2 ke.

Paling best sbb ada jualan kan. Masa tu saya masuk kelab apa ntah so kena buat jualan lah. Kitorang beli epal banyak2 pastu bungkus dgn kain net. Letak kad sekeping. Laku gilerrr. Jual sebijik 50 sen je.

Yg saya ingt masa Ting 3. Masa tu baru pandai mengait ni. Saya duk kelas Arab. Ada sorang ustazah ni kalu x silap nama dia Ustazah Hayati. Baik, lembut je orangya. Dia mengajar Nahu Bahasa Arab. Pastu dia ni pregnant. Sebelum hari guru tu dah berkobar2 nak bagi hadiah kat dia. Saya bagi tuala pastu bungkus cantik2 pastu kait bunga sekuntum saya tepek kat luar hadiah tu. Rasa tak sabar nak bagi kat ustazah. Kiranya nanti boleh dia pakai tuala tu utk bungkus baby dia lepas mandi nanti, hehehehe.

Bila ingt zaman sekolah ni rasa nak kembali semula. Hehehe teringat masa form 4. Kelas Bahasa Arab Tinggi. Kelas saya 24 org - lelaki 8 dan perempuan 16. Bahagi2 kan kumpulan pastu ustazah suh masuk dlm semak belakang dewan pi cari pokok2 kecik pastu buang semua daun kasi pokok tu kering. Pastu wat masuk dalam kelas, letak dlm pasu tegakkan pokok tu. Pastu setiap seorang kena tulis 100 perkataan bahasa arab. Tak kira lah benda ke perbuatan ke. 100 seorang! pastu hafal semua dan gantung kat ranting2 pokok tu. hahaha. Jadi mcm pokok la tp daun nya kertas yg ada gmbr perkataan yg kami tulis tu lah. Ada 4 group jadi ada 4 pokok lah. Last2 masa hari perhimpunan kelas saya menang kelas tercantik dan bersih sbb ada hiasan pokok tu. Hahaha. Yg sedihnya masa SPM tahun 1997 paper Bahasa Arab bocor. Kami yg ambik kelas Arab ni kena kuarantin lah. Habis semua soalan spot. Ustazah siap bawak makanan lagi sbb tak leh balik. Bila dpt kertas soalan baru, soalan lain dah tapi cuba buat yg terbaik. Biasa kalu exam mesti dapat A2 tapi yg SPM dpt C5. Sedih sgt tp nk buat cmne.

Kalu Bahasa Arab dpt A1 masa SPM mesti saya jadi Cikgu Bahasa Arab kut. Tak pun keja kat Ikik.fm. Hehehe suka dengar yg segmen bahasa arab tu. Huhuhu Skrg ni hape pun tak reti. Sayang pulak rasanya.

Melalut2 plak.Tapi paling ingt la ustazah tu. Masa jumpa 2-3 tahun lps dia masih ingt saya ;)

Saya baca pengalaman Kak Norhayati Berahim psl kisah dia masa sekolah. Sedih sgt. Harap2 tiada lah guru spt itu. Boleh baca kat blog Kak NB .

SELAMAT HARI GURU!

2 comments:

  1. Memang byk kenangan dgn cikgu2 kan? BSB tak boleh lupa cikgu sek rendah boleh cam lagi muka BSB tapi BSB dah tak kenal cikgu tueee...malu betul bila cikgu yg tegur kita dulu...

    ReplyDelete
  2. kai faha luka...?heee itu je yang tau bahasa arab ni...

    ReplyDelete