Tuesday, May 24, 2011

Jalan-jalan ke Banting

Hari Ahad saya ambik cuti sampai Selasa. Lama tak ambik cuti pjg. Sebenarnya nk pegi hantar anak saudara daftar kat Kolej Matrik Selangor di Banting. Kami pegi 4 org je. Saya dan Pakcik Botak, Kak Nor (kakak ipar) dan Hanif Sumaq.

Pakcik Botak teruja giler nak g Banting. Kira mcm balik kg la sebab dia dulu keja kat syarikat bas kat Banting tu. Skit2 suh ambik ambik gambar. Huhuhu layan je org mengimbau kenangan ni ;)

Bertolak pukul 12.30 tghari Ahad. Lewat skit sbb ada kesulitan. Tdo rumah Kak Ja di Seremban 2, pagi isnin pegi hntar Hanif Sumaq. Kita mulakan dgn tayangan gambar ye ;)


peliknye nama tempat ni. Paling terkujat tgk nama Sg Raba..huhuhu. Jauh berjalan luas pandangan kan. Teringat Desa Temu Jodoh kalu nk p segamat ;).




'keciknye' pakcik botak sebelah Hanif..heehehe. jgn marah ye syg, nt kena jual ;P




Proses pendaftaran tak la ambik masa yg lama sgt tp agak berterabur la. Mungkin sebab kurang pengalaman utk handle pelajar2 baru. kalu tak silap ni 2nd batch kolej ni terima student. Siap2 daftar p makan kat Restoren Ummi. Harga buleh tahan lah.

Masa yg ditunggu oleh Kak Nor :). Kerepek time! Hahahaha. Rambang mata nak pilih kerepek. Banyak gilerrrrr. Saya beli 2,3 jenis je. Hujung2 bulan ni maklum le ;)





Tak pernah tengok kedai jual kerepek banyak gini. Kawasan luar kedai ni pun cantik. Mesti kaya tuan dia huhuhuhu. Pakcik botak kata org kat banting ni kaya2. Diorang banyak sawit..huhuhu. Masa nak bayar tu  nmpak jeli kelapa. Mesti beli punya. Sedaaaappppp ya amat! Tak cukup pulak makan 1.

Sampai banting ingt kat omma dd psl suami dia org Banting.

Bertolak dr Banting dlm 3.30 ptg. Berhenti rehat di Temerloh. Pastu pakcik Botak suh saya drive plak. Masa tu kul 7. Takpelah sbb td dh tido banyak tp berdebar jugak sbb malam2 mata ni tak brp nk elok jugak. Sian Pakcik Botak nk tdo, xpelah saya drive bawak 100-110 je.

Masa kat Temerloh tu minyak tinggal 1 takuk lagi, pakcik botak kata isi kat Kuantan. Smpai kat RnR Kuantan terlajak plak. Aduii..Xpe, bawak je dulu. Isi kat Gebeng. Pas Kuantan tu minyak dh kelip2 dah, Takut jugak buat nye mati keta tgh2 highway. Dgn gelapnye. Smpai Gebeng silap ambik jalan pulak. Sudahnya mmg tawakal la nak sampai Cherating. Masa tu mulut duk zikir je.Haahaha tau takut. Sbb masa tu mmg dh guna minyak reserve kut.

Nasib baik la sempat smpai kat Cherating. Huhuhu berpeluh takut tak cukup minyak.Hahahaha. Smpai Dungun dlm 10.30 pastu makan nasi terus balik Telaga Mengkudu sbb cadangnya esok tu nk p Setiu jap.

Tiba di rumahku syurgaku dlm pukul 12. Alhamdulillah. Pakcik botak kata nak g Banting lagi. Suka la dia tu..

2 comments:

  1. Salam,

    Sg raba tuh asalnya dari perkataan 'rubber' dulu tuh kawasan ladang getah.. so lama2 dia diorg panggil raba jek.. bukan raba org tuh ;)

    ReplyDelete
  2. salah satu kedai kepek tu lah yg destinasi terakhir datok sosilawati singgah :-)

    ReplyDelete