Wednesday, May 4, 2011

Geram dan lucu

Geram

Tadi masa nak solat zohor singgah toilet jap, menunaikan hajat kecik yg bertakung..hikhikhik. Tapi sebelum nak masuk pintu toilet tu terpaksa lalu depan budak2 cleaner yg lepak. Utk makluman, stor cleaner n maintainence ni dekat dgn tandas. Pastu kat luar skit tu ada meja. Atas meja tu ada mesin punch card. so ptg2 dh habis keja budak2 ni lepak2 la situ.

Since aku solat td pukul 3 lbh, mungkin diorang dh abis keja. Kalu nak ke tandas terpaksa la lalu. Aku tak kisah pun diorang nk lepak2. Tapi yg wat sakit hati tu atas meja dah bersidai 2,3 org. Pastu kat bawahatas lantai pun ada jugak 2,3 org lepak2 sambil baca Mastika. Kalu pompuan x kisah lah kan, ni laki. Jadi kalu nak ke tandas tu terpaksa lalu kat tengah2 la. Segan lah kan.

Mcm minggu lepas, aku sanggup tahan pundi kencing sbb malas nk lalu kat budak2 tu lepak. Tension dowwh. Nak aje aku report kat bos dia. Bukan nk hina keja diorang sbgai cleaner ni malahan aku respek jugak sbb muda2 belia diorang sanggup keja. Xde lah lepak merata2 jd mat rempit kan.

Lagi satu, ari tu naik lif dgn 2,3 org opismate balik lunch. Pastu ada sorang makcik cleaner ni. Dia  duk tengok kawan aku atas bawah atas bawah. Tak agak2 nak tengok org. Depan2 kita tu. Respond dia xde lah mcm x puas hati tapi aku pon heran, apsal dia pandang camtu? Kuar dr lif aku bgtau, apsal makcik tu tengok ats bawah camtu? Seram pon ada hahahahahaha.


Lucu

Kejadian pada hari yg sama dgn citer di atas. Ni masa nk solat kat surau. Mcm biasa ambik kain sembahyang letak cop tempat dulu. Td org dh tak ramai sbb kul 3 lbh kan. Lewatnye solat huhuhu. Masa tu pun sek2 cleaner ni ada lah. Makcik2 dgn yg muda2 pon ada. Cleaner yg makcik2 ni aku no hal, blh geng punya. Yg mana kenal dan biasa je lah. Pastu tetiba terdengar handset bunyi. Ada makcik cleaner ni tgh solat. Adik cleaner yg sorang tu cuba cari bawah tudung makcik tu takut ganggu org lain solat. Sekali tak jumpa.

Masa aku lalu nk g ambik wudhuk, lalu lah kat tepi makcik yg sembahyang tu. Sekali aku dengar dr badan dia. Aku syak dalam poket dia. Since adik tu cari tak jumpa tadi, makcik2 yg ada kat situ pun gelak2 lah. Tak tau la cmner reaksi makcik yg tgh smbhyng tu bila tepon dia berbunyi di dalam poket.

Aku pun sama gelak hehehehe.

Eh, lawak ke?

2 comments:

  1. lawak2...naper ler tak diletakkan hp di sebelah jerrr...

    ReplyDelete
  2. aiiyoo mood dah ok ke ni? nak aku bagi gambar rumah tok aku tak :D

    ReplyDelete