Thursday, March 31, 2011

Sabasun hyperuncit -UPDATE

Ada org nak tau pasal Sabasun masa saya g beli belah jumpa Kiah Pekasam tu :D.

Sabasun ni sebenarnya nama sebuah pasaraya 100% milik bumiputra. Org melayu kita dan islam of kos. seingat saya dari kecik lagi dah wujudnya pasaraya Sabasun ni. Dari mana dapat nama Sabasun ni saya pun tak tau. Dengar2 kata nama tuan dia Sabasun tapi tak tahu la betul ke tidak. Tak pernah siasat pulak. Kalu nak tau juga nanti saya mintak Pegawai Penyiasat saya cek.



Sabasun Hyperuncit ni terletak di Jalan Bukit Kecik Kuala Terengganu dekat dengan JPJ. Kemudian ada pulak cawangan kedua di Wakaf Tembesu, belakang rumah mak saya ;). Harga nya murah dan mmg berpatutan. Dah banyak kali saya buat perbandingan dan ternyata memang lebih jimat membeli barang dapur di Sabasun ni tapi lain org lain citarasa.




Barang2 yg dijual pun banyaaaaaaakkk. Dah nama pasaraya kan. Keperluan dapur, makanan, sayur, ikan, pakaian, susu dan macam2 lagi lah. Paling saya suka beli aiskrim dlm bekas pastu kat peti tu dia ada gantung suratkhabar lama. Ada nota kat situ katanya kalu bungkus aiskrim ni dgn kertas suratkhabar lebih tahan lama sebelum sampai rumah. Hehehe so memang slalu le beli aiskrim bekas tu kat Sabasun. Tak yah dah beli aiskrim Mekdi. Huhuhuhu

Cite banyak pun x guna, kalu nak tau lebih lanjut klik page Sabasun ni ye ;)

jom sopim!

Update : Pegawai penyiasat kata nama Sabasun tu diambil dari perkataan SABAR SUNGGUH :D

3 comments:

  1. eehh..camanalah saya mati2 ingat owner nya chinese.. nak kata owner melayu sbb namanya cam 'pelik' skit :-)

    p/s saya pon rajin gak nyinggah sini ..

    ReplyDelete
  2. ahahahaha macam pegi shopping dekat jepun jerrr

    ReplyDelete
  3. salam akak, klu tak salah, ms zmn2 kampus dulu pnh intvw peg sabasun, dia kata nama sabasun tu dr koreo or jepun kot.. dia kata xnk letak nama malay, cina or india sbb xnk ada rasa racist.. klu xslh itu info yg kami dpt...

    ReplyDelete