Tuesday, March 29, 2011

Petua ~ Melayan isteri ;)

1. Sebelum tidur, peluk dan cium isteri. Tidak semestinya cium di mulut tetapi di dahi, di pipi atau mana² bahagian yang biasa dicium….

2. Kemudian, lafazkan ucapan I love you… Kalau nak cakap “Abang cintakan Ayang” pun boleh tapi… Dah jadi budaya kita agaknya nak sebut I love youlebih mudah…

3. Renung wajahnya. Berikan renungan seolah itu kali terkhir untuk anda melihatnya. Kemudian belailah rambutnya.

4. Cuba nyanyikan lagu paling romantis untuk dia. Kalau rasa suara tak sedap, boleh dengarkan lagu yang sebegitu sambil katakan lagu itu anda tujukan khas untuknya.

5. Jika masih ada masa, ulang cerita tentang zaman sebelum berkahwin atau zaman bulan madu. Jangan cerita semua. Satu hari ungkit satu cerita. Tapi yang seronok sajalah. Jangan ungkit masa bergaduh pula…

6. Ajak dia berbicara tentang anak dan keluarga. Ceritakan apa yang dia dah lakukan untuk anda dan anda amat berterima kasih dengan perbuatannya.

7. Kalau mampu, ceritalah tentang isteri² Rasulullah saw dan bagaimana mereka menghadapi cabaran.

8. Tidurlah dalam keadan berpelukan. Biarlah dia berbantalkan lengan,dada atau bahu anda.Sebenarnya ada banyak lagi yang boleh diperbuat.

Tidak semestinya berakhir dengan hubungan intim. 
Insya-Allah, bila isteri kita tahu yang kita betul² sayangkan dia, layanannya juga akan menjadi lebih baik. Bila layanannya baik, kita nak pasang lain pun jadi ragu² sebab bimbang yang baru kita dapat tak sehebat isteri kita sekarang.

Ni copypaste dari FB kwn2. Renung2kan ye.. bagus ni. Sharing is caring ye. Terima kasih la pd sape2 yg bagi petua ni. LIKE 4juta kali ;)

10 comments:

  1. nak copy jugak bole? petua yg sgt bagus untuk suami isteri..

    ReplyDelete
  2. waaaaaaaaaaaaahhhh...kena wi syahrul baca ni

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. sebelum tido, sebelum baca doa, pikir nak tulis entry apa esok :P

    lepas tu tanya husband, husband cakap "awak ni, ingat blogggg jer "

    itu kisah isteri gila blog hahahaha

    atau

    cerita dkt husband

    "siang tadi saya baca blog si ****, dia cerita pasal blablabla"

    haha

    ReplyDelete
  5. sebelum tido, sebelum baca doa, pikir nak tulis entry apa esok :P

    lepas tu tanya husband, husband cakap "awak ni, ingat blogggg jer "

    itu kisah isteri gila blog hahahaha

    atau

    cerita dkt husband

    "siang tadi saya baca blog si ****, dia cerita pasal blablabla"

    haha

    ReplyDelete
  6. hahahaha sib baik sandy x marah...hahaha

    ReplyDelete
  7. dah 10 tahun berkahwin .. yg no 8 tu memang selalu dilakukan kecuali bila merajuk ;p

    ReplyDelete