Tuesday, March 8, 2011

Contest 'Resepi Pilihan' Sinar Raudhah

Malam tadi mcm biasa lepak2 sambil blogwalk. Baca punya baca terbacalah blog Sinar Raudhah ni. Tuan punya blog ni nama dia Amy, cantik orgnya. Hehehehe (bukan bodek ye). Dia ada wat contest. Contest tu adalah utk mencari resepi pilihan. Huhuhu nak join nak join.






Resepi yg saya pertaruhkan adalah :-




JEMPUT-JEMPUT DAGING @ CEKODOK DAGING







Kitorang kat pantai timur ni panggil cekodok tu jemput-jemput ;)


Sebenarnya resepi asal nak buat lain tapi tak jadi. dgn menggunakan daya imaginasi yg melampau, maka terhasil lah jemput-jemput daging ni. Sedap uolls, cuba lah kalu x caya ;)



Bahan2 :-
  • Daging cincang ( saya potong dadu kecik2) -bergantung banyak mana nak buat
  • 2 biji ubi kentang
  • Daun bawang, daun kucai dan daun sup
  • Sebiji telur
  • Garam secukup rasa
  • Lada hitam (tumbuk halus)
  • Bawang besar (potong dadu)
  • 1 cawan tepung gandum -bergantung banyak mana nak buat ye.


Cara2 :-
  1. Ubi kentang direbus, kemudian lenyek sampai hancur mcm nak buat begedil.
  2. Masukkan daging, daun bawang, daun sup, daun kucai, lada hitam bawang besar dan garam ke dalam kentang yg siap dilenyek. Gaul rata.
  3. Masukkan sebijik telur ke dalam campuran tadi. Gaul rata.
  4. Masukkan tepung gandum dan gaul sebati. Gandum saya letak setengah cawan je, saje nak lebihkan rasa kentang.
  5. Sapu mentega pada bekas dan sudukan adunan bentuk bulat-bulat ke atas adunan.
  6. Bakar pada suhu 180 selama 30-40 minit.
  7. Kalu nak goreng pun boleh, just goreng mcm goreng jemput2 biasa tu.
  8. Tunggu sejuk sikit baru syok makan. Woohooo!

Resepi ni mmg original saya punya lah. Tak tiru mana2 pun. Korang try la buat. Mudah je, x susah pun dan sangat sedap dimakan panas2.

Pada sape2 nak join contest ni boleh klik kat blog Sinar Raudah ye ;)

5 comments:

  1. First amy nak ucapkan terima kasih coz sudi join contest sinar raudah.Penyertaan memenuhi syarat yang sinar raudah inginkan.Good luck ok!


    p/s: amy x pernah makan lagi cekodok daging, harus di cuba nie...

    ReplyDelete
  2. Kakak pun panggil jemput-jemput. So jemputlah kakak nak makan nie. Hehehe....

    ReplyDelete
  3. hurrmm tak pernah lagi makan & buat cokodok daging. klu ade masa terluang nanti harus di cuba

    ReplyDelete
  4. sedap tu cekodok daging. makan dgn sos thai.. ti nk cuba masakla

    ReplyDelete
  5. i panggil coqkodok..mizan panggil jemput2....hehehehehe..

    mcm sedap je..nantilah nak try jugak

    ReplyDelete