Thursday, September 30, 2010

Mari membuat karipap :D

Entah apa mimpi mak saya tetiba nak buat karipap. Pas maghrib tadi jenguk2 la dapor, tengah gigih menguli. Adik saya rupanya yg nak buat karipap tapi mak yg adunkan. 

Saya pon nk wat sibuk la, mcm best je main kelim2 karipap ni..hehehe 1st time tau.

 percubaan pertama


letak inti banyak2 smpai puas hati


pastu kelim la pakai alat keli tu.mcm gigi palsu plak aku tgk..hahahaha


 jadi la karipap gemok gebu. oh ada satu yg sepet skit, tu aku la buat x cukup kain kulit karipap hahahhaa


karipap gemok gebu dh di goreng


mcm biasalah, model x bertauliah..hahhahaha
ai makan sebijik je tau psl nye saya kureng skit dgn karipap ni. hahahaha pas ni buleh bukak kedai jual karipap. hahahaha

MySpace

Wednesday, September 29, 2010

Majlis Hari Raya Wisma Darul Iman

Hari  ni ada majlis hari raya di Wisma Darul Iman.  Opis saya perlu supply fillet ikan,jagung rebus, buah potong rock melon dan jus rock melon. Jadi secara tak langsungnya kami pun hadir la walaupun kena jaga bahagian makanan kami je. 

Jemputan ramai gile dan makanan adalah banyak. Ada nasi minyak, nasi dagang, sate, mee soto, mee kari, cendol, bla bla bla tak tau la apa lagi psl saya tgk dr jauh je. Tak round pun. Hehehee malu la ai..hehehe saya order je nak mkn apa, pastu pakcik botak akan hantar..hahaha i likeeee...tapi tak makan banyak pun, cuma makan mee soto, sate dgn keropok je. Sbb pagi tu dh makan mee goreng kat rmh jd perut kenyang lagi..

Malas nak cite, layan gambar je la..



anak2 dara..single belake lagi ni tp xtau available ke dok. hahaha sape nak cop cepat! hahaha. hamzah ian suka la tgk anak2 dara nih..hahaha jgn marah.

sedap molek landing atas peha ina..hahahaha. Penuh satu kamera..






gerai kami jadi tumpuan uolls, habis licin!







Sekian, terima kasih..hehehe

MySpace

Monday, September 27, 2010

Pak Sandy Vs Bern Ridzuan

Wina, cuba tengok! Ada iras tak?

Pak Sandy suami Wina
 (pinjam gambar ek)


Bern Ridzuan dan Diha (pinjam gambar jugak)

Wina, dah lama aku perasan yg rupa Pak Sandy ni ada iras seseorang yg aku kenal tapi tak perasan sape sehinggalah raya baru ni. Hahahaha rupanya iras laki bekas opismate aku dulu. Puas aku pikir rupa Pak Sandy ni mcm sape, last2 dapat jugak!

Hahahaha puas hati..hahahaha

Qaseh Kekanda, Qaseh Adinda

Alkisahnya, hari Sabtu baru ni pegi beraya rumah kawan TCS pakcik botak. Tujuannya saya nak hantar inner muncung yg dia intak tolong saya belikan. Sekaligus beraya la..

Sampai je depan rumah dia confuse, betul ke tak rumah dia. Rupanya betul la. Mak dia rupa-rupanya stokis Ana Edar. Sembang punya sembang sekali mak dia balik. Sembang2 lagi akhirnya 'ter' jadi la ahli Ana Edar. Tujuan nya nak beli garam kesihatan dgn minuman je. Tapi lagi untung kalu masuk ahli psl dpt percuma je barang tu.

nampak tak anak panah tu? Tuan rumah bersembunyi disebalik bantal..malu ke takut? hahaha

masuk jd ahli RM79 dpt 3 brg n. kalu tak RM100++ jugak. Rupanya Qaseh Kekanda dgn Qaseh Adinda yg Ustazah Norbahyah duk promote dlm Semanis Kurma tu keluaran Ana Edar. Tak tau pun hamba..tertarik jugak  nak mencuba..


tadi plak pakcik botak p atm kat giant pastu dia belikan Hi Goat susu kambing tu. Ni utk saya psl nak buang satu penyakit ni. dah ada testimoni yg berjaya alhamdulillah..nak cuba lah jugak..hahaha eh gelak plak..

Qaseh Kekanda dan Qaseh Adinda ni bahan utamanya kurma. Kalu dah kurma tu banyak lah khasiatnye kan. Ustazah Norbahyah tu duk bagi hadiah kat tetamu dlm Semanis Kurma ni lah produknya.

Malam ni kita try eh..

MySpace

Sunday, September 26, 2010

Kejadian sedih di petang Ahad.. :'-(

Sedihnye...uwaaaa!!

Hahaha xde la sedih mana pun, gimik je lebih, tapi memang sedih pun..huhuhu

Alkisahnya seperti biasa pukul 5 saya akan tunggu pakcik botak ambik depan opis. Tunggu punya tunggu tetiba pakcik botak call. Kereta kesayangan berhenti secara tiba2. Kejadian berlaku di tepi stesen bas MBKT, lepas trafic lite, sib baik ada org baik hati tolong tolakkan kereta tu ke tepi. Ni pakcik botak citer la, saya masih tunggu dia lagi.

Aaah sudah, saya dah panik ni, nak wat camne? Pakcik botak kata mungkin minyak habis katanya minyak dah duk bawah dah tapi biasanya mmg ada reserve kan.

Saya terus koling2 adik saya mintak dia beli minyak, pastu saya jalan kaki dari opis ke tempat kejadian tu. Xdelah jauh sgt dgn opis selang 3 bangunan lbh kurang tapi sbb bawak barang berat td, jadinya alkefenatan la jugak. dah la ari ni kuar site.

Bila adik sampai terus isikan minya, pastu try start. Start punya start tak hidup. Try lagi, tak hidup jugak. Ahh sudaaah! Pastu apa lagi terus koling2 mekanik peribadi (ceh peribadi katanya hahahahaa). Tepon si Yoe tak angkat. pastu tepon isteri dia bekas opismate saya si Anne ni, Anne kata dia otw ke Bangi, Yoe ada kat kg la. Pastu call Yoe lagi baru la angkat. Citer punya dia dah ada kat bandar. Terus dia datang.

Yoe sampai je dia bukak bonet depan, try start tak jadik jugak. pastu dai p ambik tools kat kwn dia, try cek tengok maybe starter rosak kut. Pastu nak tak nak terpaksa kena tow la.

Sementara nak tunggu tow tu saya suruh adik p beli makanan pasal pakcik botak puasa, sian plak kalu nak tunggu balik rumah. Dah KFC dh dekat beli je la wat alas perut dulu. TErpaksa la berbuka di tepi jalan..hahhaaha siannya suami ku..


berbuka di tepi jalan je..siannya dia...

ditemani kicauan burung walit..hahahaa


saya mkn ni je..hehehe


tow truck dah sampai..

sampai di bengkel yoe di seberang takir

Duk la kat situ wahai kereta kesayangan..nanti siap yoe call. Sementara ni naik baby merc dulu le p keja. Adakah sudah sampai masanya utk beli kereta baru..? Jangan la merajuk wahai kereta kesayangan :)

MySpace

Friday, September 24, 2010

Hari ni buat apa?

Salam jumaat..

Pagi ni sebab tak keja + bendera jepun tgh berkibar saya pun buka mata waktu subuh utk gerak pakcik botak bangun solat je. Pas dia bagun saya kroh kroh balik..hahaha best2!Tapi tetibab kul 7 terjaga. Dan secara tiba2 saya teringat yg peti sejuk dgn mesin basuh belum beli lagi. Sedangkan duit yg sepatutnya beli mesin basuh dgn peti sejik tu saya dh beli tilam dan set pinggan. 

Arrrgghhhh!!

Cmne boleh tak ingat ni. Aku betul2 tk ingat laaa...aduiii! Terbeli benda yg tak brp penting plak padahal tilam dah ada sbnrnya tapi gatal nak beli tilam yg pocket spring. Tapi tilam yg ada tu utk bilik tamu, kalu tak beli masa ni bila lg? Tengah promosi ni.

Pakcik botak pujuk2..takpe katanya, nanti dkt2 nak masuk rumah baru beli peti dgn mesin basuh tu. Insyaallah ada le duit tu.

Apa aku citer ni?

Sebab hari ni hari cuti maka saya dan pakcik botak bersenang lenang je dlm bilik ngadap laptop smbil tengok Harry Potter. Sbnrnya saya yg tengok dia bantai kroh kroh kroh. KAhirnya berjaya khatam Harry Potter 1-6. Last skali Half Blood Prince. Tak sabar nak tunggu yg ke 7-Harry Potter And Deathly Hallows.


pas zohor g rmh terbuka member opis, balik opis singgah supermarket beli aiskrim...rasa nak makan aiskrim. Aiskrim apa? jeng jeng jeng..


sedap giler... beli perasa chocolate brownies sbb tingal perisa tu je..hahaha tp mmg 
sedap la..

Sambil mkn tgk citer tv1, stail cite wakenabeb jugak lah tapi versi baik skit. xde lah kejam mcm wakenabeb tu.hahahaha


tak tau plak tv1 pun ada citer gini..

ok xdok idea dah..babai!

Thursday, September 23, 2010

"Bagaimana anda berada pada tahap ini?"

Beberapa orang teman2 saya selalu bertanya;

'bagaimana suami anda boleh berada pada tahap sekarang?'


tidak kurang juga yang tanya ;

'Bagaimana nak dapat jawatan itu?'


Dan beberapa soalan yang hampir sama yang pada saya hanya ada satu jawapan, iaitu ;

'USAHA, DOA DAN TAWAKAL'

Tujuan saya buat entry ni bukan untuk menunjuk2 atau yg sewaktu dengannya tapi sebab saya mula rasakan perbezaan hubungan keliling kami waktu dulu dgn masa sekarang.

Suami saya bukanlah berpangkat besar. Hanya seorang pegawai kerajaan biasa. Kalu nak dikirakan dgn umur dia skrg memang lambat la masuk kerja kerajaan. Tapi syukur alhamdulillah dengan usaha yang berterusan, akhirnya dapat juga jawatan tu. Orang kata kena pakai kabel. Kalu tak pakai kabel memang susah nak masuk. Itu saya tak nafikan. Saya pernah dengar orang kata kalu dah masuk SUK bolehlah esok2 anak pun masuk SUK.

Betul ke...??

Mungkin betul tapi pendapat saya kalu dia mohon ikut cara yg ditetapkan dan kelulusan yg ada sesuai dgn jawatan dan lulus semua ujian yg disediakan pastu ada kabel yg membolehkan peluang dia lebih cerah, itu tak salah. Saya pernah ikut satu ceramah 2 tahun dulu. Penceramah itu kata ;

" Kalu kita dapat sesuatu pekerjaan itu dengan menggunakan mana2 kabel atau cara yg sewaktu dengannya, itu bermakna memang sudah rezeki kita. Kalu dah takde rezeki, pakai kabel besar mana pun tak akan dapat. Yang penting usaha, doa dan tawakal. Kabel yg paling besar adalah ALLAH SWT."

Itu yg menjadi pegangan kami suami isteri. Suami saya dapat kerja ni pun setelah 3 kali mohon. 3 kali berturut-turut. Siapa yg pernah mohon jawatan utk Pegawai Tadbir @ PTD tau la macam mana ujian2 nya.

  1. Selepas menghantar permohonan, calon akan menjalani ujian bertulis yg merangkumi BM, BI dan Maths. Saya pernah lalui ujian tu sekali tapi gagal. Memang susah giler. 
  2. Mana2 calon yg lulus ujian akan terpilih utk melalui assessment di INTAN. Yang ni toksah cakap la. Pakcik botak citer ada public speaking, debat ala sidang DUN, ucapan dan apa2 lagi yg saya dgr memang darah gemuruh terus naik kepala.
  3. Akhirnya calon yg berjaya akan dinilai dalam temuduga. 
  4. Lepas temuduga khabar2nya ada juga tapisan nya tapisan dalaman nya. tapi yg tu saya kurang pasti.
Suami saya dua kali berturut2 hantar permohonan dan berjaya sehingga peringkat assessment tapi selepas temuduga, keputusannya gagal! Pernah cuba guna kabel tapi still tak berjaya.

Kali ketiga mohon, ujian bertulis-lulus. Dapat assessment-pun lulus. Panggil utk temuduga-alhamdulillah kali ini berjaya biarpun keputusan tau agak lambat. Malam sebelum dapat result tu kami bincang, next year memang tak nak mintak dah TCS ni, mungkin bukan rezeki. Tapi akhirnya dpt tau suami saya berjaya, saya sangat gembira. Ye lah bukan senang nak masuk kerajaan. Akhirnya rezeki kami.

Bila dah kerja kerajaan ni, saudara yg suatu ketika dulu pernah mendoakan syarikat tempat kerja lama suami bangkrap akhirnya mula berbuat baik. Kawan2  yg lama tak bersua mula sms ajak lepak2 minum dan dlm masa yg sama nak cuba lobi utk dapat kontrak/tender utk masuk bekalan ke SUK. Sedih sangat masa ni. Nampak sangat manusia ni even saudara sendiri pun boleh layan kita macam tu.

Masa susah, suami kerja syarikat uruskan bas bandar (org trg mesti tau bas bandar ni), takde nya nak berbaik2.  Siap doakan syarikat tu gulung tikar lagi. Ini mak saya sendiri yg bagitahu sebab dia berkata begitu dihadapan mak saya. Hanya Tuhan yg tau perasaan mak pd waktu itu. Agak lama saya tidak mengunjungi saudara itu. Sakit hati dgn kata2 dia. Kalu lah saya boleh putuskan hubungan persaudaraan tu, mau saja saya putuskan hubungan dengan dia dan keluarganya, tapi mak saya kata biarkan saje dia. Kalu nk diikutkan dari saya kecik lg, mcm2 perkara dah kami lalui dek sikap saudara yg satu ni, tapi kami biarkan je. Allah itu Maha Besar dan Maha Mengetahui. Hanya DIA yg memahami hati dan perasaan makhluknya.

Sekarang sudah nampak perbezaan layanan. Adat manusia kan. Yg cantik dipuji, yg buruk dikeji. kalu diikutkan bnyak lagi nak citer tapi rasa mcm melampau pulak.

Pesanan saya pd kawan2 yg selalu bertanya 'bagaimana anda berada pada tahap ini'?

Jawapan saya - USAHA, DOA , TAWAKKAL.

Apabila kita telah berusaha bersungguh dan sehabis daya, kita berdoalah pd Allah dan bertawakkal lah pada Nya. Hanya Dia tahu apa yg terbaik buat kita.

~Maaflah kalu entry ini agak emosional~

Tuesday, September 21, 2010

Potato wedges vs Rojak betik

Salam uolls,

Entry makan-makan lagiks! hahahaha

Semalam saya dgn pakcik botak berpuasa. Geng2 saya kat opis pun pose jugak. Siang tu masing2 duk sibuk search resepi. Hahahahaa kelakar la weii.. Ada yg nak wat mi kari, hahaha saya pulak terasa nak makan potato wedges. Wedges ni senang je kan.

Jangan cakap banyak kita tengok resepi.

Potato Wedges



Bahan2 :-
  • 4 biji ubi kentang saiz besar
  • Secubit garam
  • Sos thousand island
  • Mayonis
Cara2:-
  • Basuh ubi kentang bersih2. Kemudian potong bentuk wedges. Kalu nak kupas kulit buleh juga tapi saya tak kupas pun.
  • Kemudia rebus separuh masak. Masukkan secubit garam. Lepas rebus toskan, dan tunggu sejuk skit. Kalu nak kupas kulit masa lepas rebus ni ok juga. 
  • Kemudian goreng ubi kentang tadi sampai garing.
  • Hidang kan dengan sos thousand island dan mayonis. Oh sedapnye...hahahaha
Sebenarnya saya pernah terjumpa resepi wedges ni dia gaul dgn mentega @ butter (x pasti) tapi x jumpa jadi goreng biasa je la..

Resepi ke 2 adalah rojak betik. Ini mak saya buat ye..hahahaha. Asalnya siang  tadi kwn satu opis tanay camne nak buat rojak beti. Terus rasa terliur plak. Saya pun koling2 mak sbb nak tnya resepi. Tetiba mak kata dia baru je pas buat kuah rojak. waaaahh megik kan, baru rasa nak makan mak dah buat dah..hahahahaa

Rojak Betik

 Bahan2 :-
  • Betik muda
  • Timun batang
  • Ikan selayang @ kembung
  • Cuka
  • Lada boh
  • Gula
Cara2 :-
  • Rebus @ panggang ikan terlebih dahulu. Kemudian ambik isi ikan dan tumbuk kering guna lesung smpai betul2 halus.
  • Satukan lada boh, air, dan gula. Kemudian masukan cuka sedikit demi sedikit. Sebabnya takut nanti masam sangat kan. Kalu terlebih masam, masukkan gula sikit lagi dan campur air. 
  • Agak2 rasa dh ok, tak terlalu masam dan cukup manisnya, masukkan pula ikan yang telah ditumbuk tadi. Kacau sampai sebati.
  • Hidangkan dengan betik muda yang telah diparut dan hirisan timun. Lagi meletup kalu makan dgn keropok keping. Terangkaaattt!!
MySpace

Malware attack!

Salam uolls,

Baru2 ni saya terbaca ramai yang kena serangan malware ni tiap kali nak buka blog. Saya pun kena. Panik jap tak tahu nak buat apa. PAstu entah cmne terbuka satu blog ni ~ zafiranabilah~ dia bagi tips cmne nak buang malware attack tu. Sama2 kita kongsi ye..

 1. bila buka page yg kena malware attack ni dia kuar cmni kan..

2. dun worry. Klik 'Tools' kemudian klik 'Options'

3. Pilih tab 'security', kemudian perhatikan kotak kedua (Block reported attack sites)

4. tick dalam kotak kedua tu. biar dia tak ada tanda 

5. Then klik 'OK'

Lepas buat tu insyallah dah boleh masuk site tu..selamat mencuba.

Credit and thanks to zafiranabilah atas perkongsian tips ini. Juga tak lupa kpd Oh Media

MySpace

Are u moist enough?

Sebenarnya nuffnang ada buat contest ni.Hadiah LUMAYAN uloos..! siap huruf besar lagiks. Ok, saya nak cerita pasal pengalaman saya pakai losyen nih.

Actually saya dari sekolah rendah lagi dah pakai losyen nih. Waah ye ke ni? eh betul lah, siap ayah tolong belikan dan dia tolong pakai kat tangan dia sekali.hahaha Dulu dulu masa mula-mula pakai losyen saya guna brand 'Ginvera'. Lama jugak sampai sekolah menengah. Kalu tak silap harga dulu dalam RM3.50. Murah kan..hehehe


ini la rupanya losen yg saya guna dulu -pic credit to goggle

Pas tu masa zaman muda-remaja-hot-hot-hot pakai losyen Johnson & Johnson plak. Ada banyak warna kalau tak silap. Saya pernah guna yg warna kuning (pengaruh kawan). Best juga sebab kandungan losyen tu campur bedak talkum, so dia cepat serap dalam kulit tapi tak melembap sangat. Pastu tukar wrna pink. Oh yang ni wangi dan lembut sangat.

pic credit to goggle


Pastu tukar kepada Nivea plak. Lama juga pakai sebab terbeli botol yg paling  besar. Last last tak habis-habis juga. Buang gitu je pasal expired. Hahahaha

pic credit to goggle

Sekarang ni ada plak Vaseline buat losyen. Saya tak tahu pun sebenarnya Vaselin pun ada losyen. Ingat petroleum jelly tu je. Sumpah tak tahu. Kalu tahu lama dah beli. Masa Nuffnang email tu saya tak hirau pun email tu tapi satu hari tu tergerak pulak nak baca sampai habis.

Teru ajak pakcik botak pegi Guardian. Oh lupa plak, satu masalah saya ialah kulit saya agak kering terutama di bahagian kaki, so losyen memang akan menjadi kemestian dan perlu ada di mana-mana saja. Atas meja di ofis, dekat katil, dalam kereta, dalam handbag. Kalau kulit tangan rasa kering saya rasa seperti kulit saya tak boleh bernafas. Bila pakai losyen baru rasa lega. Kalu gores kulit terutama kat betis mesti ada goresan yang menandakan kulit kering.

Punca utamanya adalah kekurangan air ataupun memang semulajadi kering kut :P hahhaha. Jadi dengar nasihat doktor dan minum air banyak-banyak, dan juga alternatif lain untuk disapu pada kulit luaran adalaha menggunakan losyen!

 tengok dekat rak pun dah tak penuh, maknanya mesti ramai yang dah beli kan..

Oh ye, masa pilih-pilih tu tak tahu nak pilih yang mana. Ada 4 pilihan losyen Vaseline. 


Botol kuning - Total Moisture
Botol Pink    - Healthy White
Botol Hijau   - Aloe Cool and Fresh
Botol Putih   - Intensive Rescue

Nak pilih yang mana ye? Semua menarik perhatian saya. Pikir punya pikir, saya nak cuba  Aloe Cool and Fresh yang botol hijau tu. Sebabnya? Sebabnya saya agak2 mesti nanti rasa sejuk je bila pakai kan. Tambahan lagi aloevera tu setahu saya memberi kelembapan pada kulit kita.

 Akhirnya saya pilih hijau sebab kandungan aloe vera nya yang menarik perhatian saya. oh saya memang suka produk yg ada unsur unsur aloe vera..

Info mengenai aloe vera (Wikipedia):-

There is some preliminary evidence that Aloe vera extracts may be useful in the treatment of wound and burn healing, minor skin infections. Scientific evidence for the cosmetic and therapeutic effectiveness of Aloe vera is limited and when present is frequently contradictory. Despite this, the cosmetic and alternative medicine industries regularly make claims regarding the soothing, moisturising and healing properties of Aloe vera, especially via Internet advertising. Aloe vera gel is used as an ingredient in commercially available lotion, yogurt, beverages and some desserts. Aloe vera juice is used for consumption and relief of digestive issues such as heartburn and irritable bowel syndrome. It is common practice for cosmetic companies to add sap or other derivatives from Aloe vera to products such as makeup, tissues, moisturizers, soaps, sunscreens, incense, razors and shampoos.

Info mengenai Cucumber (http://www.everynutrient.com)
Cucumber is an excellent source of silica, which is a trace mineral that contributes to the strength of our connective tissue.  Connective tissue is what holds our body together. Cucumbers are effective when used for various skin problems, including swelling under the eyes and sunburn.  They also contain ascorbic and caffeic acids.  These acids prevent water retention.  That may explain why when cucumbers are applied topically they are often helpful for swollen eyes, burns, and dermatitis.

Jadi, apabila digabungkan dua tumbuhan ni hasilnya memang mengagumkan. Khasiat2 yang terkandung di dalam tumbuhan ni memang amat sesuai untuk kulit. :D

Apa rasa ye bila pakai losyen ni? Ohh sangat best! Lembut dan saya sangat tak sangka losyen ni cepat menyerap ke dalam kulit dan percaya atau tidak ia tidak melekit. Biasa kan kalu lepas pakai losyen saya akan elakkan dari terkena air sebab nanti korang tau la kan camne rasa bila tangan lepas pakai losyen pastu terkena air plak. Tapi Losyen Vaselin ni memang menakjubkan. Saya secara tak sengaja pi basuh tangan pagi tadi, lupa yang baru pas pakai losyen, dan menakjubkan tiada rasa melekit! waaah i like it!

sebelum : nampak tak garisan putih tu. kulit saya serius memang kering..


selepas : 2 hari kemudian, tiada lagi garisan putih, cuma ada merah2 je pasal try gores tapi dah tak keluar garisan putih..hehehe bagus!

2 hari saya tunggu nak test tengok betul ke tak.  Pakcik botak pun sekarang dah pandai pakai losyen dah. Dia terpngaruh sebab saya selalu cakap losyen Vaseline ni tak melekit. Dia pun nak juga kulit yang lembut, bukan isteri dia je nak kulit lembut kan.




Sudahnya dia asyik nak pegang tangan saya je. Dalam kereta pun nak pegang tangan, jalan-jalan tu confirm memang kena pegang la, nanti bini dia kena tinggal belakang. Hahahaha.



Dan satu lagi...dia juga suka cium tangan saya sebab katanya wangi..Oh hatiku berbunga bunga.

 menguatkan lagi cintaku padamu..


 tanganku sungguh lembut dan wangi..  :D

Ok korang, hadiah nya nak tahu tak? Lumayan beb!

75 blogpost yang terbaik akan menerima jemputan ke parti tepi kolam (poolside party). Banyak jugak tu, mana tau blogpost saya ada peluang kan? Kat mana? nanti akan diberitahu oleh Nuffnang kelak. Selain tu ada lagi hadiahnye.

Best Written Blog Posts
1st Prize - RM3,000 cash + Vaseline products
2nd Prize - RM2,000 cash + Vaseline products
3rd Prize - RM1,000 cash + Vaseline products
5x Consolation Prizes - RM200 cash + Vaseline products


Lumayan tak..??? dapat saguhati pun dah rasa best. Hahahahaa. Eh ada lagi! Nanti ada lucky draw dan jugak games2 yg menarik. Tak lupa juga, mana-mana female blogger (bukan man ye) yang mempunyai kulit paling menyerlah, cantik, lembut, bersinar senang kata The Most Vibrant akan memenangi handbag Coach yang bernilai RM 2,000! Tengok berapa biji kosong kat belakang tu ye. RM 2,000, bukan 200 ye..fengsan mak kalu dapat handbag mahal gitu.

Ok, kita submit sekarang! harap harap ada rezeki nak menang handbag Coach tu. Hehehe Tapi saya teruja nak menang produk Vaselin tu. Boleh pakai satu badan nanti.

So korang apa lagi, 'Are You Moist Enough?'

Oh Nuffnang, pilih la aku...

MySpace