Monday, August 30, 2010

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Salam kemerdekaan buat semua..

pic from google

Tahun ni sekalai lagi kita menyambut hari kemerdekaan dalam bulan puasa. Kat K.Trg ni saya rasakan sambutan kemerdekaan tahun ini tidak sehangat mana memandangkan org sibuk buat persiapan nak raya.

Walaupun sambutan tidak begitu meriah tapi kita sebagai generasi baru harus mengenang kembali jerit perih generasi terdahulu berjuang dalam usaha untuk mencapai kemerdekaan. Dlm astro History Channel banyak menyiarkan kisah2 sejarah lampau yg berkaitan kemerdekaan.
Disini saya nak ucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan yg ke 53 buat seluruh kwn2 bloggers sekalian. merdekakan diri dan minda kita.

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yg ke 53. I love u Malaysia!

~Terima kasih kpd Dania Arisya Putri dari Brunei atas ucapan kemerdekaan beliau kpd Malaysia dan rakyatnya. Semoga persahabatan kita dialam maya ini tidak terbatas setakat ini sahaja. Walaupun berlainan negara tapi kita masih serumpun ;)

MySpace

Sunday, August 29, 2010

Dapat hadiah!

Siang tadi tak duk opis, kuar p kenyir. Sampai kat opis kurang lebih pukul 3.45 pm. Tengok2 atas meja ada parcel.

waaahhhh! mak suka nyah..! hakhakhakhak!

Ini hadiah dr dd dudu yg saya menang 40th visitor contest tu. so ari ni dah sampai pun ;)

Hadiahnye adalah.......

teng teng teng...apa di dalam?


ada 2 hadiah tau. 1 utk gantung kat depan pintu masuk atau pintu bilik ;)


cantik sgt tempat simpan kunci ni. mula2 ingt rmh anak patung. terus feeling2 nak jd princess..hahaha


ni rupa bhg dalam. ini adalah tempat letak kunci ye kawn2.. me loike..

Terima kasih bnyak2 dd dudu. akan ku ingati selalu..hehehe semoga persahabatan ini kekal sampai bile2.. ;) mmmuuuah! xoxo!

Buleh letak kat rmh baru nanti ;)

MySpace

Saturday, August 28, 2010

Misi

Cuti jumaat sabtu biasanya ambik kesempatan bagun tdo lwt skit. Lagi2 bulan puasa kan, xde nak gaduh  buat sarapan ke apa kan. nak kemas rumah lagilah, adik2 dh siap kemas..hahaha dasar pemalas. eh saya kan kakak sulong, masa ni la nak tunjuk kuasa..hahaha duk rmh sndiri nanti tau lah.. :D

Jumaat semalam, ingat nk golek2 lama2 skit. pakcik botak plak gerak2 suruh bangun. Nak ajak p tgk perabot katanya. huwaaarggh susah betol nak pilih yg berkenan ni. Dah banyak kedai g asyik tak puas hati je. So g round 2 kedai dekat dgn rumah, harga ok jg tapi sbb susah nak tgk contoh. kedai tak tersusun sangat pastu nak kena tengok katalog plak psl ada model yg kita berkenan tu xde display. 

Last2 terjah Lavino jugak. Ari tu dah beli sofa dgn tv cabinet. Sini juga yg senang nak buat pilihan. Harga pun orait jugak, tak lari mana pun dgn kedai lain. Misi adalah mencari set bilik tido. Last2 dah pilih2 akhirnya ambik la set bilik tdo yg mmg dh lama aim, tp nak survey kat lain dlu tapi xdok juga yg pesen gitu. Ambik je la yg ni. Pastu cari almari kabinet dapur, bookshelf. kena byr deposit 30%. mintak dia hntr sebulan lg lepas raya puasa tapi sblm raya haji.

Meja makan dh beli kat Soh Brothers. Murah giler berbanding kedai lain. Perabot bilik bwh dgn bilik tamu kendian skit. Kalu ada duit lbh beli kalu tak hold lu. Kitorang cari yg basic dulu. Takuit tak cukup duit ohhh.

Misi ke 2 adalah mencari kipas siling, lampu dan barangan letrik. barangan letrik tui peti sejuk dgn mesin basuh je, yg lain2 dah ada. TV pakai yg skrg ni, oven, microvave dh ada. Dapur je kena cari. Lampu pun dah ada pilihan tinggal nak beli je. Mslhnnya kipas siling ni. Kitorang duk survey panasonic, tapi ramai yg suggest ambik KDK.

kwn pakcik botak suggest ambik model ni.

Korang tau tak mana yg bagus? KDK ke Panasonic?

Misi ke 3 adalah tempah langsir. Haissh ni lagi pening. Nk pilih kaler langsir nye, nak cari tukang jahitnye. Ada yg bg cdngan warna hitam putih. Warna coklat gelap pun ye. Maybe ambik coklat gelap kut. Tp nak pilih material tu. Kat kamdar bnyk giler pilihan smpai haku rambang mata tak tau nak ambik yg mana. Dgn harga nya pun blh tahan juga.. Upah langsir berapa riban ek? eh riban2 ke..saya nak buat langsir bawah dgn bilik utama je. bhg atas maybe beli yg dh siap kut. Jimaat kosssss. hahaha Ari tu p rmh sape ntah. Tuan rumah tu buat langsir baru skali dgn upah RM8 ribu. 8 ribuuuu kauu! bukan 8 rat. melampau kan smpai 8 ribu. dia org duit banyak xpe la kan. Aku ni kalu 8 ribu tu blh beli complete set 1 rumah.Kita kena ikut kemampuan kita la kan.

Nak tanya mende lain ni. Korang tau tak upah jahit langsir brp hinggit? dia kira bnyk mana meter yg kita srh dia jahit kan? pattern langsir camne? Simple tapi meletops..hahaha banyak songeh.

yg gini pun ok jg tapi xnak la warna tu

ni simpe tp mcm ada x kena je..

haaa! yg ni cantik. simple but nice. ni hitam putih ek? cantik jg. dah le perabot ruang tamu smua kale ala2 hitam+putih+kelabu.
-Pics credit to google-

Grill blm bincang lg harga. Dah ada tukang yg nak buatnye cuma dia bz giler, xsmpat nk jmpa. Hari ni kut jumpa dia jap. Kos grill ni pun penting jugak. 

Kalu ikutkan bnyk lg mende kecik yg blm cari tp buat masa ni kitorang cari yg basic dan yg rasa penting dulu. Yg lain2 tu mcm kelengkapan bilik tamu, bilik bawah dan yg nak lawa2 display apa biar dulu. Itu x penting lg.Budget pun x banyak mana. Tak nak la tambah wat personal loan lain semata2 nak beli kelengkapan rumah. biar papa asal bergaya. huhuhu takuuiit. Memang la kalu ikutkan nak semua tu tapi esok2 kita yg menangung hutang bnyk2 buat apa kan? 

Kwn saya ada juga yg suggest ambik brg dgn koperasi byr bulan2, ohhh xnak la gtu. merana nanti. kalu ada cash better beli cash. hrga pun blh lagi murah dah tak susah hati dah pastu nk potong2 gaji ke hape kan. Pakcik botak kalu blh nak mintak langsir rumah mak dia je. melampau la kan, ada ke nak mintak langsir dgn mak. Dahlah ukuran tingkap tak sama langsung.Nt jd sarkas plak rmh aku pkai langsir senteng.

Huh! barang kalu blh nk settle b4 raya ni. Sbb kan tgh sale skrg so beli masa ni lah. Tapi simpan kat kedai dlu. Nanti pas siap griil, siap basuh rmh smua baru mintak dia hantar.

Eh! Sape nak tolong basuh rmh?

MySpace

Friday, August 27, 2010

iklan merdeka petronas..

Jumpa iklan ni.. terbaik..rasa nak nangis...huhuhu




MySpace

Thursday, August 26, 2010

1 blog 1 bendera

Salam kemerdekaan..

Eh,diam tak diam dekat dah 31 ogos dah. lagi beberapa hari nak sambut hari kemerdekaan yg ke 53. Jgn silap kira hahahaha. Kat K.Trg ni tak terasa sangat nak sambut hari kemerdekaan. Kereta2 pun tak banyak yg pasang bendera. Kat bangunan2 adalah. Org sibuk nak sambut raya kut.hehehe

Ok sempena hari kemerdekaan ni mari kita sama2 letakkan bendera ni dlm blog. 1 blog 1 bendera.


SELAMAT HARI KEMERDEKAAN YG KE 53! I LOVE U MALAYSIA!

MySpace

Pelancaran Hari Wanita & Majlis Berbuka Puasa Bersama MB

Salam 15 ramadhan,

Eh sekejapan aje dah sampai 15 ramadhan. Maknanya kurang lebih 2 minggu lagi nak raya. Masa berbuka kat sumai itu hari ustaz kata 10 hari kedua ni pintu keampunan terbuka seluas2 nya. 10 hari pertama ari tu pintu kerahmatan terbuka luas. Masih berbaku 5 hari lagi untuk 10 hari kedua ni. Nanti 10 hari ketiga kita sama2 mencari malam lailatulqadar.
Semalam pakcik botak ada jemputan ke Majlis Pelancaran Hari Wanita dan sekaligus Majlis Berbuka Puasa bersama pemimpin di Kediaman Seri Iman. Saya pun follow  jugak ;). Ramai tetamu yg datang.
 
nape Cik ADO K.Trg wat muka sebek gitu..? hahaha


majlis nak start. Ada live conference  dgn PM


ahaaa! cik puya sibuk edar kad raya kawen


kata hari wanita kan, terus dpt cenderahati kain batik :). oh comel nye beg riben ku ada 2 mata butang besar. ni dd dudu tgk mesti jeles ni :D 


kesayanganku, buah hati pengarang jantung..ada jerawat bsr tepi mulut..hihihi


ok bukak2 semua, dh dekat nk berbuka. lauk yg disediakan blh thn juga. ada gulai kawah, ikan masak merah, kerabu perut, telur masin, tumis petola dgn suhun, ayam goreng.

Ok itu aje, babai. xde idea bak  buat penutup hihihi..

MySpace

Tuesday, August 24, 2010

Susah hati pasal dia..

Salam uolls,

Tadi ada satu kejadian yg sangat menggusarkan saya. Alkisahnya pagi tadi pakcik botak call katanya dia kena ke Besut ada meeting kul 11. Tiba2 je bos suruh dia pegi. Tapi pegi sendiri sbb driver duk sibuk hantar kurma. Dia ajak saya p sekali tp tak boleh la kan psl saya pun tgh keja, lagipun projek kat Besut memang tak pegi dah. Perjalanan ke Besut dr K.Trg lbh kurang 1 jam. Saya pesan sampai sana call.

Ok la, tengahari kul 1.30 pm pakcik botak call bagitau dah abis meeting. Katanya nak hantar keta g car wash jap. Saya pesan nak bertolak balik ke K.Trg call saya balik. Yelah kita nak tau la status perjalanan dia. Dah lah dia sorang2, risau juga.

Dalam kul 2.30 pm tu saya tersedar. Eh tak tepon pun. Saya pun call la pakcik botak kut2 dia lupa ke apa kan. Call tak angkat. 2 kali juga tapi x berjawab. Saya pikir mungkin dia berenti solat kat mana-mana. Ok rileks dulu.

Tak lama  pastu saya call lagi. Eh,tak  angkat jugak. Call lagi dan lagi dan lagi dan lagi. Banyak nye lagi. Eh betul tak tipu. Saya start call dia dari pukul 2.30 sampai 4.10 pm lbh kurang. Adalah lebih 50 kali. Hati saya dah mula rasa semacam. Kepala start pikir yg bukan2. Taak nak pikir pun tapi terpikir psl 50 kali lebih saya call pakcik botak tak jawab jugak. air mata dah menitik dah.

Pastu saya chat dgn nur, budak opis pakcik botak. Dia kata x balik lg. Saya pun bagitau la dia yg saya call dekat 50 kali tapi tak berjawab. Pastu Nur kata tadi dia tanya TA Majlis Daerah Besut, TA kata dah balik dah. Last2 saya mintak no TA tu dgn Nur. Saay pun call TA tanya la dia. TA kata memang dia yg hantar pakcik botak p carwash tadi, pastu dia balik terus. Saya bgtau dia pakcik botak tak jawab pun. TA pun try juga tapi tak jawab juga.

Perasaan saya masa tu hanya Allah yg tau betapa susah hati sangat. Risau yang teramat. Mata dah bengkak, hidung dah merah.Nasib baik opismate x ramai sgt kat depan masa tu. Dalam saya dengan TA dgn Nur duk discuss2 tetiba masuk call dari pkcik botak.

Legaaaaaaa sangat dpt sengar suara dia. Saya camkan betul2 suara pakcik botak. Mana tau kut orang lain. Pakcik botak kata dia kat Sek Teknik dah (x jauh dgn rmh saya). Saya tanya kenapa tak jawab saya call. Katanya dia lupa nak set profile normal balik. Tadi solat dia silent pastu terus lupa. Adoila, kita ni susah hati sampai sejuk kaki.

Dia jemput saya kat opis. Terus nangis2 tanya kenapa buat gitu. Takut tau kalu jadi apa2. saya terbayang yang pelik2 dah. huhuhu sadis tul pemikiran. Syukur sgt kpd Allah kerana makbulkan doa dan bawa pulang suamiku sengan selamat ;)

Pakcik botak, lain kali jgn buat lagi ye, nanti ai babab u :)

MySpace

Black and White contest

wahai kawan2! jom kita masuk contest ramai2..

Jumpa contest ni dlm blog cik kerak nasi..hahaha comel nye nama blog ;) . contest ni dianjurkan oleh blog creativeheart nih. Peraturannya spt di bwh :-



  • Pertandingan ini bermula 26 July berakhir pada 6 September 2010.
  • Hadiah merupakan wang Ringgit dan akan dihantar melalui akaun bank. Jumlah dirahsiakan.
  • Anda hendaklah meng-Upload gmbar hitam dan putih sahaja,  tapiiii gambr sendiri je tau. x leh ambik gambar org lain. Kalu gmbar berdua ada muka kita xpe, dibenarkan.
  • Kena jadi follower creativeheart.
  • Banner atas nie mestilah diletakkan di sidebar blog anda.
  • Tag at least one person. Banyak lagi bagus, dan pastikan orang yang anda tag tu tahu yang dia di tag..
  • PENTING.sila tinggalkan link yg anda upload gambar tu kat komen kat entry contest 
Ok ok jgn cakap banyak, gambar yg diupload adalah......



hanimun in paris.. suka sgt gmbr ni.hohohoho. Okies, sekarang saya mau tag kawan2. Org yg di tag adalah....
  1. dd dudu
  2. cheqna
  3. miss along wani

Monday, August 23, 2010

Berbuka di Sumai Suite Hotel

Salam 13 Ramadhan..

Eh, dah 13 ramadhan? sekejap je kan. Rasa baru lagi sambut 1st Ramadhan. Tulah zaman sekarang ni orang kata sebulan tu macam seminggu jek..hahaha Setahun plak macam sebulan..betul ke..? ;)

Hari ni Bhg Kerajaan Tempatan anjurkan majlis berbuka puasa di Sumai Suite Hotel. Dan saya follow je pakcik botak.. hehehe

Cakap tulis banyak2 tak guna, kita layan gambar ye ;)

 model wajib. motip buat gitu :P


kak wan semangat cite psl hang tuah fail spm..kahkahkah


the newlywed, najwa dan farizul. bakal menjadi mommy n daddy

lauk berbuka nye ada macam macam. ada gulai kawah, ikan bakar, murtabak, roti canai, kuih muih..


ada  ikan singgang, sayur mayur dan bnyk lagi lah..saya malas nak round habis..


cuba teka mana satu saya punya? hehehe

 geng2 kontrol macho..hahaha jgn marah..

Bagi saya makanan di sini macam macam jenis. u name it, u got it. ces ckp org puteh plak. betul tak tipu, banyak gile. saya cuma ambik nasi goreng skit dgn lauk ayam 2 potong, buah dan 2 keping kek butter nipis. pastu air cendol dgn yee mee ratna skit. sebab makanan bnyk sangat so tak tau dah nak makan apa. Nanti banyak makan ngantuk plak nk terawikh.

Oh, itu je laporan berbuka puasa utk hari yg ke 13. kita jumpa lagi di lain waktu. babai...

MySpace

Berbuka hari ke 12

Hari ke 12 berpuasa, pakcik botak menerima jemputan untuk berbuka bersama geng2 TCS batch 2009. Tak ramai mana pun dalam 10-12 orang gitu. 

Cik ADO Pej daerah K.trg tukang jadi urusetia. Berbuka di Restoren Ulik Mayang dekat Sek. Agama Khairiah. Bayaran pada mula nya RM 20/person tapi bila sampai dia bagi balik baki RM 5. Katanya dapat RM 15 saje per person.

Menu berbuka adalah nasi putih, daging merah, tomyam, ikan siakap bakar, kailan ikan masin dan udang celup tepung.

Masa smpai je ada 2 orang yang bakal kawen musim raya ni duk sibuk edarkan kad kawen. Hehehehe ambik kesempatan terus sementara dah jumpa ni . Kita layan gambar je la ye ;)


oh, ai tak balik rumah ye. nanti tak pasal2 berbuka kat tgh jalan..


Puan ADO Dungun yg baru kawen pakai tudung wrna pink dan Cik Norma yg bakal berkawen raya ke 4 nanti ;)


Cik ADO K.Trg, nadia selaku urusetia majlis di sebelah Cik Safura yg juga akan melangsungkan hari bahagia pada raya ke 6 nanti ;). PSU Pertanian duk intai apa :0


Zatil dan Raez yg cute. Baju Raez sama warna dgn air hehehe


opps sekali lagi..


hepinye Nadia..hehehe kita tunggu kad awak pulak..awak sorang je lagi. hehehe

kesimpulannya makan disini ok la, blh lah tahan kena dgn harga. Tahun depan rasa nya makin bertambah kut. Maybe semua akan bawak pasangan. hahahaha

Hari ni berbuka di Sumai suite Hotel bersama Bhg Kerajaan Tempatan. Pakcik botak kena bagi ceramah. hahaha

MySpace

Sunday, August 22, 2010

Jawapan contest!

Maaf lah uoll, jawapan lambat 2 hari. Alkisahnya lupa nak ambik gambar wat balik..hehehe sorii ye
MySpace
Jawapan yg korang bagi ada yg jauh tersasar, ada juga yg hampir lbh kurang.. 

Kpd yg tak berjaya tu jangan risau. Nanti saya buat giveway plak, tapi kena pikir dulu nak bagi apa ye. Ok so ini lah jawapannnya ;)
 bekas tisu 

Dan pemenangnya adalahhhh............
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Jawapan dia adalah kotak tisu. Kira blh pakai la jawapan tu..Nak tau hadiah ke..?
 Hadiahnye adalah ..

sehelai tudung rozita che wan. Pic credit to Butik My Colours
Along ni dekat je dgn rumah saya. Org trg juga. Nak pos juga ke..? hehehehe. along, nanti kita roger2 ye.. ;)

MySpace

Saturday, August 21, 2010

Berbuka hari ke 10

Salam 10 ramadhan uolls..

Sepanjang 10 hari puasa, semalam (hari ke 10) 1st time tak berbuka kat rumah. Tapi bukan kat restoren tapi rumah pakcik saya kat batu buruk. Pakcik saya dan family kat kemaman nak datang berbuka so roger punya roger pakcik yg kat batu buruk suruh berbuka kat rumah dia.

Siang tu geng-geng mak-mak g masak apa yg patut. hahahaha geng2 yg x jadi mak keja nya membuta :D hahaha xde lah, adik saya yg pompuan 2 org p kursus kawen. Nasib la kena tarikh bulan pose.

Ok ok, kitorang smpai rmh pakcik dlm pukul 6.30, siap2 apa yg patut. Makan kat luar je since ramai kan. macam kenduri plak.

posing itu wajib! hahaha


upacara menyediakan budu, semua berkerumun :D


power la ada budu + durian. saya pun x pernah mkn budu+durian ni. budu saje ok la..hahaha


menu berbuka ayah ku- asam gumpal durian cincau. yg hitam2 tu cincau yg nak letak dlm air bandung tp ayah bantai letak dlm kuah asam gumpal sagu ni..hahaha ayahku memang felik skit kalu bab makanan, dia suka makan pengat + ikan goreng :P hahaha


pakcik botak duk kat hutan taman. banyak nyamok oh duk kat pokok2 ni

Lauk-lauk lupa nak snap. Ada ikan singgang, sayur pedas batang keladi, ayam percik, sup tulang (paling best!), sayur lemak daun kayu, sosej, daging kambing bakar, mi goreng, pengat ubi stela, asam gumpal, durian dan air bandung. tak taulah kut ada yg tertinggal. hehehe saya mkn nasi dgn sup tulang+ayam percik. banyk sgt lauk smpai xtau nak ambik yg mana.

Tapi last2 habis juga psl geng2 mak-mak ni duk tapau wat balik. Blh mkn utk sahur plak.

budak kecik ni duk main kacau2 hirisan timun dlm besen. xde org sedar.

opps! dh kantoi! hahaha


setelah diumpan dgn handfon baru dia nak dekat..hehehe

Minggu depan dh banyak jemputan berbuka kat luar. Awal2 puasa ni xde lagi.

Oh ye, jawapan utk contest tu saya publish Ahad ye. Sorry sgt2 psl gambar jwapan tu ada dlm pc kat opis. Lupa nak ambik ;)

MySpace