Saturday, July 31, 2010

New family member

Bukan saya yg nak dpt ahli keluarga baru tapi sekalung tahniah buat opismate saya dan isteri ; syahrul dan cikguross kerana bakal mendapat cahaya mata pertama. Mereka baru melangsungkan perkahwinan pd awal bulan lepas.

 cikguross, curik gambar ye..

Syukur alhamdulillah kerana mereka berpeluang utk mendapat rezeki secepat ini..sgt jeles sama kamu berdua...

Tolong, aku sgt sedih skrg...

Imam muda

Semalam tunggu final Imam Muda, saya bajet hizbur yg menang.

Tahniah buat Imam Muda Asyraf ! 

 bersama isteri

Walaupun Imam Muda Hizbur dpt No 2 tp bagi saya kesemua calon Imam Muda ni memang layak menjadi Imam Muda kerana semuanya ada kebolehan masing2.

Sangat terharu sbb di zaman serba mencabar ni skrg ni masih ramai anak-anak muda yang berkebolehan dan berminat utk menjadi imam..tahniah.

Sejuk perut ibu-ibu dioarang ni kan..Suka tgk wife Imam Muda Hizbur. cantik, manis, sejuk mata memandang.. so sweet kan..

Imam Muda Hizbur dan isteri

* Kedua2 pic Imam Muda dan isteri ini saya jumpa dlm blog ini. 


kredit kpd tuan punya blog..

Thursday, July 29, 2010

Pendiding ilmu hitam dan sihir

Salam uolls,

Saya nak kongsikan ilmu yg diperolehi dari Majalah Harmoni keluaran Ogos 2010 oleh Ustazah Dato' Siti Nor Bahyah Mahmood. Ini adalah amalan-amalan yg boleh diamalkan sebagai pendinding utk mengelakkan dari ilmu hitam atau sihir.

Amalkan makan tamar/kurma ajwah
Nabi saw bersabda: " Barang siapa makan 7 biji tamar ajwah setiap hari, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan dari racun atau sihir yang terkena pada hari itu". - (Bukhari)

Berwuduk sebelum tidur
Nabi saw bersabda: "Barang siapa berwuduk sebelum tidur, sihir tidak boleh memberi kesan kerana ia dikawal ketat oleh malaikat malah malaikat berdoa kepada Allah : " Ya Allah, ampunilah dosa hambamu ini kerana dia tidur dalam keadaan bersuci". - (Bukhari)

Rajin solat berjemaah
Nabi saw bersabda: "Mana-mana kampung / kawasan yang tidak mendirikan solat berjemaah, meskipun tiga orang, nescaya akan didampingin syaitan. Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya". 

Baca doa masuk tandas
Tandas adalah tempat kotor yang merupakan rumah syaitan. Sekiranya doa tidak dibaca, syaitan akan cuba mengusasai bila seseorang itu masuk tandas. " Ya Allah, aku mohon perlindungan daripada segala kekotoran dan gangguan syaitan."

Solat tahajud
Rajinlah solat tahajud agar syaitan tiada ruang untuk menguasai diri seseorang.

Amalkan doa-doa pelindung diri.
  • Al-Fatihah
  •  Membaca tiga Qul setiap hari iaiti surah Al-Falaq, Al-Ikhlas dan An-Nas.
  •  Nabi saw bersabda : " Barang siapa yang membaca tiga Qul ini sebanyak tiga kali pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu." (Bukahri)
  • Ayat kursi, Nabi saw bersabda : "Barang siapa membaca ayat kursi sebelum tidur, dirinya sentiada didalam pemeliharaan Allah, syaitan tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke pagi."
  • Bacalah dua ayat terakhir surah Al-Baqarah, ayat 285 dan 286.
  • Nabi saw bersabda: "Barang siapa membaca kedua-dua ayat ini dalam satu malam, maka kedua-dua ayat tersebut telah pun mencukupi baginya. (Bukhari).
Pagar diri ketujuh
Amalkan doa ini untuk selamat dari penindasan manusia yang berniat jahat. " Wahai Tuhanku, selamatkan lah daku dari kaum yang zalim." (Doa Nabi Musa a.s, didalam surah Al-Wasas ayat 21).

Pagar diri kelapan.
Banyakkan berzikir kepada Allah, beristighfar dan berselawat ke atas nabi saw.

Hijau

x sedar ketiga2 blog saya warna hijau..



jalan2 @ terengganu .boleh menang ke x ni..hahaha malas gile ak update..

Autopublished.

Monday, July 26, 2010

Hati-hati dgn Sos Prego

Kawan-kawan yg dikasihi, sila baca kisah ini. 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Saya ingin memesan kepada anda andainya anda membeli sauce tomato yang digunakan untuk memasak speghetti mestilah hati-hati.

Semalam,setelah memasak nasi, udang goreng dan etc. Anak saya nak makan mee speghetti.  Memandangkan bahan-bahannya semua cukup, saya pun masakkanlah. Bila speghetti dah selesai dimasak, anak saya Kamal pun bertanya, umi daging kecil yang masin sedikit itu daging apa? Si abang Salim pun jawab rasanya macam keju balls.Dikunyah rasa asin-asin.

Anak saya Kamal makan sampai dua pinggan, sedap sangat spegetti Ummi masak dan kebetulan pula memang favouritenya, saya cuma sepinggan kecil sekadar nak rasa. Setahu saya sauce speghetti biasanya tomato dan kadang-kala ada mushrooms tetapi yang ini lain sedikit.

Saya pun bergegas ke dapur, pergi lihat botol sauce yang diberi nama Italian Sausage for Speghetti keluaran PREGGO made in USA .

Ligat mata baca label pada botol, hati dah tak sedap, tekak rasa mual macam orang hamil.

Tiba-tiba terlihat INGREDIENTS: tomato,bla-bla,bla-bla..... ... pork minced meat!

Astaghfirullaahalaziim........ ........ saya masak speghetti dan saucenya mengandungi babi. Yang dah termakan babi semuanya terperanjat!

Yang nak diet anak perempuan Maryam dan adik lelaki Muhammad terselamat kerana mereka makan nasi.  Kuah sauce spegetti dengan kualinya sekali saya buang..

Yang tertelan spegetti babi terludah-ludah kesal tak sudah.  Semoga Allah ampun dosa kerana alpa untuk membaca ingredients sebelum membeli.  Saya kira sauce tomato manalah ada taruh daging babi. Kata orang tua-tua mimpi makan daging babi nak  dapat
REZEKI tapi kalau makan bukan dalam mimpi apa nak jadi? 40 hari doa tidak
dikabulkan Allah andainya makan benda-benda haram.

ASTAGHFIRULLAAHALAZIIM. Siapa-siapa ada air zam zam mintalah sedikit, saya nak bersihkan perut  yang termakan babi...... tolonglah sampai sekarang rasa jijik dan mual. Taubat tak nak masak spegetti lagi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Saya dapat maklumat  ni dari email kawan-kawan. Terkejut betul masa baca. Saya memang suka makan spagethi. Sanggup belajar sebab suka makan. Saya tau Sos Prego ni antara yg paling glamer kalu nak buat spagethi. 

Tapi setakat ni saya tak pernah beli lagi pasal saya lebih suka yang Kimball punya. Lagipun sebab utamanya di botol tersebut tiada logo halal. Saya pernah buat n3 psl sos prego ni kat sini. Tau je lah kan, bahan2 utk wat spagethi ni bnyk import punya. so kena check betul2 yg ada logo halal.

Info ini utk dikongsikan bersama anda semua.

Tahniah

Sekalung tahniah buat Najwa dan Farizul kerana bakal dikurniakan ahli keluarga yg baru. Mereka diijabkabulkan pada 5 jun 2010 baru-baru ini.


Tahniah juga buat farah (opismate saya)  kerana selamat melahirkan seorang baby boy pagi tadi..


:-/

Saturday, July 24, 2010

Lan Banana & Baulu Kak Sal

Kali ni saya nak bagitau ada satu tempat yang kalau saya lalu jalan tu je mesti berhenti nak beli air..Sebenarnya gerai jual goreng pisang. ia terletak di Simpang Tokku jalan menghala ke wakaf beruas. lepas simpang sikit je terus jumpa gerai tu. sape org trg tau rasanya kat mana. :-)

Nama gerai ni Lan Banana..hahaha unik betul. Saya dah ketagih air jagung dia. sedap giler wehh..

kedai ni di buka dr 10 pagi- 6 ptg. ada mcm2 yang di jual di sini. ada goreng pisang, keropok goreng, jemput pisang, jemput bawang, mi goreng, nasi goreng, kuih karipap 4 segi, ABC, air jagung. fuhh banyak tu. tp favourite saya air jagung dgn jemput pisang. sedaaap.

 ni rupanya air jagung yg buatkan saya ketagih. dia letak jagung dlm tin, pastu air batu parut. campur dgn air nisan dan last skali susu cair. perrghh mmg meletup la..rasa dia ala2 cendol tp ada jagung.


pakcik imam botak kata sedaaappp.

Pas beli air jagung, mak nak beli baulu  pulak. berhadapan dgn Lan Banana ada gerai Baulu Kak Sal. Sedap baulu dia, cute je.

emak sebagai model ;-P


tgk, abbynofanaskova jadi model hahaha

 
gebu gebas baulu dia. sedap. sila la beli :-) tolong promote.

Monday, July 19, 2010

Misha Omar

Semalam kan saya ada paper Kosmo. Suka tau baca Kosmo ni psl isi kandungan dia simple je dan menghiburkan. Baca punya baca, belek punya belek ternampak la gambar cik mek molek Misha Omar kat ruangan hiburan rasanya.

Saya ni xde lah minat sangat dgn di ni tapi saya suka suara dia yg saya rasa merdu sangat. Memang lain dari artis2 wanita yang lain.

Ruangan tu cite osl kisah dia berlakon teater Udan dan Dara tu. Nk dijadikan citenya, saya perasan muka dia nmpk lain. Tilik punya tilik rupanya dia dah  buang braces kat gigi dia..waah patutlah nmpak makin manis senyuman. Dah cantik gigi dia sekarang. senyuman pun makin menawan.

ni masa zaman dolu2 (pic credit to google)

ni yg terbaru..

cantik kan dia sekarang..


1st time buat entry pasal artis..hahaha layankan aje... :-)

Friday, July 16, 2010

Masak2 - Hotpot potatoes

Sebenarnya dh lama berhajat nak buat ni..since oven pun dh beli bulan lps, so ingt malam ni nak buat le..
Td balik opis singgah Giant cari bahan2 mentah. try and error la buat ni. kalu sedap alhamdulillah, kalu x jadi lain kali cuba lagi..Saya letak resepi saya di sini. Sedikit berbeza dgn resepi asal dari blog irmadilondon ye.. thanks to irma kerana sudi berkongsi resepi..

Bahan2 :-


1 peket sayur campur
daging cincang 
Buah tomato - potong dadu
2 ulas bwg putih dan sebiji bawang holland utk menumis
4 biji ubi kentang saiz besar.
kiub ayam

Cara2:-

  1. Tumis bwg putih dan bawang holland sampai garing.
  2. Masukkan tomato dadu, rempah kari. Gaulkan.
  3. Masukkan kiub ayam dan gaul sampai hancur kiub.
  4. masak hingga  hampir kering. (kalu nak kuah boleh tambh air dan tepung jagung utk kasi pekat).
  5.  Garam gula secukup rasa. bila dah masak, sila tutup api ye..
  6. leserkan bekas dgn minyak, dan tuang adunan ke dalam bekas.
  7. adunan biar rata,kemudian susun ubi kentang di atas adunan tadi rapat-rapat.
 susun mcm ni, kasi meliputi sepenuhnya..


 taburkan cheese atas kentang tadi dan make sure ia diliputi sepenuhnya.

 
dah masuk oven..

9. Bakar selama 50minit - 1 jam dan suhu 180 darjah celcius.

Alhamdulillah, cukup semuanya. semua blh rasa walaupun x nampak mcm irma punya pun..saya banyak jg x  ikut irma. cari bahan mana yang terpilih je..hahaha

Dah tau nanti blh exjas sndirik..rasa sedap tp maybe x sesedap irma..hahaha

~Thanks to irmmadilondon ..ngantuki gile, mau tido. nite2 smua..

Saturday, July 10, 2010

Ok dah..

Oh blog ku sayang..kenapalah engkau tetiba buat hal..

Sekarang ni sedang bersiaran secara x langsung dari Seroja Inn tepi Wakaf Che Yeh..Pagi td bertolak dr K.Trg, esok balik le..1st time tau dtg wkf che yeh ni..hahaha pakcik botak la ni, nak jalan2 p KB, saya apa lagiks, PANTANG DI AJAK..hahaha huruf beso lg kau..

Saje je nak jalan2, asyik p belah kuantan je, kali ni kita tukar angin p KB lak..best2..! 

 tok bali's bridge..hahaha ckp omputeh wa ckp lu..

kito ambek jale ko KB deh

sapa doh seroja inn, kawe tido sini le

 Ptg td pas zohor p parkson, pastu jumpa butik Akemi, skali ada offer kau..! hapa lagi pilih jgn x pilih..hahaha rembat le comforter dgn bantal 7 hole 2 bijik..comforter tu simpan pakai rmh baru nanti, bantal tu pakai terus la..hahaha. Sejak2 pakai comforter ni rasa x sesuaiiiii dah pakai selimut biasa..menggigil uoll bila pakai yg biasa tu..

makan di radix fried chicken..boleh tahan rasa nye cuma menu x banyak tp utk alternatif selain kfc boleh try rfc..dah lama kitorang cari rfc ni last2 jmpa sini..

pakcik botak nak amik background, ingt dia x masuk saya sekali, tu yg muka pelik tu..hahaha

pakcik model di dpn KBTC, masa ni pas round pasar siti khadijah. kitorang smpai kul 5 lbh org dh nak balik meniaga dah..

td p wakaf che yeh plak..round2 beli tikar buluh, mak kirim tikar plastik..ni sayur2  yg berbungkus2 ni utk jual tgh mlm nanti..banyak giler uoll..

beli salak selatan madu 2 kg. 1 kg rm4, rasa mcm murah biasa saya beli rm6-rm8 per kg. terus beli 2 kg..tamak! hahhaa


seronot tgk abg ni jual barang..dia main lelong2 barang murah gileerrrrrr.yg dia bagi free pun ada.. pastu siap dpt hadiah free lps beli barang tu..xtau cmne dia dpt untung. td dia jual 2 pcs spek rayban yg katanya berharga rm280 tp sbb ada reject skit so kena reject la, dia siap toreh, bakar lagi tp x jadik apa2 pun kat cermin tu. katanya original dia jual 2 pcs dgn harga rm30 siap percuma tali pinggang..xtau la kut2 replika tp entah la..masa dia buat ujian tu semua mmg ok la x jadik apa2..klakar  tau, ramai yg mai tengok..

hahaha kesimpulannye saya rasa ini bukan kali terakhir saya dtg sini, confirm akan datang lg..hahaha

~harap blog ku x buat hal lagik..

Friday, July 9, 2010

Tolong saya.............!!!

kenapa blog saya jadi mcm ni..?? tolong ! Tolong!




adakah sbb dh cukup limit gambar?



Thursday, July 8, 2010

Bloglist kawan2

Ari tu dgn muka x malunye mintak pertolongan dari adik dd dudu ni utk buat 1 belog yg ada bloglist je, xnak post2 entry..

dd dudu yg baek hati ni telah berbesar hati menggodek lalu jadi lah belog ini..


pastu aku kan gatal tgn, so godek2 nk tukar background, skali jadi lain plak..hahahapadanmukaaku

belog yg simple je xnak la vogthevass gtu..hahaha vogue ke..?


tp yg jadi masalahnye..............................

yg dalam bulatan merah tu..ada label dlm kotak 'no post', 'Home' dgn 'subscribe to post atom'.. cmne nak buang benda tu..??

sape blh tulung...?? kena mintak tulung dgn dd dudu jugak.nih..tp tu pun kalu dia baca belog nih..hahaha

update

td buka nuffnang setelah sekian lama x bukak..sekali dia menjerit..dahmarah psl lama x update..

xdok idea la uolls = malas.. hahaha

dah merah..lama x update..

hahhaaa aku dah ada modal..

jeng jeng jeng.. brooch ni encik joe 7 yg belanja kena paksa..hahaha

close up skit.. maceh joe..lenkali belanja lg ye..hahaha

hahhaa siap 1 n3..babai..

~Esok mau ke KB, ann cayam tungguuuuuu.....

Saturday, July 3, 2010

Cute birdy

tweet tweet tweet... tweet tweet tweetttt..

bunyi apa tu..??  oh bunyi burung rupa nye  :-) 

burung apaaa..??  burung muraai..

burung apaaa..?? burung murai....

hahahhaa apa cite psl burung nih..? blog saya ada 2 ekor burung kiut sebagai pelakon utamanya..umpamanya saya dan pakcik botak la kan..


eh ada lagi sekor le burung merah kat tepi tu....haaaa ni nak citer nih..td masa duk jln2 blog kwn2 terjumpa la blog aizat-umur-19-tahun ni.. kreatif eh dia ni..

so saya apa lagi try test kat blog ikansinggang dulu..menjadik..pastu letak kat blog ni plak..hahhaa nasib baik jadi juga..hahaha many thanks to aizat sbb reka birdymood ni..hehehe. kalu nk try korang klik kat bawah ni ye..step nak letak birdy ni pun ada..


apa lagi..meh pakat letak dlm blog masing2..nanti sama2 ucap terima kasih pd aizat..hehehe

Friday, July 2, 2010

Mata oh mata

Salam uolls,

Hari ni saya mc lagiks..

ai sakit mata uolls..

uii bertahun dh x kena sakit mata nih..alkisahnya pagi semalam dh bengkak skit, pastu ada rs senak skit..oh mcm nk sakit mata tp x merah pun..xpe abaikan je..

pastu pagi ni bangun tdo bengkak lagi..p klinik trus doc bg mc..katanya bila lepas mkn ubat nanti mata akan jd makin bengkak..waaaa takutnye..tp kejap je pastu hilang le..

harap2 jgn bengkak lama2..

dlm sakit mata pun dh separuh new moon aku baca..hahaha best2..