Friday, April 30, 2010

Si penjual buku..

 Salam uolls,

Ofis saya terletak di tengah2 bandar Kuala Terengganu..bersebelahan ofis saya ada LHDN, Maybank, Cimb dan deretan kedai2..Berhadapan pulan ada RHB Bank, Cosmopoint, Kedai kain Salem Aziz, Affin Bank, dan jg deretan kedai2..

Dan di kawasan kedai2 dan bank2 tu bnyk la kereta yg parking sekejap smntara nk tggu ahli kluarga pi bank ke, kedai kain ke, g kedai ke..so saya tgk kwsan ni mmg menjadi tmpt tumpuan utama si penjual2 buku yg merayau2 cari pelanggan yg tunggu dlm kereta..

Saya x tau diorang keja dgn company mana tp sy jg pernah di promote..bnyk jenis buku, ada bacaan kanak2, keagamaan dan bbrp jenis lg..tp sy x beli lah..

nmpk x prmpuan tu tgh promote kat tepi kereta..

promote habis2 habisan..sian tgk diorang ni..jarang sgt yg beli..tp diorang x malu demi mencari rezeki..sy respek jg diorang psl mmg muka kena tebal le..

promote kat kereta lain plak..

kat tmpt korang ada ke mcm ni..? sy rasa diorang ni siswazah tp sbb xdpt keja yg seswai kut..sbb diorang ni mmg pandai bercakap..rezeki masing2 kan, Allah yg tentukan..

Wednesday, April 28, 2010

Sekadar renungan utk tatapan bersama

 Salam,

Kisah ini sy dpt dr officemate saya..mngkin ada dikalangan anda yg pnh baca kisah ini..apapun pd mulanya, sy malas nk baca psl pjg sgt tp bila dibaca separuh perenggan amat menarik skali..ia bnyak terjadi dlm kehidupan seharian kita...

                     ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.

“Mengapa?” balas saya.

“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”

Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”

Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.

“Oh ramai encik…”

“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”

Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.

“Kakak, boleh saya bertanya?”

“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.

“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”

Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”

Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.

“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.

“Maksud encik?”

“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”

“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”

“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”

“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”

“Maksud kakak?”

“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”

“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”

Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.

“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.

“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”

Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”

“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’

“Pasti ada! Insya-Allah.”

“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”

“Subhanallah!”

“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”

“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”

“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”

“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”

“Maksud encik?”

“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”

“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”

Giliran saya pula tersenyum.

“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.

“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”

“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”

“Maksud encik?”

“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”

“Kenapa?”

“Kita akan sakit jiwa!”

“Kenapa?”

“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.

“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”

“Ah, kita terlalu ego…”

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?

SUMBER: .

sekadar renungan pada saya dan semua.. 

                    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tuesday, April 27, 2010

Suatu pagi di Kuala Terengganu

Assalamualaikum...

Bumi Kuala Terengganu hari ini disimbahi hujan yang melimpah2..hmmm dh lama x hujan kan, sekali hujan ambik kau..siap ada pakej guruh dgn kilat lg..seriau ai tgk kilat tu..hehehe

Maren ms otw ke Kuala Berang pun dh nmpk tanda2 nk hujan kat hujung2 bukit sana..smpai je kat ajil hujan turun lebat selebatnya..seronok plak tgk air dari longkang mencurah2..tp yg x syioknya keta ofismate saya kena selut..hahaha nasib le kalu beli keta wrna putih..hahaha

Pagi td ms otw ke opis pun dh renyai2..dlm setengah jam kmdian, opismate ckp mcm malam kat luar, so sy jenguk kut tingkap bilik bos..terkejut wa ckp lu..gelap guguk..hahahaha betullah mcm malam..

yg tinggi tu felda residence..xnmpak apa dh blkg tu..

yg bnyk lampu tu jln bukit kecil..keta2 smua kena psg lampu psl udah gelap guguk..haahaha

lama x hujan, bila hujan siap pakej gelap gulita lg..


Apapun bersyukur lah pd Yang Maha Esa kerana hujan ni merahmatkan dan menyegarkan hidupan yg selama ini kepanasan..

hati2 juga jgn main2 hujan sgt nt demam xleh keja..hahaha eh tp best jg kalu mc x yah g keja..hahaha

Saturday, April 24, 2010

Blog pelancongan negeri..

Salam,

Saya telah memasuki satu pertandingan blog pelancongan negeri trg..so kena create satu blog yg entrynya psl terengganu le..kalu ada masa korang singgah kat sini ye..


Kalu nk tau maklumat lanjut psl pertandingan ni blh klik sini..  http://trgtourism.blogspot.com/

Manalah tau kut2 ada yg nk masuk...heehhee

Monday, April 19, 2010

Hari ni saya puasa tp sgt penat tp berbaloi2..

Salam uolls,

Hari ni saya pose tau..bnyk hari lg x ganti ni..abis hari ni ada 8 hari lg..total semua 15 hari tinggal..seksa ooohh nk habis..

Bajetnya ari ni x kemana2 la sbb tu pose tuptup pak ali plak tepon mintak dtg ke kolam..adus dahle aku malas nk kuar ni..dgn bju kurung heels lg..xpe, belasah je la..

Smpai kat kolam fikri dlm kul 12.30 bncg2 dgn pak ali pastu pak ali ajak p kait buah pelam..haiis mak suka noks! hahaha..
dapat 1 supit besar buah pelam muda nih..haiisshh bestnye..gigih anak pak ali panjat pokok demi kami berdua..

dpt nangka muda sebijik, pastu potong separuh bagi ke dayah..nt mak buat masak lemak gulai nangka..sllurrpp menjilat bibir la mkn..hahaha


pastu p rmh pak ali kutip buah jambu golok ni..suka suka suka tgk buah dia gumuks2..comel!

pastu mintak anak poko pelam ni..hahaha pak ali dgn baik hatinye bagi kat kami 4 anak poko..saya amik 2, dayah amik 2..gile kemaruk dgn buah pelam smpai ambik pokok.. pokok ni nak tanam kat rmh baru nt..


sgt best ari ni walaupun penat puasa tp berbaloi2..hahhaa

Saturday, April 17, 2010

Punggung Sin Chan

Salam uolls,


Apa kena mengena tajuk aku dgn buah salak jeruk ni..??


Dh tu siap mkn ramai2 lg..hahhaa xde kaitan lgsung dgn sinchan..


hahaha tu yg punngung sinchan...tgk betul2 budak2 ni kata mcm punggung sinchan..hahahhaa

Monday, April 5, 2010

Bbq @ Sg. Como, Tasik Kenyir

Assalamualaikum..

Minggu lepas tetiba je rasa nk wat xtvt dgn bebudak opis..bulan lps dh wat bbq tp bbq tgh hujan..masa tu mlm sblm lwtan MB..last minit pnya plan..

So minggu lps ckp dgn faizal ajak dia wat bbq..dia kata dia nk g memancing kat Como, wat bbq kat sana la..saya kata ok jg tp kena tnya persetujuan ramai le kalu ada yg berminat boleh proceed..

Sebenarnya Sg. Como tu salah satu projek perikanan yg saya jaga..so kadang2 budak2 ni selalu lepak mancing kat sana..tempatnya memang cantik..keindahan tasiknya, kehijauan hutan, bukit bukau yang kadang2 dilitupi kabus..oohh memang mendamaikan..

setibanya di como,budak2 x ramai lg yg smpai..so lepak kat pejabat operai dulu..


1 blok sangkar yg berlatarbelakang kehijauan hutan..

ada 10 ekor burung, tembak seekor berapa yg tinggal..?? hehehe

sungguh mendamaikan..

 helang bebas terbang..

standby utk bbq..

nk turun bawah pun mencabar giler..nmpak x air terjun tu..best2..!

cantik air terjun ni..tp kitorang x turun bawah psl tinggi sgt..

start ingat api utk bbq..bg budak2 laki je la..hahaha

acara mengail ikan-ikan kecit..hahaha

larikkkss..ada bujang senang..eh bujang ni x senang dh psl bru kawen bln lps..hahaha

bestnye budak laki main bergayut kat tali pastu terjun..org pmpuan tgk je la..

air terjun bwh sinun..x turun psl tinggi sgt..

sebelum balik, p mancing kat tasik jap..hahaha..

kesimpulannya..xtvt ni mmg best, walaupun hujan sekejap masa bbq tu tp mandi tetap mandi..next time blh buat lg..

jadi kpd anda smua yg suka sgt melancong ke luar malaysia..bandung la, vietnam la, chinna la..xyah la..explore la negeri kita ni..banyak lagi tempat2 yg cantik dan belum diteroka..

Jom jalan-jalan di Terengganu!  =)

Friday, April 2, 2010

Dari Allah kita datang, kpd Allah kita kembali..

Innalillah.....


Pelawak Din Beramboi telah kembali ke rahmatullah semalam...Sedih juga psl sy suka dgr drama sebabak dan paling suka sawancara dgn pak nil kat era pagi2 masa nk g opis..


Salam takziah buat keluarga arwah dan moga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..aminn




Al-fatihah...