Tuesday, November 16, 2010

Puding roti

Lama dh berangan nk buat puding roti ni. Kebetulan masa audit kat sg como ari tu ada la paper harian metro sape ntah. Belek punya belek nampak la resepi ni kat tengah2. Hahahaha terus salin..huhuhu

Tapi saya tak buat kuah kastard tu, just buat puding je.. sila tgk resepi ye kwn2. Terima kasih kpd saudari mysara yg menyumbang kan resepi ni dlm Harian Metro ;)

Bahan2 :-
  • 3 cawan susu segar
  • 3 biji telur
  • 3/4 cawan gula perang
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 buku roti keping
  • sedikit kismis untuk hiasan

Cara2:-
  1. Hiris kulit tepi roti. Potong kecil (dadu) roti yg telah dihiris tepi.
  2. Dlm bekas lain, masukkan telur, susu segar, gula perang, guka dan esen vanilla. Kacau hingga sebati.
  3. Masukkan roti yg telah dipotong tadi ke dalam campuran susu tadi dan gaul sehingga ia rata dan biarkan sehingga kembang.
  4. Sapukan mentega pada bekas pembakar.
  5. Masukkan adunan roti yg telah kembang ke dalam bekas pembakar dan ratakan.
  6. Taburkan kismis sebagai hiasan.
  7. Bakar adunan pada suhu 160 darjah celcius selama 40-50 minit. 
  8. Dah siap! boleh makan skrg..

belum masak lagi

dh siap dah..  ;)


pakcik botak kata sedaaapp.. pandai isteri abg masak. ngeee

Senang giler uolss, sekejapan aje..mkn pun sedap ;)

5 comments:

  1. cedapnye..nyum2.kite pun suke wat puding roti..;p

    ReplyDelete
  2. mesti sedap tu..tingin buat .tp tade oven lak

    ReplyDelete
  3. salam perkenalan,

    saya suka gantikan kismis dgn choc chip :).

    kalau nak bau best, letakkan cinnamom powder. bila tengah bakar, bau satu rumah.

    ReplyDelete
  4. noma nix,

    yum yum!



    atty,

    ala kty, beli yg murah2 je..


    saudah,

    salam kenal, blh try next time ;)

    thanks :)

    ReplyDelete
  5. nanti saya gi terengganu awak buat ehh..nih feveret saya tau...:)

    ReplyDelete