Thursday, August 5, 2010

Kematian..

Dekat2 nak puasa ni banyak pulak terima berita orang meninggal. Seingat saya kalu dekat nak puasa mmg macam tu, dh smpai ajal mereka kan..

4 hari lepas, mak jiran depan rumah saya meninggal. Bulan lepas sepupu pakcik botak meninggal sbb sakit darah tinggi. Semalam ayah kawan saya merangkap pakcik sepupu meninggal, sakit jantung, Tadi petang pegi ziarah mak kawan satu kampung meninggal. demam pastu kuman serang otak. tapi itu penyebab kan, hakikatnya ajal dia dah sampai..

Al-fatihah buat mereka, semoga ditempatkan dikalangan golongan yg beriman.

Siang tadi saya x duk opis, pagi ada meeting kat kenyir. abis meeting pegi setiu plak. dari kenyir saya dgn dayah lalu kut sg tong, pastu berhenti kat simpang 4 guntung luar berenti makan. tgh2 mkn dengar bunyi kereta brek pastu bunyi berdentum. 

Masa saya pusing tengok ada van terbabas rempuh kereta yg sedang berhenti kat traffic light. dayah bagitau van tu laju maybe kejar lampu hijau pastu dia nak ke kanan jalan tapi x lepas corner terus rempuh kereta.

Saya nampak pemandu van tu kluar dari van yg terbalik jalan hencot2. Yang sedihnya dlm kereta tu seorang ayah baru balik dr ambik anak2  3 org dr sekolah. pakcik situ yg pegi tgk bgtau 2 org  budak maybe meninggal, darah penuh kat muka, sorang lagi x sedar. ayah dia maybe cedera kut sbb van tu rempuh bahagian penumpang.

Ya Allah sedihnya masa pakcik tu bagtau. x pasal2 budak yg x berdosa jadi mangsa. memang salah pemandu van tu. Mesti mak budak2 tu kat rumah sedih kan bila dapat tau berita ni. X dapat saya nak bayangkan.

Memang  ngeri betul. depan mata saya kereta tu dirempuh. Yg ironik nye, kereta kami pun berada di tempat yg sama dgn tempat kereta yg dirempuh tu dlm 10 minit yg lalu. Juga berhenti tunggu traffic light hijau. saya x perasan, bila dayah sebut td baru ingat. Ya Allah, td kitorang berada ditempat tu. Seriau satu badan.

Sama2 kita doakan keselamatan budak2 tu dan ayah dia.

* update jumaat - saya dpt tau budak 2 org tu meninggal. innalillah..Al-Fatihah

5 comments:

  1. doakan kesejahteraan mereka....kalau meninggal sedekahkan AL- FAATIHAH...--pakcik botak

    ReplyDelete
  2. agree, sama2 kita doakan kesejahteraan mereka

    ReplyDelete
  3. al-faatihah buat mereka yg pergi..

    ReplyDelete
  4. kesian bdk tuh..sbb kecuaian,org len jd mangsa..

    rindunya Setiu..

    ReplyDelete
  5. update : hari ni (jumaat) dpt tau budak 2 orgh tu meninggal..innalillah..

    ReplyDelete