Friday, August 13, 2010

Bantuan anda amat diperlukan

~ Ini entry sticky mode. Sila scroll down utk entry baru.. ~

Saya terpanggil utk buat entry ni setelah terbaca kisah Puan Alia Haryanie. Beliau adalah seorang ibu tunggal kepada 3 orang anak telah mengidapi penyakit saraf (Guillan barre syndrome A.I.D.P Axonal Variant) iaitu lumpuh separuh badan, enemia dan chronic gastritis (usus terlalu nipis) . Beliau telah lumpuh separuh badan dan kemungkinan besar akan hilang deria penglihatan.

Lagi memburukkan keadaan, beliau ditinggalkan suami yg tidak mahu berkongsi tentang apa yg berlaku ke atas beliau. Boleh rujuk blog Puan Alia Haryani.



Cuba kita fikirkan sejenak, apa yg dirasa sekiranya kita juga mengalami situasi yg sama? Diri sendiri sakit, anak2 juga memerlukan perhatian dan kasih sayang. Belanja harian dan perubatan perlu di cari tapi dlm keadaan beliau sebegini, apa lah daya Puan Alia Haryani. Nak harapkan suami memang xde harapan.

Oleh itu, saya harap sudilah kiranya kita sama2 mendoakan serta menghulurkan sedikit sumbangan kpd beliau. Amal jariah ini lah yg bakal memberi kita saham di akhirat kelak. Ikhlaskan diri anda. Semoga diberkati dan dirahmati Allah hendaknya.

Sebarang bantuan dan pertanyaan boleh hubungi :-

Puan Alia Haryani bt Mat Hussin  - http://aliaharyanie.blogspot.com

No. telefon : 017-6188691

No. Akaun Maybank  : 164034266923
Semoga bantuan dan doa kalian mampu meringankan beban Puan Alia Haryani. Ingatlah bahawa masih ada insan yg memerlukan bantuan dikala kita sedang bergembira.

Terima kasih.

4 comments:

  1. makaseh singgah blog...=) nak tengok jugak apa yang dapat tolong akak ni nanti...

    ReplyDelete
  2. hamzah Ian,
    mudah mudahan..

    lady,
    kita sama2 doakan dia..

    amni,
    hulurkan tangan ringan kan beban..

    ReplyDelete