Friday, May 28, 2010

Encik Abas Demam

Salam uolls,

Ari tu kan baca la akhbar Teganu Kita..surat kabar free yg pakcik botak wat balik..belek punya belek nmpak la sesuatu yg menarik perhatian..

Ada satu resipi yg memang unik la namanya iaitu  - Encik Abas Demam..

Sbgai warga Trg sejati, saya sendiri x pernah dengar nama makanan ni.. x sangka nama tu boleh jadi nama resipi..hahaha


Saya x dpt bayangkan mcm mana rupa makanan tu..tgk gambar je lah ye..ini saya letak resipi kalu ada sape2 yg teringin nak buat Encik Abas Demam ni..

Encik Abas Demam

Bahan2  (A) :-
  1. 8 cawan sagu rembia
  2. 8 cawan air
  3. 2 cawan gula
Bahan2 (B-kuah) :-
  1. 1 biji kelapa
  2. 6 ulas bawang merah
  3. 2 ekor ikan kembung
  4. Sedikit halia
  5. Sedikit halba
  6. Garam secukup rasa
Cara2  (A):-
  1. Satu kan ketiga2 bahan A. Letak di atas dapur dan kacau sehingga pekat.
Cara2 (B) :-
  1. Ikan dipanggang, kemudian ambil isi sahaja dan hancurkan.
  2. Campurkan kedua2 bahan (ikan) dan bahan2 utk kuah. Letak atas dapur dan kacau hingga masak.
  3. Sejukkan di dalam loyang dan potong sagu rembia mengikut selera. Kemudian masukkan kuah dan hidangkan.
Untuk maklumat lanjut, layari  http://teganukita.blogspot.com

2 comments:

  1. ada nama makanan ni?kena cari ni...ehehehe..unik2

    ReplyDelete
  2. try buat skali tgk cmne rupa..hahaha

    ReplyDelete