Wednesday, July 30, 2008

.......Renungan utk para suami.....

Saya copy ni dr blog -ibukumbang- utk tatapan para suami especially my hubby...

Suatu hari si isteri terbaring lesu setelah penat menidurkan anak kecilnya yang baru berusia beberapa bulan. Si anak ini memang selalu meragam diwaktu malam sejak lahir lagi. Membuat si isteri bertambah lesu.Si isteri memandang kesekeliling, matanya rimas memandang rumahnya yang tidak teratur, fikirannya teringat kain baju yang belum berlipat. Tadi dia hanya sempat membasuh kain dan membasuh pinggan mangkuk.Masa yang ada digunakan untuk berehat. Dia sungguh letih. Inilah dugaan sebagai seorng IBU. Ikutkan hati mahu sahaja dia berenti kerja, tapi apa boleh buat kewangannya masih tidak membolehkan dia membuat keputusan seperti itu.

Baru saja ingin lena, terdengar dia pintu dibuka. Si suami memandang sekeliling terus ke dapur, dilihatnya tiada makanan, pergi ke bilik, dilihat kain baju masih belum dilipat. Si isteri dapat melihat kemarahan diwajah si suami. Si suami masuk semula ke bilik, diambilnya bajunya, dibawa ke bilik tetamu. Dicapai tuala, mandi, bersiap, ambil kunci kereta. Dimuka pintu dipandangnya si isteri, dikeluarkan kata-kata yang berbisa..

"Isteri, awak ini sejak ada si anak semua tidak terjaga, tidak memasak, kain baju di biarkan begitu sahaja, suatu hari nanti jangan menyesal".

Lalu dia keluar dari rumah itu tanpa menghiraukan si isteri yang kelesuan, yang kesedihan dan yang kelaparan.Kantuk si isteri mula terbantut, fikirannya mula melayang, terasa kecewa.. tidak sampai setengah jam si isteri dapat berfikiran waras semula..

"lantakla dia, buat apa aku fikirkan ini semua, dia diluar sana bergembira, aku disini sengsara. Pedulikan semua itu, aku mahu tidur lena demi si anak kecil ini dan masa depan".

Si isteri terjaga mendengar rengekan si anak. "Oh! anakku lapar". Jam didinding di jelingnya, jarum pendek di nombor 5, jarum panjang di nombor11. Si isteri terdengar pintu dibuka. Si suami sudah pulang. Terus masuk bilik tetamu dan tidur pulas. Si isteri bangun melakukan apa yang patut dan keluar mencari rezeki. Tidak hiraukan si suami.

Di suatu hari yang lain, si suami terbaring lesu walaupun sedang bercuti. Si isteri baru sahaja sampai.

"Suami, tolong isteri masak air untuk si anak".


Si suami memandang isteri,

"Isteri, awak tahu tak saya penat, seharian menjaga anak. Si anak ini asyik merengek! isteri tahu tak?"

Si isteri tersenyum, tahu, inilah masa yang paling sesuai untuknya..

"Suami, awak hanya menjaganya untuk setengah hari, saya sudah melalui sejak si anak lahir. Apa yang awak rasa hari ini, adalah apa yang saya rasa setiap hari. Jadi jika saya tidak mampu menguruskan rumah tangga dengan sempurna awak harus faham, dan lebih baik jika hulurkan bantuan. Jika suami tidak suka dan ingin mencari pengganti lain, janga risau, teruskan bersikap ego, dan saya sendiri akan keluar dari hidup suami."


Si isteri terus menuju ke bilik mencari si anak, buah hatinya tanpa mempedulikan si suami.
Si suami tergamam, direnungnya album perkahwinannya. Dicapai, lalu dibuka satu persatu. Dimuka surat terakhir, ada sekeping kad jemputan perkahwinannya. Disitu tertulis kata-kata yang akan mengubah dirinya untuk selama-lamanya.

"Hawa dijadikan Allah dari rusuk Adam, bukan dari kepalanya untuk dijunjung dan bukan pula dari kaki untuk dijadikan alas, tetapi dari sisinya dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat dihatinya untuk dicintai"

Airmata suami mengalir, betapa diri terlalu mementingkan diri-sendiri. Dia terus bangun, menuju ke bilik, ingin dikucup tangan isterinya tanda mintak maaf. Akan dilindunginya kedua-dua insan yang menjadi tanggungjawabnya dan ditebusnya segala kekhilafan yang telah dilakukannya.


**thanks to ibukumbang.blogspot.com

2 comments:

  1. BAGUS CERITA TU...TOLONG2 INGAT-INGATKAN YE.......NAFKAH CUKUP YE.

    ReplyDelete