Monday, July 14, 2008

~::..Rahsia Mata Lelaki..::~

Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah pasangan
kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk
badan wanita itu dapat memikat hati
lelaki.
Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan
syaitan

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah
dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut
perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi
laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah
simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang
nakal jika tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang perempuan
boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal
nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat
seorang perempuan, maka perkara
pertama yang akan dilihatnya ialah
rambut wanita berkenaan.

Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara
oleh seorang lelaki akan rambut wanita
berkenaan.
Oleh kerana itulah wanita wajib
menutup rambutnya.

Apabila rambut wanita itu telah
ditutup, maka mata lelaki itu akan
turun ke bawah melihat bentuk
lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup
lehernya.

Maka mata lelaki itu akan turun lagi
melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah
menutup bentuk payu daranya dengan
melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan turun
lagi melihat bentuk ramping
pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak
ternampak bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula
akan bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan
pakaiannya agar bentuk punggung tidak
kelihatan,
dan lelaki itu akan pula melihat
bentuk pehanya,

maka janganlah sesekali wanita itu
memakai kain yang agak ketat sehingga
terlihat bentuk pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu
akan bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar,
kerana terus-terang pihak lelaki
bercakap,
walau muslimah itu bertudung & berbaju
labuh,
jika beliau memakai seluar,
walau nampak besar sedikit,
nafsu kami lelaki akan terusik secara
spontan,
entah tak tahu Kenapa....?

Mata lelaki ini nakal,
setelah tidak ternampak akan bentuk
kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata
lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk
menolong lelaki itu tidak berdosa,
menutup kakinya dengan melabuhkan
kain,
atau memakai stokinyg warnanya jangan
sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke
atas,
akan melihat pula bentuk tangan wanita
itu,
maka tolonglah wahai muslimah,
agar melabuhkan tudung menutupi bentuk
tangannya yang indah pada pandangan
lelaki.

Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah,
kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin
meminangnya.

Jika wanita itu cukup soleh,
takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi
jenis penyakit,
iaitu mata lelaki itu akan tertangkap
dengan sponta,
jika ia terlihat warna yang menyerlah
atau terang,
apatah lagi jika ianya berada pada
perempuan.
Maka oleh itu wahai perempuan,
tolonglah jangan memakai pakaian yang
warnanya terang-terangan
sangat.

Jika hendak pakai pun, pakailah untuk
suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua
ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu,
dan perlu diingatkan,
jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah
selesai,
perlulah pula kita menjaga kehormatan
diri masing-masing,
jangan keluar seorang2,
keluarlah dengan mahram,
atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita
agar tidak diganggu gangguan luar,
mata lelaki pula janganlah menjalar
langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup
aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah
pandanganmu
dan jagalah kemaluanmu".

Dunia sekarang telah banyak yang cacat
celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang
memakai tudung masih beliau tidak
menutup aurat,
dan pada kaum lelaki,
mata kamu itu wajib untuk tidak
mencuri2 melihat wanita muslimah,
kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.
Ingat-ingatkanlah wahai muslimin
muslimat.

Sekilau-kilau berlian paling menarik
untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan adalah yang
paling sukar untuk dijaga...

"Kita tidak boleh mencintai orang lain,
sebelum mencintai diri sendiri.
Dan kita tidak boleh mencintai diri
sendiri..
sebelum mencintai Allah!"

0 cuit-cuit:

Post a Comment