Sunday, July 13, 2008

20 perkara lelaki patut tahu..

gambar di atas tidak ada kena mengena dgn tajuk ini..harap maklum...hehehe


APA YANG LELAKI PATUT TAHU...??

1) Bila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih tetapi tidak mengalirkan air matanya, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hati.~ setakat ni aku x pernah lalui lg..

2) Bila di atidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu bagi dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf ~ yg ni selalu, tp biasanya dia terus pujuk..huhuhu

3) Wanita sukar untuk mencari perkara yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang ~ mungkin ye dan mungkin tidak..

4) Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan sesorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada difikirannya walaupun ketika itu dia sedang berada dengan lelaki lain ~ tepat sekali !!

5) Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat ~ x cair pun..hahaha skit2 las..

6) Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tak tahu macam mana nak menerima pujian ~ aku mmg slalu mcm ni, kalu dia puji aku xtau nk bg respon cmne..

7) Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah untuk mereka meluahkan isi hati mereka ~ aku suka menulis..

8) Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita ~ betul..!

9) Sekuntum senyuman memberikan seribu erti bagi wanita, jadi jgn senyum sembarangan ~ nanti org kata giler lak !

10) Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri !! ~ kalu x tnya nanti salah fhm lak..

11) Selepas seorang gadis jatuh cinta, dia akan tertanya-tanya kenapa tak jumpa lelkai ini lebih awal ~ x delah..

12) Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat wanita, rajin-rajinkanlah menyelak buku dan mencari info ~ rajin2 belek buku ye sayang..

13) Bekas teman lelaki akan sentiasa difikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di HATINYA !! ~ aku sokong..!!

14) Satu ucapan 'Hi..' sudah cukup untuk menceriakan harinya ~ ceria ke..?

15) Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengannya semata-mata untuk memikat kawannya yang palinh cantik ~ aku paling x suka kalu jmpa lelkai mcm ni..dlu selalu jmpa, rasa nk sepak je..

16) Cinta bermaksud kesetiaan, mengambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang komen ~ dan saling bertolak ansur..

17) Wanita suka menghadiahkan sesuatu kepada orang yang dicintainya ~ suka menghadiahkan dan laaagii suka kalu di beri hadiah..

18) Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati ! ~ aku dh jmpa dah insyaallah...

19) Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya, contohnya hadiah, bunga atau kad ucapan romantis. Mereka kan rasa terharu dan merasakan diri mereka dihargai dan dicintai setulus hati ~ bila lah hubby aku nk wat surprise..kalu dpt bunga kan best..

20) Sebenarnya mudah untuk mengambik hati wanita, kerana apa yang di harapkan hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh hati ~ nothing's complicated!

0 cuit-cuit:

Post a Comment